
Kucing Exotic Shorthair
Adakah anda masih ingat Garfield, kucing komik yang suka menyindir dan suka makan? Sebenarnya, Garfield ialah kucing Exotic Shorthair, baka kucing yang popular. Selalunya digelar sebagai kucing Parsi "malas", ini adalah kucing baka tulen dan berkait rapat dengan kucing Parsi. Perbezaan utama antara kucing Parsi dan kucing rambut pendek adalah pada kepanjangan bulu mereka.
Exotic Shorthair adalah mesra dan comel dengan perwatakan yang tidak banyaak menuntut. Mereka mampu membina ikatan yang sangat baik dengan pemiliknya. Mereka suka bermain dengan kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan lain. Walau bagaimanapun, tahap tenaga mereka tidaklah begitu tinggi dan keperluan senaman mereka juga kurang. Namun, mereka boleh bermain dengan mainan kegemaran mereka untuk berjam-jam.
Anak kucing Exotic Shorthair memang dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Mereka boleh bertahan dalam pelbagai jenis isi rumah tanpa banyak kerumitan. Selain itu, anak bulu ini tidak memerlukan rangsangan atau interaksi yang kerap. Kucing dalaman ini ialah kucing sosial dan mesra keluarga. Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk rumah yang tenang.
Petunjuk Utama
- Berat - 10 hingga 15 paun
- Tinggi - 10 hingga 12 inci
- Jangka hayat - 8 hingga 15 tahun
- Kot dan kulit- Rambut pendek, lembut dan sangat padat dengan warna kot seperti putih, perak, hitam, emas, dwiwarna, asap dan Himalaya. Corak kot adalah tabby, pepejal, runcing dan kulit kura-kura.
Ratings:
- Kemesraan ⭐⭐⭐⭐⭐
- Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
- Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐⭐
- Suka bermain ⭐⭐⭐⭐
- Kecenderungan kepada obesiti ⭐⭐⭐⭐
- Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐⭐
- Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐⭐
- Mudah dilatih ⭐⭐⭐⭐
- Digalakkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐⭐⭐
Satu bintang = Rendah/Teruk
Lima bintang = Tinggi/Baik
Penampilan fizikal
Kucing Exotic Shorthair dapat dikenalpasti melalui rupa fizikalnya. Kucing ini berbadan gempal dan biasanya bersaiz sederhana. Kepalanya bulat dan lebar. Jika dibandingkan dengan badannya, kepala kucing ini kelihatan lebih besar.
Baka kucing rambut pendek mempunyai mata bulat yang besar dan biasanya didapati dalam warna emas, biru dan hijau dilihat. Memandangkan muncung kucing itu sangat pendek, mereka kelihatan seperti sentiasa marah. Mukanya yang bulat diserlahkan dengan telinga kecil, yang dipisahkan dengan lebar.
Exotic Shorthair mempunyai kaki yang pendek, tetapi kukuh. Tapak kakinya pula bulat dan besar Jari kakinya juga berumbai. Ekor jenis kucing ini pula pendek dan lebat. Sebutan khusus perlu dibuat tentang lapisan bulu di bahagian bawah badannya yang sangat pendek, tetapi lembut, padat dan gebu.
Kesihatan
Kucing Exotic Shorthair ialah baka yang sihat. Walau bagaimanapun, oleh kerana persamaan genetiknya dengan kucing Parsi, terdapat beberapa masalah perubatan yang dapat diperhatikan pada bsesetengah anak kucing Exotic Shorthair dan juga kucing dewasa.
Berikut ialah beberapa masalah biasa yang perlu anda perhatikan:
Masalah pernafasan
Baka kucing Exotic Shorthair mempunyai muka yang leper dan kadangkala boleh menyebabkan masalah pernafasan. Kucing ini tidak begitu selesa dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Ianya amat selesa dalam persekitaran dimana iklim atau suhunya terkawal.
Kardiomiopati hipertropik
Kucing sering mengalami penyakit jantung ini, di mana ventrikel kiri jantung menebal. Akibatnya, jantung gagal mengepam darah yang mencukupi. Ini mengakibatkan kesukaran pernafasan, degupan jantung tidak teratur, kelemahan, dll.
Penyakit buah pinggang polikistik (PKD)
Kucing berbulu pendek eksotik yang menghidapi PKD mempunyai fungsi buah pinggang yang tidak stabil dan yang membengkak. Sista adalah perkara biasa bagi kucing berusia muda. Walau bagaimanapun, kegagalan buah pinggang bermula agak lewat. Berundinglah dengan penternak baka ini dan pastikan ujian DNA dilakukan untuk kucing rambut pendek untuk mengelakkan risiko PKD.
Masalah mata
Anak kucing dan kucing berbulu pendek eksotik mempunyai saluran air mata yang sering menyebabkan kesulitan seperti air mata yang berterusan. Ia menjadikan kucing ini mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan mata.
Dandanan
Dandanan Shorthair Eksotik adalah lebih mudah berbanding Parsi. Walaupun baka kucing ini mempunyai bulu yang pendek dan padat, ia tidak perlu diberus dan penjagaan yang kerap. Gunakan sikat keluli untuk memberus kucing Exotic Shorthair sekali atau dua kali dalam seminggu. Oleh kerana kot pendeknya, bulu anak bulu ini tidak mudah simpul atau kusut.
Memandangkan baka kucing Exotic Shorthair membiak mengikut musim, anda harus berprihatin pada masa ini. Mereka perlu dimandikan dan dandanan yang kerap untuk menyingkirkan bulu yang tertanggal dan sel kulit mati sepanjang jangka masa ini.
Kerana mata mereka yang sentiasa berair, Exotic Shorthair mengotorkan bulu di sekeliling kawasan mata. Gunakan kain kering yang lembut untuk mencuci dan membersihkan muka kucing dengan kerap. Jika anda melihat kemerahan, pembentukan kerak atau pelepasan berlebihan dari mata, berjumpa doktor haiwan dengan segera.
Pastikan anda memeriksa telinga anak kucing dan kucing Exotic Shorthair anda setiap minggu. Gunakan kain kapas lembut untuk membersihkan sebarang serpihan atau timbunan berlilin.
Bermain
Corak permainan mencerminkan ciri-ciri kucing Exotic Shorthair
Kucing Exotic Shorthair ialah kucing yang sangat penyayang dan mesra - haiwan kesayangan yang anda ingin ada di sekeliling anda. Ciri-ciri kucing Exotic Shorthair ialah gabungan sifat suka bermain dan sikap santai. Oleh kerana mereka penyayang dan mengutamakan keluarga, mereka suka berinteraksi.
Berbanding dengan kucing Parsi, kucing shorthair ini cukup aktif. Mereka boleh bermain dengan mainan kegemaran mereka seperti bola, galah pancing, permainan bulu dan sebagainya selama berjam-jam. Mereka suka perhatikan burung dan berjemur di bawah sinar matahari juga. Bagaimanapun, aktiviti kegemaran mereka ialah, berehat di atas riba pemilik dan berbaring di atas katil yang selesa. Mereka juga gemar dipeluk.
Mereka cuba mengelak aktiviti fizikal yang berat seperti melompat atau berlari kerana ia mudah memenatkan mereka. Pastikan anak kucing dan kucing Exotic Shorthair anda tidak bersendirian untuk jangka masa yang lama kerana mereka suka berada di sekeliling orang yang mereka kenali. Ciri-ciri kucing Exotic Shorthair sememagnnya mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain di dalam rumah juga.