Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Makanan Kucing Whiskas®

Makanan kucing Whiskas® lazat dan mengandungi semua nutrien, vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan kucing anda untuk manfaat seharian.

Makanan kucing Whiskas® lazat dan mengandungi kesemua nutrien, vitamin, dan mineral yang diperlukan oleh kucing anda. Daripada tekstur makanan yang ranggup sehingga ke makanan yang lembut dan berair, kami mempunyai semua rangkaian makanan basah dan kering untuk dipilih, menjadikannya salah satu jenama makanan basah kucing terbaik dan jenama makanan kering kucing yang ada dalam pasaran. Makanan kucing Whiskas® dihasilkan oleh pakar pemakanan dan doktor haiwan dari Waltham Petcare Science Institute untuk memenuhi keperluan pemakanan dan kesihatan kucing anda. Sama ada anda mempunyai anak kucing, kucing dewasa atau kucing senior, makanan kucing Whiskas® memenuhi keperluan untuk semua peringkat umur.

Maklumat Pemakanan bagi Setiap Peringkat Umur

Anak Kucing

Anak kucing yang sedang membesar (2-12 bulan) penuh bertenaga! Pada peringkat ini, anak kucing memerlukan makanan yang tinggi dalam protein, lemak, kalsium, vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran yang pesat dan keperluaan tenaga yang tinggi. Rangkaian Whiskas® 2-12 bulan mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang tepat untuk anak kucing membesar dengan sihat dan kuat.

Kucing Dewasa

Kucing dewasa (1+ tahun) memerlukan makanan berkhasiat berkualiti tinggi untuk mengekalkan kesihatan dan memastikan kucing tetap kuat dan aktif. Rangkaian Whiskas® 1+ membekalkan nutrien dan tenaga dalam jumlah yang tepat yang kucing perlukan untuk kekal langsing, kuat dan sihat.

Kucing Senior

Kucing-kucing senior (7+ tahun) sedang menikmati kehidupan sepenuhnya. Rangkaian Whiskas® Senior dirumus dengan nutrien-nutrien khusus untuk meningkatkan mobiliti, menjaga penglihatannya, dan kulit dan bulu agar kekal sihat dan berkilat. Ia juga dirumus agar mudah dihadam untuk mengekalkan kesejahteraan dan keselesaan kucing yang berusia.

Makanan basah

Whiskas Cat Food
Hidangan lazat dan segar untuk setiap peringkat kehidupan kucing

Makanan kering

Kibble ranggup di luar, berkrim di dalam untuk kelazatan hebat

Whiskas

Peringkatan Kehidupan

Keperluan pemakanan kucing berubah apabila mereka membesar dan semakin tua. Makanan Whiskas® menyokong Si Manja anda pada setiap peringkat kehidupan mereka.
Whiskas brand imagery
Whiskas product

Anak kucing

Anak kucing membesar lima belas kali lebih cepat daripada bayi manusia, itulah sebabnya mereka memerlukan makanan yang disesuaikan khusus untuk memenuhi keperluan dan citarasa unik mereka.
Whiskas product

1+ TAHUN

Daripada tekstur ranggup kepada kepingan daging dan ikan asli, rangkaian Whiskas® adalah lengkap dan seimbang untuk membantu memastikan kucing anda sentiasa ceria dan sihat setiap hari.
Whiskas product

7+ TAHUN

Jangkakan kucing anda akan purr sebagai tanda persetujuan! Rangkaian 'senior' Whiskas® diformulasi khas untuk kucing lebih 7 tahun, lebih mudah dicerna oleh kucing anda, dengan nutrien tambahan untuk menyokong keperluan khususnya.

Cara memilih makanan yang sesuai untuk kucing anda

Sebagai pemilik kucing, kita ingin memberikan yang terbaik kepada kucing kita. Kucing mempunyai keperluan nutrisi yang berlainan mengikut peringkat kehidupannya. Ia adalah penting untuk memilih makanan kucing yang mengandungi nutrisi lengkap dan seimbang yang sesuai dengan peringkat kehidupannya. Seperti kita manusia, kucing juga memerlukan kepelbagaian dalam dietnya. Rangkaian makanan kucing Whiskas® direka khas untuk memenuhi keperluan anak kucing, kucing dewasa, dan kucing yang telah berusia dalam pelbagai perisa. Di Whiskas®, kami berusaha untuk menyediakan makanan kucing yang terbaik untuk Si Manja anda.

