Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Manx

Baka Kucing Manx

Baka kucing Manx adalah jenis kucing tanpa ekor dan berbeza daripada kebanyakan kucing kerana ia tidak mempunyai ekor dan penampilan keseluruhannya agak unik di mana kaki belakangnya adalah lebih panjang daripada kucing biasa. Di samping itu, pergerakan haiwan ini apabila ianya berlari adalah serupa seekor arnab dan menarik untuk dilihat.


Sebab mengapa ia tidak memiliki ekor adalah kerana gen mutan yang dominan yang wujud dalam haiwan ini sejak masa dahulu disebabkan oleh pengurungan baka ini di Isle of Man yang juga membawa kepada pembiakan sesama diri. Gen mutan ini telah membawa kecacatan tulang belakang yang tular di kalangan komuniti kucing ini yang mengakibatkan mereka kehilangan ekor.


Kucing yang berasal dari Isle of Man ini dipandang sebagai kucing yang cantik, tetapi juga sebagai sesuatu yang aneh - dan pandangan ini adalah diterima oleh para penghuni pulau kerana ia sememangnya kucing yang unik. Kucing-kucing yang menarik ini tergolong dalam empat kumpulan bergantung kepada "saiz ekor" mereka - iaitu "Rumpy", "Rumpy-riser", "Stumpy" dan "Longy".


Rumpy Manx sama sekali tidak memiliki ekor manakala Rumpy-risers memiliki tompok ekor yang kecil, Stumpies mempunyai tompok ekor yang ketara manakala  Longies kelihatan sama seperti kucing biasa. Kucing baka ini adalah haiwan yang berotot dan agak sasa, dengan bulu berganda berlainan warna yang unik yang lembut di bawah, dan berkilat di bahagian atas.


Manx adalah kucing yang mudah bergaul dan kuat yang akan menjadikan mereka haiwan peliharaan keluarga yang ideal dan menyeronokkan di rumah. Jika diberi layanan yang betul, Manx akan membalas kasih sayangnya berkali-kali ganda kepada pemiliknya. Sekiranya anda sedang membuat keputusan untuk memelihara kucing, anda akan terlepas peluang yang besar jika anda tidak mempertimbangkan baka ini.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang