Baka Kucing

Kembali
Baka Kucing Berkasut Salju (Snowshoe)

Baka Kucing Berkasut Salju (Snowshoe)

Snowshoe merupakan sejenis kucing yang baru  di dalam keluarga kucing. Seekor anak kucing yang memiliki empat kaki berwarna putih ditemui dalam sekumpulan anak-anak kucing Siam tulen dan ini adalah permulaan bagi Snowshoe seperti yang kita kenali sekarang. Ramai peternak bersetuju bahawa kucing ini mempunyai susur galur dengan baka kucing Siam dan Birman, namun sekarang Snowshoe adalah haiwan yang sama sekali berbeza. Percubaan pertama menghasilkan  baka kucing Siam yang sederhana dan berkaki putih bermula pada tahun 1950-an dengan nama Silver Laces. Namun sejarahnya tidak lama dan tiada apa-apa yang dilakukan sehingga tahun 1960an apabila Dorothy Hinds-Daugherty, seorang peternak baka kucing Siam dari Philadelphia, memutuskan untuk mengembang biak baka jenis kucing Siam berkaki putih yang diberi nama Snowshoe. Dengan kedatangan peternak-penternak lain dan usaha yang lebih banyak dilakukan ke atas standard, akhirnya pada tahun 1982, kucing Snowshoe diiktiraf sebagai baka tetap. Hari ini, Snowshoe adalah kucing yang sederhana dalam segala hal, tetapi tidak pada tompok-tompoknya. Coraknya adalah resesif secara genetik dan syarat-syarat yang sangat sulit mesti disahkan untuk mengekalkan dan menyerlahkan tompok-tompoknya. Ia bukanlah hanya seekor kucing Siam yang berwarna putih. Bentuk tubuhnya yang jenis sederhana seperti kucing oriental atau asing, mencontohi kucing Siam sebelumnya. Satu-satunya perkara yang ekstrim pada kucing ini adalah matanya. Ia berbentuk kacang walnut (lebih besar dan bulat berbanding mata jenis kucing Siam, tetapi tidak seperti mata kucing Persia) dan terang dan kebiasaanya berwarna biru. Makhluk-makhluk yang indah ini menjadi haiwan peliharaan yang hebat. Kucing ini aktif dan "bersemangat" dan ingin bersama dengan anda pada setiap masa, dan lebih suka duduk di pangkuan anda yang hangat daripada berbaring di atas katil kucing yang terbaik. Adakalanya, kucing-kucing ini malu dengan orang yang tidak dikenali dan tidak terlalu banyak melakukan perubahan, tetapi mereka sangat setia kepada anggota keluarganya termasuk haiwan peliharaan lain. Ia sangat pintar dan mudah diajar bermain dan dilatih. Jadi, jika anda menginginkan kucing yang boleh menjadi teman sepermainan anda, maka kucing Snowshoe adalah untuk anda.

Adakah anda tahu cara pemberian makanan yang betul setiap hari bagi kucing-kucing anda?
Panduan Pemberian Makanan
Untuk pemakanan yang lengkap dan seimbang
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent