Enter a keyword below to search for articles and products.
Pelbagai hidangan yang berkhasiat dan lazat Si Manja akan gemari
Ya, ia memerlukannya! Secara semula jadi, Si Manja mendapatkan sebahagian besar air untuk tubuhnya daripada makanan. Makanan kering mengandungi kadar kelembapan yang rendah. Selain minum air, Si Manja anda boleh mendapatkan air daripada makanan kucing basah. Apa yang bagus tentang makanan kucing basah atau makanan basah anak kucing seperti makanan basah Whiskas® adalah Si Manja anda mendapat lebih banyak air dan protein! Pengambilan air yang mencukupi membantu meningkatkan penghidratan keseluruhan Si Manja anda dan memastikan ia sihat. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan basah Whiskas® membantu mengekalkan otot Si Manja anda kuat dan tanpa lemak. Ia juga menyediakan nutrisi yang lengkap dengan rasa yang lazat Si Manja akan gemari.
Pemberian makan makanan kucing basah adalah satu cara terbaik untuk membantu Si Manja anda kekal terhidrat dan sihat. Air merangkumi 60% daripada badan Si Manja anda maka adalah sangat penting untuk memastikan ia terhidrat.
Manfaat utama makanan kucing basah adalah penghidratan. Air membantu badan berfungsi secara normal, mengawal suhu badan, menjaga kesihatan sendi dan membantu dalam penghadaman. Makanan kucing basah mempunyai kelembapan dan protein yang lebih tinggi daripada makanan kering. Ini meningkatkan keenakkan dan menjadikannya lebih lazat. Makanan kucing basah dan makanan basah anak kucing seperti makanan basah Whiskas® adalah hidangan lazat yang merangkumi semua keperluan nutrisi Si Manja anda untuk memastikan ia gembira dan sihat.
Terdapat banyak jenis makanan kucing basah dan makanan basah anak kucing. Jenis makanan kucing basah yang paling biasa adalah dalam bentuk berjeli dan berkuah. Makanan kucing basah berjeli adalah pilihan yang bagus untuk makanan pepejal. Ia mempunyai sos pekat (daripada jeli) dengan potongan daging yang lembut. Makanan kucing basah berkuah mempunyai daging dalam sos kuah cair yang mengekalkan kelembapan daging dan mudah dikunyah. Berikan Si Manja anda mencuba pelbagai jenis makanan basah untuk mengetahui kegemarannya! Makanan basah Whiskas® disediakan untuk anak kucing, kucing dewasa, dan kucing senior dalam perisa yang lazat dan nutrisi lengkap yang disesuaikan untuk setiap peringkat kehidupan.