Enter a keyword below to search for articles and products.
Pada usia 7 tahun, kucing anda mungkin tidak kelihatan atau berkelakuan dengan berbeza, tetapi keperluan nutrisi pemakanan ia telah berubah. Sebagai contoh, sistem penghadaman ia tidak begitu kuat seperti biasa, jadi keupayaan mereka untuk menyerap nutrisi menjadi semakin lemah. Bantulah kucing anda untuk beralih ke Whiskas® Adult 7+, yang dirumus khas untuk menangguhkan kesan usia tua.
Kedua-dua makanan kering dan basah Whiskas® adalah lengkap dan seimbang untuk keperluan nutrisi kucing anda. Walau bagaimanapun, untuk kebaikan optimum, anda adalah digalakkan untuk memberi kedua-dua jenis makanan kering dan basah kepada kucing anda. Makanan basah mengandungi air untuk memastikan saluran kencing yang sihat, di samping kandungan kalori yang lebih rendah. Ini adalah penting terutamanya untuk kucing yang kurang aktif bagi mencegah kenaikan berat badan yang tidak sihat. Bentuk pelet yang unik bagi makanan kering Whiskas® membantu membersihkan gigi dan gusi, serta memastikan kesihatan oral kucing anda. Kucing anda pasti akan menyukai kepelbagaian tekstur dan perisa yang anda berikan kepadanya.
Whiskas® memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada setiap tahap usia. Setiap produk yang dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda membesar dengan ceria dan sihat. Makanan kucing Whiskas® telah diformulasi dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam bidang penghasilan makanan dan penjagaan haiwan pliharaan. Whiskas® juga telah mendapat kelulusan bagi setiap ujian makanan kucing yang ditetapkan oleh Persaatuan Kawalan Pemakanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis and Critical Control Points, HACCP), dan ISO 9001: 2008.