Membawa pulang anak bulu kecil sememangnya salah satu pengalaman paling mengasyikkan dalam hidup anda. Apabila anda membawa pulang anak kucing kecil, anda juga mengalu-alukan ahli keluarga baru dan rakan anda buat selama-lamanya.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa mengambil anak kucing bukan sekadar untuk keseronokan dan permainan tetapi juga merupakan tanggungjawab yang berat. Seekor kucing memerlukan penjagaan yang sama seperti seorang anak kecil. Memberi perhatian kepada pemakanan kucing anda adalah sangat penting, terutamanya dalam dua belas bulan pertama kehidupannya. Pada peringkat pembentukan inilah si manja kecil anda memerlukan nutrien yang paling banyak untuk perkembangan tulang, otot, gigi dan otak yang sempurna.
Pilih makanan anak kucing dengan bijak untuk memastikan bayi bulu anda membesar menjadi kucing yang sihat, kuat dan ceria. Rangkaian makanan kucing WHISKAS® basah dan kering padat dengan 41 nutrien penting untuk menjadikan masa makan kucing sihat dan lazat!
12 hasil
12 hasil
Nutrien Penting dalam Makanan Anak Kucing
Ramai ibu bapa anak kucing buat kali pertama mungkin tidak mengetahui perkara ini tetapi anak bulu kecil memerlukan banyak nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh. Walaupun kucing secara semula jadi bertenaga, makanan mereka mesti mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan stamina dan sistem imun mereka. Berikut adalah senarai nutrien yang paling penting untuk si comel anda!
- Protein: Keperluan protein untuk anak kucing adalah sangat tinggi sekurang-kurangnya sehingga peringkat cerai susu.
- Kalsium: Anda mahu tulang anak bulu anda menjadi kuat dan sihat, bukan?
- DHA: DHA memastikan perkembangan otak anak bulu kesayangan anda.
- Kolostrum: Nutrien ini penting untuk sokongan gastrousus dan muskuloskeletal.
- Antioksidan: Untuk sistem imun kucing yang kuat dan aktif.
- Lemak: Sumber tenaga muktamad untuk bayi bulu cergas anda!
Sama ada anda memilih makanan kucing basah atau makanan kucing kering, makanan kucing WHISKAS® ialah pilihan terbaik anda kerana ia mengandungi semua nutrien penting untuk membantu kucing anda membesar dengan sihat dan kuat.
Bagaimana WHISKAS® Memenuhi Keperluan Nutrien Anak Kucing
Makanan kering WHISKAS® untuk anak kucing boleh didapati dalam kantung bersaiz gigitan untuk penghadaman yang selamat dan mudah bagi si manja kecil. Lebih-lebih lagi, kucing mendapati tekstur makanan basah WHISKAS® yang menyerupai jeli bukan sahaja mudah untuk ditelan tetapi juga lazat!
Kedua-dua makanan kucing basah dan makanan kucing kering padat dengan 41 nutrien penting untuk kesihatan menyeluruh anak bulu kesayangan anda. Penambahan kolostrum dan DHA seterusnya memastikan kucing anda tidak kekurangan nutrien penting yang diperoleh daripada susu ibu mereka.
Makanan anak kucing WHISKAS® ialah penyelesaian secara menyeluruh untuk semua kebimbangan anda yang berkaitan dengan nutrien untuk bayi kucing anda. Makanan anak kucing 2-12 bulan yang direka khas oleh WHISKAS® dirumus dengan teliti bersama dengan Pusat Pemakanan Haiwan Peliharaan WALTHAM. Ucapkan selamat tinggal kepada semua masalah penyusuan kucing anda dan percayai rangkaian makanan basah anak kucing WHISKAS® dan makanan kering anak kucing untuk menyediakan nutrisi yang ideal dalam bungkusan yang lazat untuk anak kucing anda.
