Mempertimbangkan untuk membela seekor anak kucing

Berfikir untuk membela seekor anak kucing? Dapatkan semua maklumat yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan.

Cara Memilih Anak Kucing

Cara Memilih Anak Kucing

Baka Tulen atau Campuran

Jika anda berminat dengan baka kucing tertentu, disarankan agar anda menyelidik sedikit untuk mengetahui sama ada baka kucing tersebut adalah baka yang sesuai untuk anda atau tidak.

Kucing baka jati mungkin berharga beribu ringgit. Apabila anda membeli seekor kucing jangan lupa untuk mendapatkan sijil jaminan bahawa kucing tersebut merupakan seekor kucing baka jati yang sihat. Alternatif lain pula adalah dengan mendapatkan anak kucing atau kucing dari pusat perlindungan haiwan seterusnya memberikan ia kasih sayang dengan sepenuhnya.

Penjagaan Bulu 

Baka kucing berbulu panjang – seperti Maine Coon, Parsi, atau Turkish Van – memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan bulu mereka sentiasa berkilat dan tidak kusut. Jika anda mencari seekor kucing yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi, anda boleh mempertimbangkan baka yang berbulu pendek kerana baka tersebut tidak memerlukan banyak penjagaan. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk memberus bulu mereka kerana ia akan merapatkan lagi ikatan di antara anda dengan teman felin anda, selain itu ia juga untuk mengelak kekusutan padu bulunya.

Jantina Kucing

Tanpa mengira jantina si kucing, sangat disarankan supaya kucing dikasi dan dimandulkan sebelum ia matang kerana kedua-dua jantina mempunyai ciri-ciri yang serupa selepas disterilkan. Jika anda ingin mengambil dua ekor kucing yang sama atau berlainan jantina, kedua-dua sebaik-baiknya telah dikasi atau dimandulkan.

Bilangan Kucing

Kucing pada kebiasaannya tidak gemar hidup serumah dengan kucing lain. Tetapi jika anda mempunyai kawasan rumah yang besar, mengapa tidak? Mempunyai dua ekor kucing bukan sahaja supaya mereka berteman tetapi juga supaya dapat memberi anda kebahagiaan yang berganda!

Bagaimana Jika Saya Mempunyai Seorang Bayi di Rumah?

Sesetengah baka kucing tidak menggemari bayi dan ada juga yang memerlukan penjagaan khas. Oleh itu, amatlah penting untuk memeriksa baka anak kucing dan personality yang bakal dibawa balik. Cara terbaik untuk mengeratkan hubungan antara kucing dengan bayi adalah dengan bertemu mata keduanya seterusnya melihat reaksi kucing sama ada ia teruja atau sebaliknya apabila melihat orang baharu. 

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent