Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pemakanan yang Penting untuk Kucing

“Mendapatkan jumlah mineral yang lengkap dapat membantu menguatkan gigi dan tulang kucing”

 Pemakanan yang Penting untuk Kucing Vitamin-vitamin yang penting untuk pertumbuhan

Kucing memerlukan vitamin untuk kesemua anggota mekanisma badan yang penting sama ada untuk penglihatan, tulang atau metabolisma. Kebanyakan bahagian badan kucing memerlukan vitamin untuk berfungsi, cara ini atau lainnya dan jenis-jenis vitamin yang berlainan bertanggungjawab bagi fungsi yang berlainan. Kesemua vitamin yang diperlukan oleh kucing terdapat dalam makanan kucing Whiskas® yang lengkap dan seimbang

 Pemakanan yang Penting untuk Kucing Mineral untuk kesihatan tulang

Mendapatkan jumlah mineral yang lengkap dapat membantu menguatkan gigi dan tulang kucing yang akan meningkatkan efisiensi metabolisma. Mineral-mineral penting yang diperlukan oleh kucing adalah Kalsium, Fosfor, Kalium, Natrium Klorida dan Magnesium. Selain daripada itu, pelbagai mineral metalik yang diperlukan adalah Besi, Kuprum, Mangan, Zink dan Selenium. 

 Pemakanan yang Penting untuk Kucing Asid lemak penting untuk kesihatan

Pentinglah kucing anda memerlukan asid lemak yang cukup untuk kulit, bulu dan metabolisma yang sihat. Selain daripada itu, lemak dan asid lemak juga menyediakan sumber tenaga yang penting sambil menambahkan rasa pada makanannya.  

 Pemakanan yang Penting untuk Kucing Karbohidrat dan serat diet untuk penghadaman

Biasanya, kucing bergantung kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga yang utama atau serabut diet untuk membantu dalam penghadaman dan pengumuhan yang tetap.
Makanan kucing yang mengandungi beraneka jenis bijian seperti nasi, jagung dan gandum memberi sumber karbohidrat yang baik untuk kucing.

 Pemakanan yang Penting untuk Kucing Protein untuk tenaga

Kucing memerlukan protein untuk tumbesaran dan pembinaan otot. Protein boleh ditemui dalam hampir setiap tisu otot sama ada rambut, kulit, kuku atau otot, dan protein juga merupakan sumber asid amino yang penting untuk kesihatan kucing. Tubuh kucing mengandungi beribu jenis protein dengan setiap satu bertanggungjawab ke atas fungsi yang berlainan. Berilah Whiskas® kepada kucing anda, kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk memastikan ia mendapat pemakanan yang lengkap kerana makanan kucing Whiskas® telah dihasilkan dengan jumlah nutrien yang betul dan kaya dengan nutrien dan mineral-mineral penting yang diperlukan oleh kucing untuk kekal sihat dan ceria setiap hari!

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang