Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Van Turki

Baka Kucing Van Turki

Kucing Van Turki adalah sejenis baka yang jarang dan kuno yang sangat luar biasa kerana kecintaannya terhadap  air. Van Turki atau "kucing yang berenang" berkembang di wilayah sekitar Tasik Van di negara Turki dan telah menjadi  kebiasaan kucing-kucing berenang ke pelabuhan untuk menyambut kedatangan bot-bot nelayan yang masuk dengan harapan mendapat makanan percuma. Sekarang, baka kucing ini berkembang biak di negara Iran, Iraq, barat daya Kesatuan Soviet dan di timur Turki. Ia dibawa ke England pada tahun 1955 dan namanya kemudian ditukar kepada Turkish Van bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dengan Angora Turki. Van Turki memiliki tubuh yang panjang dan tegap dengan tapak kaki yang berjambak-jambak dan pendek, kepalanya berbentuk baji dengan hidung yang mancung dan, sebagai perenang, ia memiliki bulu yang kalis air yang memerlukan sedikit perapian. Walaupun bersalin bulu ketika musim panas, ekornya yang cantik seperti berus kekal sepanjang tahun. Kecintaannya terhadap air tidaklah keterlaluan dan mereka sangat senang menyertai aktiviti keluarga yang melibatkan air seperti mencuci kereta, mencuci pinggan mangkuk atau bahkan ketika mandi! Walaupun Van Turki boleh menjadi pemalu ketika bersama orang yang tidak dikenalinya, mereka sangat sayang kepada pemiliknya. Ia memiliki suara yang tenang, selera makan yang kuat dan sifatnya yang santai membolehkan mereka menyesuaikan dirinya dengan mudah dalam kebanyakan situasi.

Whiskas brand imagery