Cara Memilih Makanan Anak Kucing Yang Tepat untuk Anak Kucing Anda
Pilihan utama adalah antara makanan kucing basah dan makanan kucing kering untuk anak kucing. Sebaik sahaja anda mengetahui jenis makanan yang paling digemari kucing anda (mungkin kedua-duanya?), ianya penting untuk memilih jenama makanan anak kucing yang menggunakan bahan berkualiti tinggi dan menawarkan bahagian yang mencukupi semua nutrien yang diperlukan oleh anak bulu anda.
Rakan kucing kita adalah makhluk yang amat cerewet. Oleh itu, adalah terbaik untuk memilih jenama makanan anak kucing basah atau makanan kucing kering yang mempunyai pelbagai pilihan perisa tanpa mengabaikan bahan-bahan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tahap kegemaran kedua-dua makanan kering WHISKAS® untuk anak kucing dan makanan kucing basah untuk anak kucing adalah bukti betapa anak bulu menggemarinya dan betapa banyaknya ibu bapa kucing mempercayai jenama itu. Rangkaian produk makanan anak kucing WHISKAS® mempunyai keseimbangan yang tepat antara khasiat, rasa dan kepelbagaian yang anda cari-carikan untuk si manja kecil anda. Pilihlah makanan kering WHISKAS® untuk anak kucing dan lihat anak kucing anda berkembang maju!
Varieti Rangkaian Makanan Anak Kucing di WHISKAS®
Adakah anda sedang mencari makanan kucing basah? Atau adakah rakan bulu anda lebih suka makanan anak kucing kering? WHISKAS® menawarkan pelbagai jenis makanan kucing basah dan kering yang lazat dan berkhasiat untuk anak kucing. Berikut adalah antara pilihan terlaris!
WHISKAS® Dry Junior Ocean Fish Flavour with Milk Kitten Food
WHISKAS® Dry Junior Ocean Fish Flavour with Milk Kitten Food adalah pilihan yang sesuai untuk anak kucing yang berumur antara 2 -12 bulan. Ia menawarkan diet yang lazat dan seimbang untuk si manja kecil anda. Ia mengandungi 41 nutrien penting, serta mempunyai kebaikan susu ibu dan banyak lagi untuk memastikan kucing anda sihat, kuat dan bertenaga. Daripada kalsium, fosforus, dan Vitamin D untuk tulang yang kuat, gigi, dan pertumbuhan yang sihat; kepada DHA untuk perkembangan otak dan mata; zink dan asid lemak Omega-6 untuk menjadikan bulu bayi anda berkilauan, makanan kering anak kucing ini mengadungi kesemuanya! Tambahan pula, dengan rasa ikan laut, potongan bersaiz gigitan makanan kering anak kucing ini boleh memikat walaupun pemakan yang paling cerewet!
WHISKAS® Pouch Junior 2-12 Months Tuna Kitten Food
Dengan rasa ikan tulen yang menyelerakan dan padat dengan kalsium, fosforus, protein, antioksidan, vitamin dan mineral, makanan anak kucing Tuna WHISKAS® Pouch Junior 2-12 Bulan merupakan pilihan makanan kucing basah yang paling lazat! Sebagai salah satu makanan basah anak kucing yang terbaik, ia juga menyokong penghidratan. Perhatikanlah anak kesayangan anda membesar dengan gembira, sihat dan gemar bermain sambil mendapat semua nutrisi yang mereka perlukan. Makanan kucing basah WHISKAS® untuk anak kucing adalah jawapan muktamad kepada semua kebimbangan penyusuan anda. Makanan basah kucing berbentuk jeli ini memastikan ia mudah dimakan dan dihadam olrh anak bulu kecil.
Kitten Pouch Junior 2-12 Months Mackerel Kitten Food
Makanan kucing kering untuk anak kucing ini kaya dengan protein, serat, lemak omega, vitamin dan mineral, dimana kesemuanya diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi bulu anda. Dengan rasa tenggiri yang lazat, ia adalah hidangan lengkap dan seimbang untuk anak kucing anda. Dibuat dengan bahan-bahan berkualiti, ia mudah dimakan dan dihadam serta meningkatkan sistem imun rakan kecil. Cuba WHISKAS® hari ini dan berikan rakan bulu anda kesihatan, kekuatan dan kebahagiaan baharu!