Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penyakit Mata Kucing

Penyakit Mata Kucing Yang Umum

Sebagai pemilik kucing yang penyayang dan pelindung, kami sentiasa bimbang tentang kesihatan umum dan keselesaan anak bulu kami. Ia seringkali menyebabkan pemilik kucing berasa cemas tanpa sebab tentang keadaan kesihatan dan penyakit mata kucing yang sebenarnya tidak selalu memerlukan langkah-langkah kecemasan. Contohnya, jangkitan mata biasa seperti konjunktivitis pada kucing. Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan beberapa jenis penyakit mata kucing dan jangkitan umum yang perlu diberi perhatian. Ia juga akan menerangkan tentang isu-isu mata seperti aliran air mata kucing yang tidak terkawal, rawatan mata berair, rawatan jangkitan mata kucing dan punca-puncanya. Penjelasan ini bukan sahaja akan menenangkan fikiran anda, tetapi juga membolehkan anda merawat rakan bulu anda dengan secukupnya untuk melegakan ketidakselesaan dan tekanannya pada masa yang diperlukan.

Jenis-Jenis Jangkitan Kucing

  1. Konjunktivitis (pinkeye)

    Konjunktivitis atau pinkeye adalah salah satu jangkitan mata kucing yang paling kerap dialami kucing dan boleh menjejaskan kucing tanpa mengira umur. Konjunktivitis boleh berpunca dari virus dan bakteria, dan mengakibatkan keradangan mata kucing pada membran mucus, iaitu lapisan dalam kelopak matanya. Walaupun konjunktivitis kucing adalah jangkitan mata kucing yang biasanya tidak menimbulkan sebarang risiko yang ketara, ia masih boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada si Manja kita dan mesti dirawat dengan sewajarnya seperti rawatan-rawatan konjunktivitis kucing, rawatan untuk aliran air mata dan rawatan kucing mata berair untuk pemulihan yang cepat.

  2. Gangguan Kornea

    Lapisan jernih dan nipis yang menutupi iris dan anak mata pada kucing dikenali sebagai kornea, dan selalunya terdedah kepada pelbagai unsur-unsur alam sekitar yang boleh menjejaskannya. Distrofi kornea adalah gangguan kornea umum pada kucing yang dicirikan oleh luka atau calar putih dan kelabu yang muncul pada kornea. Walaupun distrofi kornea adalah kejadian yang jarang berlaku pada kucing, kes-kes distrofi kornea yang parah boleh menyebabkan sakit mata kucing yang melampau dan juga kemungkinan menyebabkan kehilangan penglihatan.

  3. Mata berair dan koyak (Epifora)

    Epifora dalam kucing selalunya menyebabkan mata kucing berair dan mengalir disebabkan oleh pengeluaran air mata yang tak terkawal oleh kelenjar yang terdapat berhampiran pada mata kucing. Walaupun pengeluaran air mata adalah fungsi badan yang normal, pengeluaran air mata yang berlebihan merupakan tanda-tanda awal gangguan dasar kesihatan kucing yang tersembunyi. Walaupun epifora tidak menyebabkan sebarang kesakitan pada kucing dan boleh pulih tanpa sebarang rawatan jangkitan mata kucing ataupun rawatan, ia boleh menyebabkan sakit mata kucing dan meninggalkan kesan air mata yang degil pada permukaan muka anak bulu comel anda.

  4. Mata kering (Keratoconjunctivitis sicca)

    Conjunctivitis Sicca atau biasa dikenali sebagai gangguan mata kering pada kucing, adalah salah satu penyakit mata kucing yang paling biasa. Ia menghalang kelenjar air mata daripada menghasilkan air mata yang mencukupi, menyebabkan lapisan mukus dan kornea mata dalam mengalami kekeringan. Ini membawa kepada sakit mata kucing, kerengsaan mata dan kepekaan terhadap cahaya, menjadikannya penting untuk mendapatkan rawatan jangkitan mata kucing yang betul.

