Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Persediaan untuk Menyambut Kucing: Katil kucing, Buaian Kucing, Mangkuk Kucing & Banyak Lagi

“Anak kucing sepatutnya berada di bilik yang selesa dan sunyi selama 2-3 hari untuk memudahkannya menyesuaikan diri dengan tempat baharu”

Sudahkah anda temui kucing untuk berkongsi kegembiraan bersama anda? Adakah anda akan membawa pulang anak kucing? Anda perlu memastikan rumah anda telah bersedia untuk menyambut si comel. Jika boleh, aturkan beberapa janji temu bermain bersama anak kucing sebelum membawa mereka pulang, untuk persiapan anak kucing baharu bagi membuatkan mereka berasa selesa dengan kehadiran anda dan mengenali bau anda. Langkah ini diambil untuk memastikan agar anak kucing mudah menyesuaikan diri di tempat baharu untuk selamanya.

Anda juga perlu menyediakan keperluan untuk persiapan anak kucing baharu agar mereka berasa selesa daripada saat pertama melangkah ke rumah baharu mereka. Jika anda pemilik kucing kali pertama, di sini kami senaraikan beberapa peralatan yang perlu untuk persiapan anak kucing baharu yang anda perlu disediakan agar mereka segera berasa selesa di rumah baharu mereka.

√ Kotak Pasir Kucing

Pelbagai jenis kotak pasir boleh didapati di pasaran. Anda boleh memilih kotak pasir kucing jenis plastik biasa berisi pasir di dalamnya. Ianya mudah, murah dan menjadi pilihan ramai pemilik kucing tetapi memerlukan sedikit penyelenggaraan. Terdapat juga kotak pasir cuci sendiri di mana sisa buangan dilupuskan setelah kucing anda menggunakannya. Ini menarik minat pemilik kucing tetapi kotak pasir ini agak mahal dan kucing anda mungkin akan ketakutan dengan mekanisma pelupusan itu. Kotak pasir kucing berbumbung mempunyai penghadang yang tinggi untuk privasi kucing. Kotak ini juga menghalang pasir kucing daripada jatuh ke lantai. Tetapi keburukannya adalah kebanyakan kucing mungkin takut dan mengelak untuk menggunakan kotak pasir bertutup.

√ Katil Kucing

Kucing sangat terkenal dengan tidur sepanjang hari dan katil kucing merupakan tempat tidur kesukaan mereka. Letakkan katil kucing di tempat yang mereka berasa selesa dan selamat. Pastikan katil kucing sentiasa kering, lembut dan hangat. Anda mungkin perlu memilih katil kucing yang mempunyai sarung yang boleh dibasuh untuk kegunaan jangka masa panjang. Anda juga boleh cuba untuk pilih katil kucing yang mempunyai ruang untuk kucing menggeliat sebelum atau selepas tidur dan juga cukup selesa untuk mengerekot dan berasa selamat. Anda juga boleh sediakan buaian kucing untuk mereka.

√ Kotak Pembawa Kucing

Kotak pembawa kucing atau buai kucing sangat penting kerana anda akan gunakannya untuk bawa pulang kucing baharu ke rumah. Kotak pembawa kucing perlu kuat, selamat dan mempunyai pengudaraan yang baik. Kucing peliharaan anda seharusnya boleh masuk dan keluar dengan mudah dan tidak berasa terancam di dalamnya. Anda perlu mengelak menggunakan kadbod kerana ianya tidak mempunyai pengudaraan yang cukup dan kucing mungkin akan mencakar kadbod itu. Pilihan terbaik adalah kotak pembawa kucing diperbuat daripada plastik yang kukuh dengan pintu berkunci. Alaskan bahagian bawah kotak pembawa dengan kain yang lembut dan hangat agar kucing berasa lebih selesa untuk pulang ke rumah baharu mereka.

√ Bekas Air Pancut untuk Kucing

Anak kucing memang terkenal dengan keengganan mereka kepada air. Jika kucing tidak minum air secukupnya, makanan basah sahaja tidak memenuhi keperluan hidrasinya. Dehidrasi menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada kucing termasuk kurang selera makan dan kelesuan. Salah satu sebab kenapa kucing enggan pada mangkuk air mungkin kerana mereka lebih gemarkan air yang mengalir. Inilah sebabnya air pancut kucing menjadi pilihan! Jika kucing anda memilih air segar yang mengalir, ada kemungkinan besar kucing akan menyukai air pancut kucing dan anda tidak perlu risau kucing mengalami dehidrasi. Oleh itu, anda akan berasa tenang kerana kucing mempunyai akses kepada air bersih dan ditapis pada setiap masa.

√ Mangkuk Kucing

Sebarang mangkuk keluli tahan karat dan seramik (tanpa kemasan plumbum) di dapur anda boleh digunakan sebagai mangkuk kucing. Walau bagaimanapun, lebih baik anda sediakan mangkuk khas yang dibuat untuk kucing anda. Anda akan menemui beberapa pilihan mangkuk kucing keluli tahan karat tanpa tip (non-tip) di pasaran. Jangan pilih mangkuk plastik kerana anak kucing mungkin mengalami ruam dagu. Jika anda ingin menggunakan mangkuk seramik dihias khas untuk si comel, pastikan kemasannya tidak mengandungi plumbum. Mangkuk makanan automatik juga merupakan pilihan yang bagus jika anda tiada seharian tetapi tidak mahu kucing makan secara bebas.

