Kesihatan

Pemvaksinan, menguatkan sistem imun, cacing dan pinjal
Perkara-perkara mengenai pinjal yang perlu anda ketahui untuk mengekalkan kesihatan kucing anda

Berat Kucing

Berat Kucing

Di dalam habitat semula jadi, kucing yang saiz besar hanya memakan mangsa yang ia tangkap. Kucing anda juga pemburu semula jadi, bagaimanapun ia bergantung kepada anda untuk memberinya makanan jenis seimbang yang diperlukan untuk ia kekal sihat ... dan mempunyai berat yang sesuai. Namun agak sukar untuk menolak  pandangan yang merayu daripada matanya yang besar itu dan melayan mereka boleh menjadi bahagian yang penting ketika waktu main. Jadi untuk seketika ambil masa untuk menimbang  berat kucing anda, dan pastikan ia tidak terlebih makan!

 Menimbang berat

Pemeriksaan berat kucing anda tidaklah sukar – hanya gunakan penimbang berat anda. Pertama, timbang berat badan anda. Kemudian pijak penimbang berat itu sekali lagi, tetapi kali ini dengan memegang kucing anda di lengan anda. Tolak timbangan berat yang pertama dengan yang kedua dan anda akan memperoleh jumlah timbangan berat kucing anda!

Pemeriksaan menyeluruh kucing anda

Memperhatikan perubahan pada berat kucing anda merupakan satu idea yang baik. Anda boleh melakukan perkara ini dengan berdiri tegak di atas kucing anda dan melihat ke bawah. Jika anda boleh melihat bahagian belakang rusuknya sedikit gemuk, kemungkinan berat badannya berlebihan. Perhatikan juga kantung-kantung lemak di antara kaki belakang dan bawah perutnya.

Selain daripada itu, anda boleh meletakkan kedua-dua tangan anda pada sisi kucing anda. Jika anda boleh merasa tulang rusuknya, ini bermakna sahabat kucing anda mempunyai berat yang sempurna. Namun jika rusuknya terkeluar, ini bermakna ia terlalu kurus.

Membantu kucing yang memiliki berat badan yang berlebihan 

Jika kucing anda mula kelihatan sedikit dempak, doktor haiwan anda boleh mengesyorkan pelan pemakanan. Adalah lebih baik bagi kucing anda makan dalam saiz yang kecil dan kerap, jadi cuba berikan kucing anda empat sajian makan sehari, berbanding dua sajian dalam saiz yang besar. Dan anda berkemungkinan perlu menghentikan segala pemberian berbentuk ganjaran dan snek-snek kepada kucing anda!

Sama seperti saudara-saudara kucing besarnya, kucing anda suka bersenam – dan ini boleh membantu ia mengurangkan berat badannya juga. Biasakan kucing anda dengan aktiviti bermain yang singkat. Kemudian secara beransur-ansur lanjutkan waktu mainnya, dengan menambah lima minit di sana dan di sini, sehingga ia mendapat senaman yang penuh.

Membantu kucing yang kekurangan berat badan

Jika anda berpendapat bahawa kucing anda kekurangan berat badan, dapatkan nasihat daripada doktor haiwan anda mengenai berapa banyak, dan berapa kerap, untuk memberi kucing anda makan. Jika keadaan kucing anda tidak menunjukkan sebarang perubahan, berkemungkinan ia tidak sihat, jadi bawa kucing anda kembali kepada doktor haiwan untuk pemeriksaan.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent