Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bahasa Tubuh Si Anak Kucing

Salah satu taktik yang mungkin digunakan oleh anak kucing anda bagi  menakutkan pihak lawan  ialah dengan membuatkan dirinya kelihatan besar daripada saiz sebenarnya. 

Anak kucing anda mungkin kelihatan seperti gumpalan bulu comel yang gebu, tetapi ia akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri  daripada bergaduh. Sama seperti saudara-saudara kucing saiz yang besar, ia bersendirian dan bergantung hanya pada dirinya sendiri untuk kelangsungan hidup, maka konflik adalah perkara terakhir yang ia mahukan.

 Taktik Membesarkan Diri

Salah satu taktik yang mungkin digunakan oleh anak kucing anda bagi  menakutkan pihak lawan  ialah dengan membuatkan dirinya kelihatan besar daripada saiz sebenarnya. Bermaksud ia akan mengembangkan ekornya sekembang yang mungkin, melengkungkan belakang badannya dan berdiri menyengetkan dirinya. Namun, sebesar dan seganas mana pun ia kelihatan, ianya hanyalah satu penipuan hebatyang besar – anak kucing anda sebenarnya tidak mahu berlawan!

Taktik Menurut dan Bersikap Lembut

Kaedah lain, anak kucing anda mungkin mengambil pendekatan yang bertentangan, dengan membuatkan dirinya sekecilnya yang mungkin dengan harapan ia tidak boleh dilihat oleh lawannya. Cara terakhir untuk menyelamatkan diri apabila berasa dirinya terancam, dia akan terus melarikan diri jauh daripada pihak lawan.

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang