Enter a keyword below to search for articles and products.
Kucing rumah yang sering keluar merayau menghadapi risiko bukan sahaja daripada pemangsa yang lebih besar seperti anjing dan musang, tetapi juga terdedah kepada pelbagai bahan pencemar, serangga, dan kutu.
Kucing rumah yang sering keluar merayau menghadapi risiko bukan sahaja daripada pemangsa yang lebih besar seperti anjing dan musang, tetapi juga terdedah kepada pelbagai bahan pencemar, serangga, dan kutu. Malah, masalah kutu adalah salah satu isu yang kerap berulang dalam hidup kucing dan boleh menyebabkan penyakit fizikal, ketidakselesaan, dan juga alahan kulit. Oleh itu, sebagai pemilik kucing, amat penting untuk memahami gigitan kutu dan memeriksa si Manja anda untuk kutu dari masa ke semasa.
Kutu mempunyai badan yang leper dan kutu dewasa bisa sebesar 3 mm panjang. Kutu boleh didapati di tempat seperti:
Perosak ini lebih suka persekitaran yang lembap atau dan berteduh. Jadi, mereka boleh didapati di taman atau kawasan bersemak dan rumput tinggi, dan menghinggap pada kucing apabila ia berlalu lalang di situ.
Di dalam rumah, kutu boleh didapati di tempat yang lembap dan mendap, seperti permaidani atau tempat tidur. Rekahan lantai dan perabot juga berfungsi sebagai tempat bersarang yang digemari kutu.
Kutu memperoleh zat-zat kehidupan mereka dari darah haiwan lain, seperti kucing dan anjing. Mereka selak ke kulit mangsa dan menggigit hingga sampai ke saluran darah yang terletak di dalamnya. Gigitan kutu bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka tetapi juga untuk pembiakan. Setelah keperluan pemakanan mereka dipenuhi, kutu betina akan bertelur pada kulit dan badan kucing. Beberapa larva kutu juga memakan kandungan darah dalam tahi kutu dewasa. Gigitan kutu menyakitkan dan boleh menyebabkan lebam dan kegatalan kulit.
Walaupun gigitan kutu jarang berlaku di kalangan manusia, tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Gigitan kutu dicirikan oleh benjolan atau gegelang kemerahan sekeliling gigitan dan boleh berkembang menjadi lepuh atau luka terbuka. Kes gigitan kutu yang parah pada manusia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang amat menyakitkan, kemerahan, dan kelenjar bengkak. Gigitan kutu pada manusia juga boleh mengakibatkan penyakit berjangkit seperti wabak dan tipus.
Selain kerengsaan kulit, sakit dan ketidakselesaan, gigitan kutu pada kucing boleh menyebabkannya mengalami kesan-kesan yang parah. Selain bengkak, luka terbuka dan lelasan, kutu dalam kucing juga meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti:
Oleh kerana tujuan kutu menggigit kucing ialah untuk mengambil darahnya sebagai makanan, ia merupakan punca utama anemia pada kucing. Anemia pada kucing boleh mengakibatkan kelemahan fizikal dan kesukaran bernafas, lesu, malah boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat. Kutu dalam anak kucing menimbulkan risiko yang tinggi dan mungkin memerlukan perhatian profesional.
Dermatitis alahan kutu atau FAD pada kucing adalah tindak balas alahan oleh sistem imun kucing yang disebabkan oleh protein yang terdapat dalam air liur kutu. FAD pada kucing boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan yang parah melangkaui kawasan gigitan kutu. Pada peringkat lanjut FAD, kucing mungkin mula menunjukkan simptom seperti keguguran yang berlebihan dan keguguran bulu dari ekor dan paha dalaman kucing. Alahan kutu pada kucing juga mengakibatkan benjolan kecil dan kudis, luka terbuka dan jangkitan kulit.
Kucing mungkin akan mendandan diri secara berlebihan jika mereka mengalami gigitan kutu, dan menelan kutu yang berjangkit sewaktu mendandan dirinya. Kutu yang berjangkit itu boleh menyebabkan cacing dalam kucing melalui telur-telur cacing pita yang lepaskan dalam usus atau perut kucing.
