Enter a keyword below to search for articles and products.
Tanyakan kepada doktor haiwan anda atau kawan yang mempunyai kucing supaya dapat mencadangkan sebuah kateri untuk menempatkan anak kucing anda.
Apabila tiba musim cuti – atau jika anda terpaksa meninggalkan anak kucing anda untuk beberapa hari – anda perlu memikirkan cara terbaik untuk menjaganya ketika anda tiada. Berikut adalah beberapa pilihan terbaik.
Tanyakan kepada doktor haiwan anda atau kawan yang mempunyai kucing supaya dapat mencadangkan sebuah kateri untuk menempatkan anak kucing anda. Lawati kateri tersebut dahulu bagi memastikan anda berpuashati dengan rumah sementara bagi sahabat felin anda ini. Apa yang penting, lihat jika ia kemas dan berbau bersih. Apabila anda membawa anak kucing anda ke sana, tinggalkan ia bersama mainan kegemarannya, selimut atau tilam untuk membantunya berasa selesa dalam persekitaran yang baharu.
Jika anda hanya akan berjauhan untuk beberapa hari sahaja, anda mungkin mahu menggunakan perkhidmatan makan-di-rumah ataupun pengasuh-haiwan peliharaan. Beringatlah – jangan beritahu mereka tarikh sebenar anda akan meninggalkan rumah sehingga anda telah menandatangani satu perjanjian.
Jika anda mempunyai seorang kawan ataupun saudara-mara yang menyukai kucing, kenapa tidak anda minta mereka sahaja mengasuh anak kucing anda? Dengan cara ini, anak kucing anda akan dapat tinggal dalam persekitaran yang ia biasa dan selamat. Beringatlah untuk memberikan pengasuh kucing anda panduan mengenai rutin seharian anak kucing anda – termasuk kawasan-kawasan di mana ia gemar menyorok!
Jika anda mahu membawa kucing anda ke luar negara, berbincanglah dengan syarikat penerbangan keperluan dan sekatan-sekatan yang terlibat. Berbincang juga dengan doktor haiwan mengenai keperluan anda – ini termasuk pasport kucing, sijil kesihatan dan imunisasi yang diterimapakai oleh negara yang akan anda lawati.