Mengapa makanan kucing yang dibuat sendiri tidak mencukupi

Walaupun makanan kucing buatan sendiri untuk Si Manja anda adalah tanda kasih sayang, ia mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka. Berbanding dengan manusia, kucing memerlukan 4 kali lebih banyak protein dan juga 41 nutrien penting untuk membesar dengan sihat. Ianya sukar untuk menentukan jumlah nutrien, vitamin dan mineral yang tepat dalam makanan kucing buatan sendiri. Jadi, Si Manja anda mungkin kekurangan sebilangan nutrien penting. Makanan kucing Whiskas® dirumus dengan teliti untuk memberikan nutrisi lengkap dan seimbang bagi membantu kucing anda membesar dengan sihat untuk menikmati kehidupan.

Nilai nutrisi makanan kucing Whiskas®

Makanan kucing Whiskas® dirumus untuk memenuhi keperluan pemakanan Persatuan Pegawai Pengawalan Makanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), dan dibangunkan bersama pakar pemakanan dan doktor haiwan dari WALTHAM Petcare Science Institute, peneraju dunia dalam penjagaan haiwan peliharaan dan pemakanan haiwan. Oleh itu, anda boleh yakin mengetahui bahawa kucing anda mendapat semua nutrien yang diperlukan dalam jumlah tepat dan sesuai untuk setiap peringkat kehidupannya. Nutrien-nutrien penting untuk Si Manja anda seperti protein, omega-3 dan -6, taurina, arginina, vitamin A, vitamin E, kalsium dan fosforus, dan zink boleh didapati dalam makanan kucing Whiskas®.

Makanan kucing Whiskas® mudah dihidangkan

Whiskas® mempunyai beraneka jenis makanan kucing untuk diterokai dan dinikmati oleh Si Manja anda. Makanan kering kucing Whiskas® boleh dibiarkan di luar harian untuk kucing meratah. Kibble ranggup memastikan gigi kucing anda sihat dan kuat. Makanan kucing basah Whiskas® disediakan dalam kantung yang mudah dihidangkan dan dalam porsi yang tepat untuk Si Manja anda. Jeli dan kuah yang terdapat dalam makanan basah membekalkan penghidratan dengan tekstur halus untuk memastikan Si Manja anda sihat dan ceria. Makanan kucing Whiskas® mudah untuk dihidangkan, dan mudah dimakan oleh Si Manja anda.

Soalan-soalan Lazim Mengenai Produk Makanan Kucing

Mengapa Makanan Kucing Whiskas®

Makanan kucing Whiskas® dirumus dengan WALTHAM Petcare Science Institute, peneraju dunia dalam penjagaan haiwan peliharaan dan pemakanan haiwan. Sebagai jenama makanan kucing peneraju, kami mempunyai satu matlamat iaitu menyediakan makanan kucing terbaik untuk kucing anda.

Apakah jenis makanan kucing yang terdapat di Whiskas®?

Whiskas® mempunyai makanan kucing dalam bentuk kering dan basah dalam pelbagai jenis perisa yang lazat, dengan nutrisi lengkap dan seimbang untuk Si Manja anda. Jadi, apakah perbezaan antara kami dan jenama makanan kucing lain? Kami menyediakan makanan kucing yang lazat pada harga makanan kucing yang hebat! Tidak ada apa yang lebih baik daripada harga rendah tetapi makanan kucing yang bagus.

Bagaimana makanan kucing Whiskas® membantu dalam tumbesaran kucing?

Makanan kucing Whiskas® mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran kucing seperti protein untuk pengekalan otot yang sihat, kalsium dan fosforus untuk tulang yang kuat, dan vitamin untuk penglihatan yang baik serta kulit yang sihat. Namakan mana-mana nutrien penting, dan anda boleh mendapatkannya dalam makanan kucing Whiskas®!

Mengapa anda harus pilih makanan kucing Whiskas® dan bukan makanan buatan sendiri?

Dari segi nutrisi, sebilangan besar makanan kucing buatan sendiri adalah tidak lengkap dan seimbang. Makanan kucing Whiskas® menyelesaikan masalah ini dengan membekalkan nutrisi lengkap dan seimbang yang juga lazat dan berkhasiat. Ia juga senang disajikan dengan harga makanan kucing yang tiada tandingan untuk memastikan anda turut berasa gembira!
Whiskas brand imagery