Konjunktivitis Pada Kucing

Diantara jenis-jenis penyakit mata kucing dan gangguan mata yang sering dihidapi kucing, konjunktivitis kucing adalah yang paling biasa dan boleh muncul pada si Manja kita beberapa kali sepanjang hayat mereka. Konjunktivitis kucing adalah antara penyakit mata kucing yang umum boleh berasas virus atau bakteria dan dicirikan oleh keradangan mata kucing yang menyakitkan dan tidak selesa. Ia memberi kesan kepada konjunktiva atau lapisan mukus lapisan dalam kelopak mata.

Punca Konjunktivitis

Bergantung pada jenis jangkitan, konjunktivitis dalam kucing secara klinikal dikelaskan di bawah yang berjangkit dan tidak berjangkit:

  1. Herpesvirus Kucing - Jenis 1

    Herpesvirus kucing - Jenis 1 ialah bentuk utama konjunktivitis dalam kucing dan salah satu penyakit mata kucing yang amat biasa, yang dicetuskan oleh herpesvirus kucing (FHV-1), dan mungkin jenis jangkitan konjunktiva yang paling kerap dihidapi kucing. Keadaan mata ini juga sangat berjangkit, dan boleh mengakibatkan mata menjadi merah atau bengkak. Ia juga menyebabkan katarak kucing, mata berawan dan lelehan okular kucing. Jenis konjunktivitis pada kucing yang menyebabkan katarak kucing ini boleh mewujudkan ketidakselesaan, dan penyakit mata kucing ini biasanya mengambil masa dua minggu untuk pulih secara semula jadi.

  2. Calicivirus Kucing

    Calicivirus kucing secara umumnya merupakan pencetus gangguan pernafasan bahagian atas kucing dan malah boleh menyebabkan penyakit mata kucing seperti keradangan mata pada tisu dan membran konjunktiva dan bisa membawa kepada ulser kornea kucing. Walaupun konjunktivitis dan ulser kornea kucing yang disebabkan oleh calicivirus kucing jarang berlaku, penyakit mata kucing ini boleh menyebabkan beberapa masalah mata seperti ketidakselesaan yang ketara, katarak kucing, lelehan okular berwarna kuning atau hijau, sakit mata kucing, mata mendung, hidung tersumbat dan bersin dan mungkin memerlukan ubat titis mata untuk jangkitan kucing untuk pemulihan yang lancar.

  3. Chlamydia

    Pink eye dalam kucing serta jangkitan mata kucing lain juga boleh dicetuskan oleh bakteria Chlamydia yang terdapat dalam sel-sel badan dan bersifat sangat menular. Walaupun Chlamydia boleh menjejaskan kucing pada semua peringkat umur, anak kucing biasanya lebih terjejas daripada kucing dewasa, dan boleh mengakibatkan radang kornea dan membran konjunktiva dan mata kucing berawan, menjadikannya penting untuk mendapatkan rawatan kucing mengalir air mata kucing serta lelehan mata pada kucing.

  4. Mycoplasma

    Mycoplasma felis ialah bakteri yang biasa ditemui dalam saluran pernafasan atas kucing dan sebagai patogen oportunistik sekunder, boleh mencetuskan masalah mata pada kucing seperti konjunktivitis dalam kucing muda.

Bagaimana Cara Mendiagnosis Konjunktivitis?

Sebagai jenis jangkitan mata kucing yang paling umum, konjunktivitis dalam kucing boleh didiagnosis melalui petunjuk atau gejala yang berbeza. Memandangkan konjunktivitis adalah masalah mata pada kucing yang menyebabkan lapisan mukus meradang, ia boleh menyebabkan kelenjar air mata pada kucing berfungsi secara tidak terkawal, sejurus itu menyebabkan mata yang dijangkiti sentiasa berair atau mengalir tanpa henti atau kedua-duanya pada waktu yang sama. Ini juga disertai dengan lelehan berlebihan yang mempunyai rupa keruh, kekuningan atau kehijauan, serta membran konjunktiva kemerahan yang perlu dirawat dengan rawatan konjunktivitis kucing yang padan atau penawar buatan sendiri untuk penyakit mata kerap berair.

