Bersosial

Ketahui bagaimana cara untuk membantu kucing anda bergaul dengan setiap orang.

Membawa Anak Kucing Berpindah

Membawa Anak Kucing Berpindah

Merupakan hari yang besar apabila anda membawa pulang anak kucing baharu anda ke rumah. Kehadirannya bukan sahaja menceriakan hidup anda – tetapi bagi hidup si anak kucing juga! Sebelum ketibaannya, pastikan anda mempunyai apa yang diperlukan untuknya menyesuaikan diri dengan tenang dan riang. 

 

Sekiranya anda mempunyai anak-anak, atau mempunyai kucing lain, maka anda perlu memperkenalkannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan. Sekiranya anda mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memulakannya, tidak lama lagi anda akan dapat hidup bersama-sama  dengan riang. 

 Sshh!

Selepas anda membawa anak kucing anda pulang ke rumah, cuba biarkan rumah anda berada di dalam keadaan sesunyi yang mungkin. Jangan terperanjat jika ia berkelakuan sedikit ketakutan pada mulanya – ia akan dengan cepatnya dapat mengatasi perasaan itu dengan sifat ingin tahunya sendiri! Anda hanya perlu bersabar dan tunggu untuk anak kucing datang kepada anda, daripada anda yang menghampirinya dahulu.

Memegang anak kucing anda

Pada peringkat awalnya, biasakan dahulu anak kucing baharu anda untuk dipegang. Sebagai permulaan, dapatkan keyakinannya dengan mengangkatnya secara perlahan-lahan sambil menahan kaki belakangnya. Kemudian, dengan menggunakan satu lengan anda untuk menampung beratnya – dengan cara itu anda dapat membelainya dengan tangan yang sebelah lagi. Naluri bebas anak kucing anda bermakna si anak kucing suka dapat mengawal pergerakannya sendiri, maka sebaik sahaja si anak kucing ingin turun, lepaskannya secara perlahan-lahan.

Memperkenalkan anak kucing anda kepada kucing-kucing lain.

Jika anda turut mempunyai kucing-kucing lain di rumah, penting untuk sesi pengenalan ini dilakukan secara berhati-hati. Akan tetapi anda jangan bimbang – terdapat teknik mudah yang anda boleh gunakan untuk menjadikan pertemuan pertama dengan anak kucing itu berjalan dengan lancar.  Usap anak kucing baharu anda dengan sehelai pakaian lama anda – yang mempunyai bau badan anda. Bau yang biasa ini bermakna anak kucing baharu anda akan diterima dengan lebih mudah. 

Anda juga hendaklah memastikan kedua-dua kucing dan anak kucing mempunyai ruang kebebasan dengan memberikan mereka makan di dalam bekas makanan, tempat tidur dan membuang air yang berasingan.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent