Bagaimana untuk Memberi Anak Kucing Makan dengan Cara yang Menyeronokkan

Anak kucing anda suka bermain, walaupun ketika waktu makan. Dengan menambahkan sedikit keceriaan pada waktu tersebut, anda akan merangsang naluri memburu semula jadi anak kucing anda dan menguatkan hubungan yang dibina bersamanya. Ini adalah beberapa idea yang boleh dilakukan bagi menceriakan waktu makan.
Waktu makan yang menyeronokkan
- Isikan Whiskas® Junior Dry ke dalam botol plastik, dengan membiarkan botol penutupnya terbuka atau buat lubang kecil pada bahagian sisi botol supaya biskut kering jatuh keluar semasa anak kucing anda bermain dengannya
- Letakkan sedikit makanan kering di dalam beg kertas berwarna coklat dan tutup hujungnya tetapi longgarkan tutupannya
- Letakkan sedikit makanan kering di dalam bekas bola makanan
- Letakkan sedikit Whiskas® Junior Dry di dalam kuali atau kotak, kemudian tutupkan bersama cincangan kertas
- Letakkan sedikit makanan kering di dalam dua cawan kertas yang melekat bertebuk dengan lubang-lubang kecil
- Sorokkan sedikit Whiskas® Junior Dry di dalam helaian-helaian kertas yang dironyok
- Bahagikan makanan anak kucing anda kepada beberapa mangkuk dan letakkan di sekeliling bilik
- Pekkan sedikit makanan kering ke dalam bekas minuman kosong yang anda telah lubangkan secara rawak
Bermain bersama makanan
Jika aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan tidak cukup bertenaga untuk anak kucing anda, idea-idea ini akan memberi ia senaman yang lebih:
- Lemparkan sedikit Whiskas® Junior Dry ke arah kucing anda, galakkan ia untuk mengejarnya
- Guna salah satu mainan untuk memberi makan yang diterangkan di atas, tetapi kali ini letakkan ia di tempat yang tinggi dan tarik perhatian anak kucing anda untuk memanjat, melompat atau berlari untuk mendapatkan makanan
- Galakkan anak kucing anda berdiri menggunakan kaki bahagian belakangnya dan mencapai butiran makanan kering dengan tapak kakinya
- Sorok sedikit makanan kering di taman atau di bawah kotak, dan galakkan dia untuk mencarinya
Sesetengah anak kucing akan bermain dengan cerianya sama ada ia melibatkan makanan atau pun tidak. Walau apapun, aktiviti-aktiviti sebegini merupakan cara terbaik untuk memastikan anak kucing anda kekal cergas, aktif dan sihat.