Ketidakselesaan konjunktivitis atau mata merah pada kucing juga boleh menyebabkan kucing kerap berkedip, atau menutup mata lebih lama. Konjunktivitis juga menyebabkan mata menjadi sensitif kepada cahaya dan merosot menjadi fotofobia, di mana kucing perlu juling untuk melihat. Kes konjunktivitis yang ketara juga boleh mengakibatkan tisu konjunktiva membengkak, menutupi sebahagian atau keseluruhan mata.

Doktor haiwan anda boleh mendiagnosis konjunktivitis dalam kucing melalui ujian seperti:

  1. Mewarna kornea dengan pewarna fluorescein untuk memeriksa kerosakan kornea.
  2. Mengukur keadaan telinga dan tekanan mata.
  3. Ujian darah untuk menentukan apakah kucing anda mengalami sebarang keadaan sistemik yang membawa kepada konjunktivitis kucing.

Apakah Cara Untuk Merawat Konjunktivitis?

Konjunktivitis atau mata merah pada kucing secara amnya tidak berbahaya dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan berlarutan pada mata. Walau bagaimanapun, kes konjunktivitis dalam kucing menimbulkan ketidakselesaan dan menjengkelkan. Ia menyebabkan tekanan ketara pada kucing dan mesti dirawat seawal-awalnya. Berikut ialah beberapa rawatan yang biasanya digunakan unutk merawat mata ceri, mata merah atau konjunktivitis kucing:

  1. Kes konjunktivitis yang parah pada kucing boleh dirawat dengan antibiotik spektrum luas dan ubat untuk jangkitan mata kucing untuk mengurangkan serangan bakteria.
  2. Selain daripada ubat umum untuk jangkitan mata kucing, ubat anti-radang juga boleh membantu dalam mengurangkan keradangan mata kucing dan bengkak lapisan konjunktiva.
  3. Salap topikal dan larutan titisan mata untuk kucing yang tersedia di pasaran juga boleh berfungsi dengan baik dalam meredakan tindakan bakteria dan membawa kelegaan segera.
  4. Doktor haiwan anda juga boleh mencadangkan ubat-ubatan topikal untuk rawatan mata merah kucing untuk mengelakkan sebarang kesan negatif disebabkan alahan.

Soalan Lazim

 

Bagaimanakah saya dapat merawat jangkitan mata kucing saya?

Jangkitan mata kucing biasanya boleh dirawat dengan salap antibakteria topikal dan titisan mata untuk kucing. Selain titisan mata untuk kucing, doktor haiwan juga boleh mengesyorkan antibiotik spektrum luas atau ubat anti-radang dan ubat mata kucing lain sebagai rawatan mata kucing yang berkesan untuk sebarang keradangan mata kucing.

Bilakah masanya saya perlu bimbang tentang jangkitan mata kucing saya?

Jangkitan mata kucing umum, seperti konjunktivitis tidak selalu memerlukan rawatan mata merah dalam kucing kerana ia biasanya akan reda dalam beberapa minggu. Walau bagaimanapun, kes yang parah seperti mata ceri atau mata merah haruslah dirawat dengan ubat mata kucing yang sepadan seperti larutan titisan mata untuk kucing.

Adakah konjunktivitis kucing akan hilang secara semulajadi?

Ya, konjunktivitis kucing adalah salah satu jenis masalah mata yang paling kerap dialami kucing, malah kucing kita boleh mengalaminya beberapa kali dalam hidup mereka. Namun ianya mudah dirawat dengan ubat mata kucing. Walau bagaimanapun, konjunktivitis secara amnya tidak memerlukan campur tangan luar kerana ia mampu reda dalam masa yang singkat, tanpa sebarang ubat mata kucing.

Konjunktivitis kucing akan berlanjutan untuk berapa lama?

Konjunktivitis adalah masalah mata yang kerap dihidapi kucing malah ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan berlarutan secara umumnya. Konjunktivitis kucing, sama ada bakteria atau virus, hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu tanpa memerlukan ubat mata kucing atau mata merah kompleks dalam rawatan kucing.

Whiskas brand imagery