Enter a keyword below to search for articles and products.
Sekiranya anda telah pun mempunyai kucing dewasa lain, membawa seekor kucing baharu ke dalam rumah anda mungkin mewujudkan sedikit persaingan.
Dalam habitat semula jadi, saudara-saudara kucing besar anak kucing anda mempunyai hubungan yang sedikit dengan orang luar, ia bergantung sepenuhnya pada dirinya sendiri untuk memburu dan hidup.
Si anak kucing anda berkongsi naluri-naluri ini, maka adalah penting untuk membantu memudahkannya menyesuaikan diri ke dalam kehidupan baharunya dengan kucing-kucing atau haiwan-haiwan lain.
Sekiranya anda telah pun mempunyai kucing dewasa lain, membawa seekor kucing baharu ke dalam rumah anda mungkin mewujudkan sedikit persaingan. Kucing adalah makhluk yang sangat menjaga kawasannya, maka anda boleh menjangka suatu tempoh penyesuaian bagi kedua-dua kucing untuk membiasakan diri di antara satu sama lain. Anda perlu bersabar dan jangan bimbang. Kucing-kucing ini akhirnya akan belajar untuk hidup bersama-sama – dan bahkan juga menjadi sahabat yang cukup baik untuk berpelukan sesama sendiri dan menjilat bulu satu sama lain.
Jika anda mempunyai seekor anjing, biasanya lebih mudah untuk memperkenalkan anak kucing baharu anda kepada penghuni di rumah daripada seekor kucing dewasa. Sebagai permulaan, pertimbangkan untuk membeli pen anak kucing bagi menjaga sahabat kucing kecil baharu anda dilindungi dengan baik. Jika perlu, anda boleh mengawal anjing anda dengan menjadikannya sebagai ketua. Anak kucing anda mungkin berdesir kepada anjing anda- jangan bimbang, ini adalah kelakuan yang semula jadi. Perkara yang terbaik adalah dengan membiarkan kedua-dua haiwan peliharaan ini menghadapinya – selepas beberapa minggu, anjing dan anak kucing ini seharusnya dapat menerima satu sama lain.
Sekiranya anda mempunyai tikus belanda, gerbil (sejenis tikus berkaki panjang), atau arnab penting untuk tidak membiarkannya keluar daripada sangkarnya semasa anak kucing anda berada di sekitar kawasan tersebut. Pastikan semua haiwan peliharaan anda memiliki ruang tempat tinggal masing-masig, makanan dan air yang mencukupi serta diberikan kasih sayang yang melimpah ruah dan jaminan daripada anda dan keluarga anda. Dengan cara ini, semua orang dapat hidup dengan bahagia bersama!