Kucing yang menghidap jangkitan cacing pita boleh menunjukkan simptom cacing dan gangguan pencernaan, seperti hilang selera makan, kerap muntah dan cirit-birit, dan kelemahan jasmani.
Apabila kutu menggigit kucing, ia melepaskan bendalir dari air liurnya ke dalam aliran darah kucing, yang berkemungkinan sejenis alergen dan boleh mengganggu sistem imun kucing. Untuk mengeluarkan alergen dari badan, sistem imun mereka harus mengeluarkan histamin, yang menyebabkan kegatalan.
Tanda-tanda serangan kutu adalah kucing kerap menggaru atau mendandan dirinya, kudis kecil dan benjolan pada kulit. Pengguguran berlebihan dan tompok botak pada bulu mereka adalah petanda-petanda cacing dalam kucing juga.
Berikut adalah beberapa petanda gigitan kutu dan cara lain yang boleh membantu anda mengetahui sama ada bayi berbulu berharga anda menghidap jangkitan kutu:
Gigitan kutu kucing mempunyai ciri unik, seperti benjolan kecil yang berbeza warna di kawasan gigitan berbanding dengan kawasan kulit yang lain, yang juga boleh berbentuk gegelang di sekelilingnya. Walaupun gigitan kutu kucing boleh menyebabkan keradangan, ia tidak membengkak seperti gigitan nyamuk. Kutu berkemungkinan berselak pada kucing secara berkumpulan, kutu dalam kucing boleh dilihat muncul dalam kelompok atau sebagai garisan lurus. Gigitan kutu kucing lebih kerap diperhatikan di bahagian perut, tapak kaki, pinggang dan bahagian dalam paha.
Melainkan kucing anda menghidap penyakit anemia, gigitan kutu kucing tidak selalunya menyebabkan kesihatannya merosot sehingga menjadi parah, dan mudah dirawat menggunakan rawatan yang dapat dibuat di rumah dan ubat cacing untuk kucing. Berikut adalah beberapa rawatan kutu untuk kucing yang dijamin berkesan untuk kucing:
Gigitan kutu tidak selalu memerlukan perhatian veterinar. Berikut ialah beberapa petua berguna untuk merawat kucing anda dengan penawar buatan rumah dan rawatan kutu untuk kucing.
Menjaga kebersihan rumah anda boleh membantu menghilangkan larva kutu dan telur kutu pada kucing. Jika kucing anda sudah mempunyai kutu, tukarlah bekas pasirnya dan tempat tidurnya serta-merta. Mencuci mainan, selimut dan aksesori mereka dengan teliti juga amat berkesan.
Jika penawar-penawar buatan di rumah tidak berfungsi untuk mengeluarkan kutu dari badan si Comel anda, anda perlu mendapatkan bantuan pakar. Rawatan kawalan kutu pakar terdiri daripada:
Untuk mengelakkan kutu menyerang kucing anda lagi, anda juga harus mengupah pakar kawalan serangga dan makhluk perosak dimana mereka dapat membantu mencari sumber dan jenis kutu dan memusnahkannya
Jika kucing anda mempunyai kutu, anda boleh pertimbangkan untuk memberi mereka mandian belerang atau menggunakan syampu yang mengandungi pengurusan kutu untuk menghilangkan kutu dalam kucing. Memberus bulu mereka dengan kerap menggunakan sikat kutu juga amat memanfaatkan.
Walaupun jarang, tetapi manusia masih boleh mendapat kutu daripada kucing. Gigitan kutu pada manusia boleh menyebabkan lepuh dan luka di lokasi gigitan, kes yang parah juga boleh menyebabkan luka terbuka, jangkitan kuman dan penyakit bawaan kutu seperti wabak dan tipus.
Walaupun gigitan kutu boleh menyebabkan kerengsaan yang ketara dan kecederaan kulit pada bayi berbulu, ia biasanya tidak membawa kepada situasi yang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, serangan kutu boleh menyebabkan kucing menghidap penyakit anemia, dan boleh membawa maut kepada anak kucing yang lebih kecil.
Kutu dalam kucing biasanya tidak menyebabkan kemudaratan, tetapi memang dapat menyebabkan anemia, kelemahan dan alahan yang melampau. Tambahan pula, kucing boleh terdedah kepada risiko cacing pita, dermatitis, alahan kutu, dan luka terbuka jika tidak dirawat.