Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Apa itu Catnip? Kegunaan dan Kesan

“Kenapa kucing anda terlalu taksub dengan catnip? Dan bagaimana kita menggunakan catnip untuk menggembirakan ia”

Pernahkan anda terpikir apakah itu catnip? Sebagai pemilik kucing, anda pastinya menyedari kesan catnip pada kucing. Jika tidak, kami sangat menggalakkan untuk anda menonton video atas talian. Kucing apabila bertemu catnip menjadi kombinasi yang melucukan. Kebanyakan kucing terangsang dengan catnip, berguling atau menggosok pada catnip atau objek yang mempunyai catnip di dalamnya.

Mari ketahui lebih lanjut mengenai catnip, kegunaannya dan bagaimana ia boleh memberi kesan pada kucing anda.

Apakah catnip?

Catnip, atau Nepeta Cataria adalah tumbuhan saka yang tergolong dalam keluarga pudina. Ia boleh ditemui di wilayah yang cerah, termasuk negeri di Amerika Utara dan wilayah tertentu di Eropah. Salah satu komponen aktif dalam tumbuhan catnip ialah nepetalactone, agen yang menyebabkan kucing domestik bertindak balas terhadapnya, bergantung pada umur dan saiz kucing. Bahan kimia nepetalactone dihasilkan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang kecil yang menyaluti daun, buah benih dan batang tumbuhan. Buah benih sering pecah, menyebabkan kucing tertarik kepadanya.

Tumbuhan catnip mudah ditemui di kawasan dengan tanah yang mempunyai saliran yang baik. Catnip adalah tumbuhan berwarna kelabu kehijauan yang mempunyai daun bergerigi berbentuk hati, batang tebal yang dilitupi bulu-bulu halus. 
Sekarang anda sudah mengetahui catnip untuk apa, mari kita ketahui fungsi catnip.

Fungsi Catnip – Bagaimana catnip berfungsi?

Bahan kimia nepetalactone yang dihasilkan oleh tumbuhan catnip juga dikenali sebagai agen yang memukau dan mencetuskan tindak balas dan fungsi otak kucing. Apabila bahan kimia masuk melalui hidung kucing, ia boleh menjadi perangsang untuk mempengaruhi tindak balas kucing. Catnip berfungsi pada kebanyakan kucing, membuatkan mereka berguling dan begesel pada objek. 

Sekiranya anda terpikir apakah kegunaan catnip, nepetalactone secara amnya melumpuhkan deria bau pada kucing, menyebabkan deria neuron dalam rongga hidung diaktifkan. Ini boleh mempengaruhi lebih lagi pusat keseronokan di dalam otak kucing, seterusnya membawa perubahan dalam emosi dan tingkah laku kucing. Walaupun kesan catnip biasanya kekal selama 10 minit hingga 15 minit, ia boleh mempunyai kesan yang berbeza bergantung pada sama ada kucing anda telah menghidunya, atau telah menelannya.

Beri kucing makan catnip vs hidu catnip – catnip untuk apa

Kebanyakan kucing lebih gemar menghidu catnip daripada menelannya. Ini kerana catnip masuk melalui hidung dan mencetuskan isyarat deria di dalam hidung. Kebiasaannya, menghidu catnip mendatangkan kepuasan di dalam titik keseronokan di dalam otak, sama seperti tindak balas seksual. Oleh itu, kebanyakan kucing lebih gemar menghidu catnip daripada menelannya.

Walau bagaimanapun, menghidu catnip boleh menyebabkan nepetalactone mengambil alih deria bau kucing, seterusnya menyebabkan hiperaktif atau ekstasi. Kebanyakan kucing di bawah pengaruh catnip akan menggesel pada objek atau berguling di atas lantai. Namun, terdapat beberapa kelebihan kucing menghidu catnip. Walaupun catnip boleh menyebabkan hiperaktif, ia juga boleh melegakan tekanan.

Memakan catnip daripada menghidunya boleh menunjukkan kesan yang agak berbeza daripada hiperaktif. Jika termakan, catnip berfungsi sebagai penenang dan sangat bermanfaat untuk untuk membantu keresahan atau merawat insomnia. Memakan catnip juga membantu dalam membersihkan usus kucing, tetapi terlalu banyak catnip boleh menyebabkan sakit perut.

Adakah semua kucing bertindak balas terhadap catnip?

Tidak semua kucing boleh mengenali atau bertindak balas dengan kesan catnip. Kajian menunjukkan hanya kira-kira 50% hingga 70% kucing di seluruh dunia boleh dipengaruhi oleh catnip. Ini kerana faktor genetik memainkan peranan penting menentukan kucing anda sukakan catnip. Jika kucing dilahirkan dengan gen yang tidak mengenali catnip, catnip tidak boleh memberi kesan kepada kucing.

