Enter a keyword below to search for articles and products.
Bagi seekor kucing yang luar biasa, adalah sukar untuk tidak jatuh cinta dengan Birman, atau 'Kucing Suci dari Burma' sebagaimana ianya dikenali di negara asalnya. Kucing ini memiliki sifat yang tenang dan mempunyai bulu berwarna pucat, wajah yang gelap, telinga, ekor dan kaki yang 'bersarung' putih. Matanya berwarna biru nilam tua amatlah cantik.
Hakikatnya, kucing ini dilahirkan daripada legenda yang terkenal yang menjelaskan keunikan warna mereka. Seratus ekor kucing putih tulen tinggal di kuil Lao-Tsun di Burma, namun, pada suatu malam kuil tersebut telah diserang dan sami yang paling tua telah dibunuh. Kucingnya yang berbulu putih tulen dan bernama Sinh, telah melompat ke atas tubuh tuannya, di mana roh sami itupun memasuki tubuh kucing berkenaan. Apabila kucing tersebut berbuat sedemikian, bulunya yang berwarna putih telah bertukar menjadi warna keemasan (mirip dengan dewi kuil), kaki, muka, telinga dan ekornya berubah kepada warna bumi, sementara warna cakarnya kekal putih sebagai simbol kesucian.
Kini dengan kisah dongeng romantik yang sebegitu rupa – siapalah yang tidak mahu memiliki kucing ini! Walaupun penjagaan secara berkala adalah penting, bulunya yang cantik berkilauan adalah lebih lembut bak sutera berbanding gebu dan jarang kusut, menjadikannya mudah dijaga. Kucing-kucing ini adalah lebih pendiam dan lebih lincah berbanding kucing Persia, namun tidak selincah dan becok berbanding kucing Siam, menjadikan mereka sebagai baka yang sesuai untuk kanak-kanak ataupun untuk sesiapa yang inginkan haiwan peliharaan yang eksotik di rumah.