Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Bulu Pendek Eksotik

Baka Kucing Bulu Pendek Eksotik

Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak tetapi masih ingin memiliki/berkongsi hidup anda bersama seekor kucing yang mempunyai rupa seperti 'bintang filem', maka kucing baka Bulu Pendek Eksotik adalah sesuai untuk anda! Untuk para peminatnya, kucing ini adalah dikenali sebagai 'wash-and-wear Persian' disebabkan bulunya yang seumpama baldu, yang terdapat dalam pelbagai warna yang mempesonakan, adalah amat mudah dijaga.


Ciri-cirinya yang comel yang menyerupai anak kucing merupakan salah satu daripada kualitinya yang paling mengagumkan, dengan mata yang besar dan bulat, telinga yang kecil, muka yang rata dan hidung yang pendek memberikan mereka ekspresi wajah yang menawan dan sukar disangkalkan. Nakal, bersifat ingin tahu dan sentiasa ceria, memiliki kucing Bulu Pendek Eksotik di rumah adalah menyeronokkan.


Sungguhpun mereka suka bermain dengan manusia, baka ini juga boleh bermain bersendirian menjadikannya pilihan yang ideal untuk pencinta haiwan yang sibuk. Kucing Bulu Pendek Eksotik mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan - terutamanya jika diberi peluang untuk menikmati pelbagai keselesaan di rumah.

Whiskas brand imagery