Berapa lama kesan catnip?

Kesan catnip pada kucing dewasa selalunya sekitar 10 minit. Walau bagaimanapun, ia mengambil masa hampir dua jam untuk kucing anda pulih sepenuhnya dan boleh bertindak balas semula pada kesan catnip. Kesan ini selalunya bergantung pada umur dan tahap tindak balas kucing anda.

Arahan penggunaan Catnip untuk pemilik kucing

Berikut adalah tip berkenaan penggunaan catnip, anda boleh memastikan jumlah catnip yang betul untuk si comel anda:

    • Kuantiti dos

Sebelum menentukan dos catnip untuk diberikan kepada kucing anda, anda boleh mulakan dengan ujian bau – gosok catnip pada mainan mereka dan lihat bagaimana mereka bertindak balas terhadapnya. Jika kucing anda menunjukkan hasil yang dijangkakan, anda boleh perkenalkan catnip dalam dos kecil. Kebanyakan pemilik kucing selalunya bermula dengan menambah satu sudu teh atau sudu makan catnip kering ke dalam mangkuk dan letakkan di hadapan si comel. Anda boleh ubah dos bergantung pada tindak balas mereka. Berikan dos sedikit (kurang daripada satu sudu teh) untuk anak kucing kecil.

    • Kekerapan dos

Bagi memastikan kucing anda boleh menikmati catnip tanpa hilang kepekaan(sensitiviti) terhadapnya, anda mesti mengatur selang masa untuk mereka menikmati catnip. Pada kebiasaannya, kesan catnip lebih 2 jam sebelum mereka boleh terkesan semula. Biasanya catnip disyorkan untuk diberi ketika masa mereka bermain, dua atau tiga kali sehari.

    • Arahan penyimpanan

Setelah kering, herba catnip perlu di simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kelembapan. Plastik berzip kedap udara juga sesuai untuk menyimpan catnip. Anda boleh pastikan catnip kekal terpelihara lama dengan menyimpannya di tempat yang sejuk, kering serta jauh daripada sinaran matahari atau haba kerana ia boleh mengurangkan potensi herba. Anda juga mesti memastikan catnip di simpan dengan selamat, jauh daripada capaian kucing anda.

    • Di mana untuk beli catnip?

    • Catnip boleh didapati secara meluas di seluruh dunia, ini bermakna catnip berkesan pada hampir semua baka kucing. Anda boleh mendapatkan catnip dari kedai haiwan peliharaan berdekatan anda, atau boleh dibeli secara atas talian di forum eDagang. Catnip biasanya sangat berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.
    • Bagaimana untuk menanam sendiri catnip?

Catnip (Nepeta cataria) adalah tumbuhan yang terkenal di kalangan pemilik kucing. Catnip adalah tumbuhan saka berasal dari negeri Amerika Utara. Dari masa ke masa, ia menjadi tumbuhan popular untuk ditanam di rumah oleh pemilik kucing kerana ia senang diselenggara dan sangat mudah untuk tumbuh dan berada di rumah. Anda boleh menanam sendiri catnip dengan mengikuti tip ini:

    • Bila untuk tanam –

Catnip lebih suka suasana yang cerah. Jadi, masa sesuai untuk tanam catnip adalah pada musim bunga apabila tamat musim sejuk.

    • Di mana untuk tanam catnip –

Seperti yang dinyatakan, catnip memerlukan banyak cahaya matahari untuk membesar dan mencapai potensi terbaiknya. Ruang terbuka yang luas dan menerima cahaya matahari yang mencukupi pada waktu siang adalah terbaik untuk menanam catnip. Taman dengan banyak cahaya matahari dan tanah mempunyai saliran yang baik adalah bermanfaat untuk catnip. Walau bagaimanapun, jika anda tinggal di kawasan panas dan gersang, penting untuk meletakkan catnip di tempat teduh untuk menghalang daripada sinaran matahari yang terik.

    • Menyiram catnip –

Catnip adalah tumbuhan yang tahan kemarau, menyiramnya secara berlebihan boleh memudaratkannya. Sebaliknya, siram pokok catnip sedikit sahaja untuk memastikan tanah di sekeliling pokok lembab tetapi tidak basah. Setelah ditanam, pokok catnip untuk kucing anda akan sedia untuk diperkenalkan dalam masa setahun.

Latih kucing anda dengan catnip

Apakah itu kucing catnip? Ia adalah kucing yang sudah biasa dengan catnip untuk jangka masa yang lama. Kucing domestik selalunya bertindak balas positif pada latihan, dan senang dilatih di rumah. Sebagai pemilik kucing, anda juga boleh gunakan mainan catnip untuk merangsang aktiviti mereka serta dapat melatih mereka dengan lebih baik.

        • Mainan catnip

Kucing adalah makhluk yang suka bermain dan bertindak balas dengan bagus pada sesi bermain. Oleh sebab kucing mempunyai naluri semula jadi terhadap catnip, ramai pemilik kucing selalu menggunakan mainan catnip untuk menarik perhatian kucing yang sukakan catnip. Mainan catnip adalah mainan mengandungi catnip, dan dicipta khas untuk si comel. Mainan yang anda beli boleh jadi lebih menarik dengan menggosokkan catnip ke atasnya. Mainan catnip boleh dibeli dan didapati dalam bentuk mainan kunyah yang mengandungi herba catnip. Anda juga boleh sediakan sendiri mainan catnip untuk kucing anda! Anda cuma perlukan stokin lama, tabur catnip kering ke dalamnya, jahit atau ikat dan siap! Mainan catnip sudah sedia untuk kucing anda main. Walau bagaimanapun, tindak balas kucing anda terhadap catnip adalah berbeza bergantung pada jenis catnip yang digunakan. Kucing lebih gemar catnip segar atau kering berbanding penyembur catnip. Ini kerana penyembur catnip di pasaran tidak mengandungi nepetalactone yang merangsang pusat deria kucing.

        • Arahan Latihan

Catnip selalunya memberi rangsangan yang kuat pada kucing, dan oleh sebab itu, ia digunakan sebagai alat untuk melatih kucing. Kebanyakan kucing cenderung untuk mencakar perabot untuk mengasah kuku. Anda boleh melatih kucing anda untuk tidak mencakar perabot dengan mengalih perhatian mereka pada tiang cakar yang ditabur dengan catnip. Anda juga boleh latih mereka menyesuaikan diri dengan katil baru dengan menaburkan catnip di atas kusyen. Ia juga membuatkan kucing anda tertarik dengannya. Catnip juga boleh digunakan sebagai agen penyembuhan untuk kucing semasa latihan. Anda boleh juga boleh gunakan catnip sebagai ganjaran selepas kucing anda melakukan tugas dengan baik. Ia juga dapat menggalakkan mereka untuk berlatih dengan pantas daripada selalu. Anda juga boleh tambah catnip sebagai bahan penting dalam sesi pembelajaran dan membantu kucing anda belajar aksi yang menakjubkan.

Soalan Lazim Catnip:

Adakah catnip selamat?

Catnip sangat popular di kalangan kucing. Tiada bukti yang menyokong dakwaan yang catnip merbahaya atau memberi kesan negatif pada kesihatan kucing. Walau bagaimanapun, jika anda memberi catnip pada kucing anda, pastikan mereka tidak menelan catnip segar atau kering dengan banyak kerana ia boleh mengganggu sistem usus mereka. Ia bukanlah sangat merbahaya kerana kebanyakan kucing berupaya meneutralkannya sendiri.

Bolehkan kucing terlebih dos dengan catnip?

Walaupun tiada insiden yang menunjukkan kemungkinan kucing boleh terlebih dos. Namun, setelah mereka di bawah pengaruh catnip, selalunya mereka mengambil masa dua jam atau lebih untuk mereka terkesan semula. Terlebih menikmati boleh menjadi masalah. Kucing anda boleh jatuh sakit jika termakan catnip dengan banyak.

Pada umur berapakah catnip boleh diberikan kepada kucing?

Tiada umur tertentu untuk perkenalkan catnip kepada kucing anda. Walaupun catnip tidak memberi kesan buruk pada anak kucing, kucing mestilah berumur sekurang-kurangnya 6 bulan atau 1 tahun untuk menerima tindak balas yang diingini daripada catnip. Walau bagaimanapun, sesetengah kucing mengambil masa bertahun untuk bertindak balas dengan catnip.

Kenapa kucing sukakan catnip?

Catnip sangat digemari kucing. Kajian terkini menunjukkan nepetalactone, komponen penting yang terdapat dalam catnip bertanggungjawab ke atas perasaan sukakan catnip. Catnip adalah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan pudina, dan nepetalactone selalunya memasuki hidung kucing dan merangsang deria neuron mereka. Nepetalactone menyerupai feromon kucing, ia menghantar isyarat ke otak menyerupai tindak balas seksual. Inilah sebab kenapa kucing sukakan catnip.

Whiskas brand imagery