√ Mainan Kucing

Anak kucing suka melompat dan bermain. Oleh itu, mereka perlu diberikan beberapa mainan yang selamat untuk mengisi masa mereka. Menerkam adalah aktiviti kesukaan kucing. Ikan mainan berisi catnip, tikus atau bola merupakan mainan yang sangat baik untuk kucing. Anda akan berasa teruja memilih mainan baharu untuk mereka tetapi anda perlu memeriksa mainan sebaiknya sebelum menghadiahkannya kepada si comel. Pastikan mainan diperbuat daripada bahan bebas toksik dan tiada bahan kecil yang mudah tanggal seperti pom-pom, bulu, atau loceng yang membolehkan kucing tertelan atau tercekik.

√ Rantai leher dan Tanda Nama Kucing

Pastikan anak kucing anda memakai rantai leher berserta tanda nama sepanjang masa untuk memudahkan anda mencarinya jika mereka tersesat. Tanda nama perlu mengandungi maklumat seperti nama pemilik, alamat dan nombor telefon. Pilih rantai leher dengan pelepasan automatik agar kucing tidak tersangkut di mana-mana. Anda juga perlu membeli rantai leher yang sesuai supaya leher kucing tidak calar atau rosak dan membolehkan kucing bernafas dan menelan dengan mudah. Satu cara mudah untuk memastikan kesesuaian rantai lahir adalah dengan meletakkan dua jari di antara leher kucing dan rantai.

√ Tiang Mencakar

Mencakar adalah aktiviti kesukaan kucing kerana ianya memastikan kuku kekal tajam dan membantu kucing menandakan kawasan mereka. Disebabkan kucing suka mencakar di mana sahaja mereka suka, penting untuk anda mengajar kucing untuk mencakar pada tiang mencakar sahaja. Beli tiang mencakar yang kuat dengan tapak yang berat agar ia tidak mudah jatuh. Tiang mencakar yang ideal seharusnya sama tinggi kucing untuk membolehkan mereka meregang dengan baik sambil berdiri dengan kaki belakang mereka. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kucing, setiap kucing perlu mempunyai tiang mencakar sendiri.

√ Berus Kucing

Berus kucing adalah alat dandanan yang wajib ada untuk kucing. Anda perlu kerap memberus kucing untuk menguraikan bulu, mengurangkan keguguran dan mengelakkan daripada bulu bergumpal. Dandanan adalah cara terbaik untuk meluangkan masa bersama si comel. Pilih berus yang memberikan ketenangan kepada kucing. Sesetengah berus juga berfungsi sebagai alat pengurut yang boleh anda pilih.

√ Pengetip Kuku

Kuku yang dipotong rapi adalah penting untuk kucing dan anda. Dengan memastikan kuku kucing dipotong, perabot anda dilindungi daripada cakaran tajam mereka dan mereka juga tidak mengalami jangkitan atau sakit kuku yang berpunca daripada kuku yang tumbuh ke dalam. Biasakan kucing anda dengan pengetip kuku sejak daripada kecil agar mereka tidak berasa terancam apabila melihatnya dan sesi mengetip kuku tidak merumitkan anda.

√ Makanan Kucing

Makanan kucing datang dalam beberapa pilihan. Sebelum membawa pulang kucing ke rumah, cuba dapatkan maklumat diet mereka dari tempat perlindungan, kedai haiwan peliharaan atau pembiak baka. Teruskan ikuti diet tersebut untuk seketika sebelum perlahan-lahan beralih kepada diet baharu. Perubahan cara pemakanan secara tiba-tiba dan kerap bertukar diet juga boleh menyebabkan masalah gastrousus kepada kucing. Jika anda memperkenalkan diet baharu, cuba untuk kekalkannya. Umur kucing juga menentukan apa yang anda perlu beri mereka makan. Anak kucing, kucing dewasa dan kucing berusia memerlukan diet yang berbeza.

Jika anda mencari makanan kucing yang sihat, Whiskas mempunyai makanan yang direka khas untuk kucing pada semua peringkat umur. Anda boleh menyemak produk mereka untuk menentukan mana yang paling sesuai dengan keperluan diet kucing anda.

Soal Jawab Mengenai Keperluan untuk Kucing Baharu

Apakah keperluan untuk kucing baharu?

Anda perlu menyediakan kotak pembawa kucing, makanan, katil kucing, mangkuk makanan dan air, pasir kucing dan kotak pasir kucing. Anda juga perlu menyediakan buaian kucing, mainan yang selamat, alat dandanan seperti berus dan pengetip kuku dan rantai leher dengan tanda nama.

Bagaimana cara persediaan untuk kucing baharu?

Untuk memastikan kucing berasa dialu-alukan ke rumah anda, sediakan katil yang hangat dan ruang yang selamat untuk mereka. Berikan juga mainan yang selamat. Sediakan diet yang sesuai dan simpan bekalan makanan dan air untuk mereka.

Apakah keperluan wajib untuk kucing?

Buaian kucing atau kotak pembawa kucing adalah keperluan wajib untuk membawa kucing pulang ke rumah. Makanan kucing, mangkuk air dan mangkuk makanan, katil, kotak pasir, berus dandanan, pengetip kuku, mainan dan rantai leher dengan tanda nama juga merupakan keperluan wajib untuk kucing.

Whiskas brand imagery