Semua pemilik kucing sudah tentu mengharapkan seekor si Comel yang ceria, suka bermain dan dapat menghiburkan mereka sepanjang hari. Jika anda inginkan kucing yang anggun, mesra dan suka bermain untuk dijadikan sebagai kucing angkat anda, baka kucing Siam merupakan pilihan terbaik untuk anda. Daripada perangainya yang nakal tetapi setia hinggalah ke penampilan unik dan cerianya, ciri-ciri kucing Siam ini bukan sahaja merupakan menarik, tetapi perangai baka kucing Siam yang sangat mesra juga akan menawan hati anda dalam masa yang singkat. Berasal dari pulau Siam di Thailand, berikut adalah beberapa fakta dan ciri-ciri kucing Siam yang luar biasa. Di samping itu, baca lebih lanjut juga untuk ketahui lebih lanjut tentang cara menjaga kucing Siam.

Petunjuk Utama:

  1. Berat - 8 hingga 12 paun
  2. Tinggi - 7 hingga 10 inci
  3. Jangka hayat - 15 hingga 20 tahun
  4. Kot – Pendek dan padat

Kedudukan:

  1. Kemesraan ⭐⭐⭐⭐⭐
  2. Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
  3. Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐
  4. Tingkah laku terhadap manusia ⭐⭐⭐⭐
  5. Suka Bermain⭐⭐⭐⭐⭐
  6. Kecenderungan kepada obesiti ⭐
  7. Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐
  8. Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐
  9. Mudah dilatih ⭐⭐⭐
  10. Dinasihatkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah / buruk 
Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan fizikal

Mungkin anda pernah tertanya-tanya apakah cara menjaga kucing Siam yang terbaik? Baka Kucing Siam telah lama diraikan sebagai ikon kucing popular kerana perangainya yang mengasyikkan. Tetapi kucing Siam juga terkenal kerana penampilan mereka yang tersendiri. Bertubuh langsing dan anggun, baka kucing Siam dan anak kucing Siam yang mengagumkan itu mempunyai rangka tubuh yang sepadan dengan ciri-ciri kucing Siam yang lain seperti perangainya yang suka bermain dan ingin tahu. Kot khas kucing Siam yang berbulu pendek juga terkenal dengan kilauan halusnya yang unik. Kebanyakkan kucing Siam terdapat dalam warna seperti putih dan krim. Namun, sekeliling muka, telinga, kaki dan ekor kucing Siam berwarna lebih gelap.

Apa yang menakjubkan juga ialah yang ciri-ciri kucing Siam yang berwarna gelap di sekeliling muka, telinga, ekor dan cakar kucing Siam dewasa tidak terdapat pula pada anak kucing Siam yang dilahirkan. Anak kucing Siam berwarna putih dan krim. Ciri-ciri kucing Siam yang unik itu hanya akan mula berkembang dan kelihatan apabila baka kucing Siam itu mencapai usia dewasa. Walaupun bersaiz lebih kecil iaitu 8 hingga 10 inci, binaan otot kucing Siam membantu menyokong gaya hidup suka bermain dan perangai aktif mereka. 

Kesihatan

Apabila menyebut tentang perkara seperti cara penjagaan kucing Siam, kesihatan dan kecergasan baka kucing Siam secara umumnya bukan baka yang paling teguh jika dibandingkan dengan baka yang lain. Tetapi kucing Siam mempunyai keupayaan untuk menentang beberapa penyakit umum yang kerap menjangkiti kucing biasa. Ini merupakan butiran yang penting apabila mempertimbangkan tentang penyelenggaraan dan cara menjaga kucing Siam. Inilah sebabnya baka kucing Siam mempunyai jangka hayat yang jauh lebih lama iaitu antara 15 hingga 20 tahun. Walaubagaimanpun, cara penjagaan kucing Siam memainkan peranan yang penting dalam kesihatannya juga. Kucing Siam dan anak kucing Siam masih perlu disaring oleh doktor haiwan setiap tahun, untuk mengesan sebarang ganguan kesihatan yang mendasari seperti penyakit jantung dan buah pinggang, gangliosidosis, jangkitan pernafasan dan sindrom hyperesthesia. Cara menjaga kucing Siam yang penting dan harus dilalukan kerap adalah untuk memerhatikan apa tanda-tanda yang membimbangkan seperti kerap muntah, cirit-birit, masalah pernafasan, loya atau sebarang perubahan tingkah laku dan perangai kucing Siam yang biasanya ceria. Cara menjaga kucing Siam mungkin rumit, tetapi jangan khuatir.

