Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Tentang WHISKAS®

Sejak tahun 1958, jenama WHISKAS® telah mempelopori bidang pembuatan makanan kucing dan pengalaman yang kami perolehi ini, kami aplikasikannya dalam semua perkara yang kami lakukan. Kami bukan sahaja komited untuk menghasilkan produk yang lazat, kami juga menumpukan segala usaha kami untuk membantu semua kucing hidup dengan sihat dan ceria.

Jenama WHISKAS® sentiasa bersama dalam sepanjang perjalanan ini – memandangkan kucing anda membesar bersama kami, kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan lagi mutu pemakanan dan penjagaan kami.

Sebagai pembuat WHISKAS®, kami mengetahui dan memahami betapa banyak orang yang menyayangi kucing-kucing mereka - kami turut merasakan perkara yang sama. Kami mengasihi kucing-kucing ini kerana sifatnya yang berdikari namun memahami bahawa ia masih memerlukan kasih sayang dan perhatian. Kami percaya bahawa cara terbaik untuk membantu para pemilik kucing memberikan penjagaan tersebut adalah dengan memahami hakikat sebenar naluri semula jadi kucing. Naluri semula jadi ini dapat dilihat melalui tingkah lakunya yang sering kali misteri dan menarik. Dengan mempelajari tingkah laku ini kita dapat meningkatkan kefahaman yang lebih baik mengenai sahabat felin kita daripada orang lain. Justeru itu, kita dapat membantu pemilik-pemilik kucing memberikan penjagaan terbaik kepada kucing mereka.

Pembuat WHISKAS® berasa bangga di atas penghasilan makanan yang memberikan jaminan kepada para pemilik kucing bahawa mereka memberikan makanan yang sihat dan enak kepada kucing mereka. Kami bekerjasama dengan WALTHAM® Center for Pet Nutrition untuk menghasilkan rangkaian produk yang sentiasa diperbaik dari segi mutu pemakanan dan penjagaan. Kami memastikan semua makanan kami mengandungi kebaikan semula jadi yang kucing anda perlukan serta pemakanan yang sentiasa lengkap dan seimbang, membantu kucing-kucing di dunia ini menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Whiskas brand imagery