Enter a keyword below to search for articles and products.
Semasa anak kucing anda masih kecil, ia akan menginjak-injak tapak kakinya pada tubuh ibunya sambil menghisap – kelakuan kenalurian ini yang membuatkan susu mengalir lebih cepat.
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat si anak kucing kecil comel anda berehat di pangkuan anda dan menginjak-injak kaki anda dengan tapak kakinya. Melalui pemaparan kasih sayang dan kepuasan ini, anak kucing anda mempamerkan kelakuan semula jadinya yang wujud sejak ianya dilahirkan.
Semasa anak kucing anda masih kecil, ia akan menginjak-injak tapak kakinya pada tubuh ibunya sambil menghisap – kelakuan kenalurian ini yang membuatkan susu mengalir lebih cepat. Inilah sebabnya mengapa menginjak-injak adakalanya dikenali sebagai “menginjak susu”. Dengan mengekalkan perilaku ini semasa ianya meningkat dewasa, anak kucing anda menunjukkan kepada anda betapa selamat dan berpuas hatinya ia.
Sebagaimana seronoknya rasa urut-urutan kecil ini, adakalanya urutan ini menjadi sesuatu yang agak merimaskan! Apabila kuku anak kucing anda masuk ke dalam paha anda, cuba untuk tidak menepisnya atau memarahinya – ibunya tidak akan pernah melakukannya, dan perkara ini mungkin membuatnya berasa keliru. Sebaliknya, letakkan kain selimut tebal atau tuala pada riba anda sebelum anak kucing anda melompatkan ke atasnya. Dan apabila anda membawanya ke doktor haiwan di masa lain, lakukan pemeriksaan sama ada kukunya perlu dipotong.