
Kucing Persia
Jika anda kenal dan terhibur dengan kelakuan kucing komik Garfield, kucing yang menyerupai kucing Persia yang menawan itu, anda mungkin ingin mempertimbangkan menjadikan kucing Persia sebagai kucing peliharaan anda. Terkenal dengan "wajah anak patung" yang leper, kucing Persia berasal dari tamadun Mesopotamia purba, dan ciri-ciri kucing Persia ternyata manja, mesra, dan tenang. Jika anda merasa tertarik, kenali juga tentang penjagaan kucing Persia secara lebih lanjut.
Selama berabad-abad, ciri-ciri kucing Persia yang anggun sering dikaitkan dengan kerabat diraja. Kucing Persia telah menjadi teman kucing yang digemari kepada Florence Nightingale dan Ratu Victoria. Walaupun penjagaan kucing Persia mungkin memerlukan penyelenggaraan tinggi dan khas, namun ianya sukar untuk menolak perangai dan wajah comel yang unik kepada kucing Persia dan anak kucing Persia. Tersenarai di bawah adalah beberapa maklumat tambahan, mengenai perangai dan ciri-ciri kucing Persia untuk dipertimbangkan sebelum anda memelihara kucing Persia atau anak kucing Persia.
Petunjuk Utama:
- Berat - 8 hingga 12 paun
- Tinggi - 10 hingga 15 inci
- Jangka hayat - 16 hingga 20 tahun
- Kot - Kot panjang dan mewah
Kedudukan:
- Kemesraan ⭐⭐⭐⭐⭐
- Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
- Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐
- Tingkah laku terhadap manusia ⭐⭐⭐⭐
- Suka Bermain⭐⭐⭐⭐⭐
- Kecenderungan kepada obesiti ⭐
- Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐
- Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐
- Mudah dilatih ⭐⭐⭐
- Dinasihatkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐
Satu bintang = rendah / buruk
Lima bintang = tinggi/baik
Penampilan fizikal
Antara ciri-ciri kucing Persia yang tersendiri adalah penampilannya yang comel berserta dengan perangainya yang manja dan lemah lembut menjadikannya amat unik jika dibandingkan dengan semua baka kucing yang lain. Sebahagian daripada ciri-ciri kucing Persia ataupun anak kucing Persia yang tersendiri adalah sejak ianya dilahirkan dengan wajah yang leper, pipi gemuk dan hidung kemek yang menambah ke kecomelan kucing Persia yang tak ternyata. Rambut panjang dan gebu kucing Persia berserta dengan perwatakan tenang dan manja mereka, anak kucing Persia sering digelar sebagai bola berbulu. Walaupun saiz badannya biasanya sederhana, kucing Persia boleh tumbuh 10 hingga 15 inci tinggi. Tambahan pula, kucing Persia jantan boleh mencecah berat sehingga 12 paun.
Walaupun ianya mempunyai bentuk badan yang tegap, perangai dan sikapnya yang lebih cenderung kepada bersantai dan bermanja dengan ibu bapanya menyebabkan kucing Persia dianggap sebagai tidak begitu cergas dan aktif. Kot panjang dan beralun kucing Persia bukan sahaja salah satu ciri-ciri kucing Persia yang unik, malah bulunya sebenarnya terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Maka ia akan menambah pada langkah-langkah penjagaan kucing Persia. Warna kot atau bulu kucing Persia boleh didapati dalam warna seperti hitam, krim, putih, biru, lilac, coklat dan merah.
Kesihatan
Setiap pemilik kucing Persia semestinya bangga dengan penampilan dan perangai mereka. Namun, tanggungjawab dalam penjagaan kucing Persia amatlah penting terutamanya dalam soal kesihatannya. Ibu bapa harus memberi perhatian kepada tanda -tanda yang mungkin menunjukkan sebarang gangguan kesihatan pada kucing Persia atau anak kucing Persia anda.
Sebagai baka kucing tulen, kucing Persia sering menghadapi risiko masalah kesihatan yang khusus kepada bakanya. Jadi, sebelum menjadikan anak kucing Persia sebagai kucing peliharaan, ianya langkah yang bijak untuk meminta sejarah keluarga kucing Persia tersebut. Ia akan membantu dalam penjagaan kucing Persia anda dan setelah itu, berbincang dengan doktor haiwan untuk mengetahui sama ada ianya mempunyai risiko dijangkiti sebarang masalah kesihatan yang dilanda baka kucing Persia. Walau bagaimanapun, bukan semua kucing Persia didapati menghadapi isu-isu yang khusus kepada baka ini. Kebanyakan kucing Persia dan anak kucing Persia secara umumnya menikmati jangka hayat yang panjang sekitar 16 hingga 20 tahun. Selain daripada gangguan kesihatan yang diwarisi secara genetik, kucing Persia sering terdedah kepada penyakit kucing yang umum, masalah sendi, penyakit bulu dan kulit. Masalah berkaitan dengan kesihatan mata juga sering dihadapi kucing Persia. Oleh itu, ianya sangatlah penting untuk memberi perhatian dan penjagaan kucing Persia secara rapi. Penjagaan kucing Persia juga melibatkan memberikannya rangsangan fizikal yang mencukupi. Selain daripada pemeriksaan tahunan dengan doktor haiwan kucing anda, penjagaan kucing Persia juga merangkumi nasihat kesihatan pakar jika anda mengesyaki sebarang tanda-tanda yang membimbangkan pada kucing Persia anda.
Dandanan
Kot kucing Persia dan anak kucing Persia meberikannya penampilan yang anggun dan megah. Di seluruh dunia, ciri-ciri kucing Persia yang dikenali ramai adalah kecantikkan bulunya yang panjang dan gebu. Walaupun bulu beralun mereka itu boleh menambah kepada tanggungjawab ibu bapa kucing Persia dan boleh merumitkan penjagaan kucing Persia kerana ianya memerlukan perhatian tambahan, namun penjagaan kucing Persia dapat dimudahkan oleh perangai dan sikapnya sendiri. Kucing Persia dan anak kucing Persia merupakan pendandan semulajadi yang sangat baik dan akan menjilat diri mereka sehinggalah bersih. Memandikan dan menyikat bulu kucing Persia dengan kerap merupakan antara langkah-langkah penjagaan kucing Persia yang harus dilakukan secara rapi untuk memastikan kucing Persia terus kelihatan cantik sepanjang masa! Membersihkan mata dan telinga, memberus gigi dan memotong kuku kucing Persia dengan kerap juga merupakan sebahagian daripada penjagaan kucing Persia.
Bermain-main
Walaupun bentuk badan baka kucing Persia mungkin memberikan andaian bahawa si Manja gebu ini adalah kucing yang lembap dan santai, anda mungkin terkejut apabila melihat kucing Persia suka bermain dan penuh dengan tenaga. Selain suka bersantai dan menggeselkan` dirinya pada manusia kegemaran mereka, antara ciri-ciri kucing Persia yang nyata adalah ianya jarang melepaskan peluang untuk bermain dengan mainan kegemaran mereka. Kucing Persia juga menikmati permainan interaktif dan teka-teki. Merangsang kucing Persia anda dengan permainan kegemarannya juga termasuk dalam penjagaan kucing Persia yang baik.