Dandanan

Kebanyakan pemilik baka kucing Siam berasa lega apabila memikirkan tentang cara menjaga kucing Siam mereka terutamanya dalam hal pendandanan. Ini adalah kerana kot bulu pendek Siam jarang gugur dan tidak selalu kusut, menjadikan dandanan kucing Siam dan anak kucing Siam mudah dan menenangkan. Salah satu ciri-ciri kucing Siam yang jarang ditemui diantara baka yang lain adalah bahawa baka kucing Siam dan anak kucing Siam biasanya suka bermain dengan air. Oleh itu anda boleh menjadualkan mandian bulanan dengan mudah untuk kucing Siam atau anak kucing Siam anda. Cara penjagaan kucing Siam yang lebih rapi melibatkan penggunaan syampu kucing yang khusus untuk menanggalkan semua minyak badan terkumpul, kotoran dan debu yang terperangkap di bawah bulu baka kucing Siam. Memastikan kebersihan kot dan bulu merupakan cara menjaga kucing Siam yang menjamin keselesaan dan kesihatan luarannya

Selain itu, kucing Siam amat menyukai bulu mereka disikat dan ini merupakan cara penjagaan kucing Siam yang mudah dan boleh dilakukan dengan kerap. Menyikat bulu kucing Siam dengan kerap bukan sahaja membantu mengelakkan serangan kutu dan hama, tetapi juga menghilangkan bulu yang longgar dan yang kusut, Pada masa yang sama anda juga dapat mengeratkan hubungan diantara anda dan kucing Siam anda yang tersayang. Di samping memberi perhatian kepada bulu kucing Siam, cara penjagaan kucing Siam yang lain harus diamalkan juga. Penjagaan gigi yang sesuai, memotong kuku dan membersihkan telinga juga merupakan sebahagian yang penting penting dalam dandanan baka kucing Siam.

Bermain-main

Dengan badan yang panjang dan langsing, baka kucing Siam adalah salah satu baka kucing yang paling bertenaga dan suka bermain. Jadi, tidak hairanlah kucing Siam menghabiskan hari mereka dalam permainan dan keseronokan, membuatkan anda terhibur dengan telatah lucu mereka sepanjang hari. Perangai kucing Siam yang ingin tahu menyebabkan baka kucing Siam itu kerap terlibat dalam semua jenis kenakalan. Namun, cara menjaga baka kucing Siam adalah mudah. Salah satu unsur atau cara penjagaan kucing Siam yang dapat menjaga kecerdasan dan kecergasannya adalah melalui permainan. Kucing Siam juga boleh dihiburkan dengan mainan DIY yang mudah atau permainan teka-teki interaktif. Perangai kucing Siam yang penyayang dan lemah-lembut membolehkan si Manja membentuk ikatan yang kuat dengan manusia dengan mudah. Baka kucing Siam dan anak kucing Siam juga terkenal kerana dapat mengekalkan rasa hairan dan perangai seperti anak kucing mereka sehingga ke tahap dewasa.

Ekspresif dan vokal, baka kucing Siam dan anak kucing Siam boleh menawan hati anda dengan mudah dengan telatah mereka, menjadikannya peneman yang menghiburkan. Walaupun sering nakal dan lucu, kucing Siam dan anak kucing Siam juga dikenali kerana dapat berkongsi detik-detik kasih dan manja dan suka dipeluk oleh manusia kegemaran mereka dari masa ke semasa. Memandangkan kucing Siam dan anak kucing Siam menunjukkan perwatakan yang bijak dan penyayang, mereka mudah dilatih. Kucing Siam dapat menurut arahan dan pelajari helah baharu dalam masa yang singkat.