Whiskas imagery
Kembali
Whiskas® Junior Ocean Fish Flavour

Whiskas® Junior Ocean Fish Flavour

Anak kucing yang baru dilahirkan bergantung kepada susu ibunya untuk khasiat. Susu ibu membekalkan DHA dan kolostrum (mengandungi faktor pertumbuhan dan antibodi) untuk anak kucing membesar dengan sihat. Apabila anak kucing semakin membesar, ia bersedia untuk bercerai dengan susu ibu dan mula makan makanan pepejal. Ia adalah penting bagi anak-anak kucing diberikan makanan yang dirumus bagi membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan pesat mereka. Makanan yang dirumus khas untuk anak kucing lebih padat dengan nutrien untuk memenuhi keperluan anak kucing yang semakin meningkat berbanding dengan makanan kucing dewasa. Anak kucing  juga  mempunyai saiz perut yang agak kecil, oleh itu, hidangan makanan dalam jumlah kecil yang padat dengan nutrien adalah lebih sesuai bagi perut anak kucing anda.

WHISKAS® Junior mengandungi  kibble susu berkualiti yang diperkaya dengan 41 nutrien penting. Formulasi kami kini ditambah baik dengan DHA dan kolostrum untuk menyediakan nutrsi terbaik yang diperlukan oleh anak kucing bagi kehidupan yang sihat di hari-hari yang mendatang.

Ciri-ciri WHISKAS® Junior:

  • Mengandungi DHA, sejenis nutrien yang terdapat dalam susu ibu untuk menyokong perkembangan mata dan otak anak kucing
  • Mengandungi kolostrum yang menyediakan nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu
  • Nutrisi lengkap untuk sistem imun yang sihat
  • Mengandungi nutrien-nutrien penting (termasuk Kalsium, Fosforus dan Vitamin D) untuk pertumbuhan yang sihat dan gigi serta tulang yang kuat
  • Mengandungi Omega 6 dan Zink untuk bulu yang sihat

 

Boleh didapati dalam saiz 450 g dan 1.1 kg

Penyataan AAFCO

Makanan Kucing  WHISKAS® dirumus bagi memenuhi piawaian pemakanan yang ditetapkan oleh Profil Nutrien Makanan Kucing AAFCO dan WALTHAM.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

Global
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent