Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Mari Mengenali Anak Kucing Anda

“Apabila anda memahami naluri anak kucing anda maka akan bertambahlah keserasian anda berdua apabila anak kucing ini menjadi sebahagian daripada keluarga anda”

Mari Mengenali Anak Kucing Anda  Semakin anda menghabiskan masa dengan kucing, semakin anda akan mengenali mereka serta seronok dengan peribadi dan  kelakuan semula jadi mereka yang kadang-kadang menyerupai keluarga harimau mereka. Apabila anda memahami naluri anak kucing anda maka akan bertambahlah keserasian anda berdua apabila anak kucing ini menjadi sebahagian daripada keluarga anda. 

Mari Mengenali Anak Kucing Anda Penjagaan Bulu Kucing

Apabila kucing membersihkan bulu mereka secara menjilat, maknanya ia bukan hanya  membersihkan diri tetapi juga sebagai tanda sayang. Jadi, anda juga boleh membantu membersihakn bulu mereka supaya teman felin anda akan lebih menyayangi anda!

Mari Mengenali Anak Kucing Anda Kelakuan Menggesel Kucing

Apabila kucing bergesel dengan anda, ia bermakna anda merupakan sebahagian daripada keluarga mereka. Anda juga boleh membalas tanda kasih sayang anda dengan menggesal atau membelai mereka balik.

Bagaimana untuk menyesuaikan seekor anak kucing di persekitaran baharu.

    • Sediakan mangkuk makanan dan minuman, tempat tidur, dan bekas najis bagi setiap kucing di rumah
    • Sediakan tempat untuk kucing memanjat bagi membuat mereka rasa mereka sedang meluaskan kawasan mereka
    • Benarkan kucing untuk menandakan kawasan mereka
    • Berikan kasih sayang dengan sepenuhnya. 

Mari Mengenali Anak Kucing Anda Rutin Harian

Lama kelamaan, anak kucing akan terbiasa dengan rutin harian ahli keluarga. Sebagai contoh, ia akan tahu masa untuk makan dan juga waktu anda bangun, tidur, dan balik rumah. Jika anda mengulangi rutin ini setiap hari dan membenarkan anak kucing menjadi sebahagian daripadanya, ia akan mendekati anda dan menjadi sebahagian daripada keluarga anda dengan yakin.

Whiskas brand imagery