Moggie
Orang yang menggemari rakan bulu pasti tahu tentang Moggie. Moggie, sering dirujuk sebagai Moggy, adalah istilah Inggeris, yang bermaksud kucing jalanan. Ini adalah kucing kacukan dan tidak mempunyai silsilah baka tertentu. Walaupun terdapat persoalan tentang silsilah mereka, Moggie ialah kucing peliharaan yang paling umum dan popular.
Asal- usul kucing moggie mungkin liar atau dilahirkan daripada pembiakan bukan terpilih. Ini adalah salah satu sebab utama mengapa kucing ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk, corak dan warna bulu serta mempunyai personaliti yang unik. Kucing moggie memaparkan ciri-ciri personaliti dan tingkah laku yang tidak dapat diramalkan kerana ianya bergantung pada struktur genetiknya. Walaupun sesetengahnya sangat mesra dan suka bermain, yang lain mungkin pendiam dan mempunyai sikap santai. Walau bagaimanapun, secara amnya, kucing ini mesra alam semula jadi dan menjadikannya haiwan peliharaan yang sangat baik dan teman yang hebat.
Moggies mempunyai struktur fizikal yang teguh dan sifat -sifat tertentu yang dikaitkan dengan keturunan campuran mereka. Pakar-pakar berpendapat bahawa bakal pemilik harus mempunyai pemahaman umum tentang baka kucing moggy kerana ini akan membantu dalam meningkatkan penerimaan kita terhadap kucing ini di rumah sendiri serta masyarakat kita.
Petunjuk Utama
- Berat – 14 hingga 15 paun
- Tinggi – 15 hingga 20 inci
- Jangka hayat - 12 hingga 15 tahun, sehingga 20 tahun dalam banyak kes.
- Kot – Memandangkan ia adalah baka campuran, panjang kot terdapat dalam lungkungan, pendek, sederhana hingga panjang. Corak kot boleh didapati dalam dwiwarna, tabby, colourpoint, belacu, dsb. Warna kot boleh didapati dalam warna putih, hitam, kelabu, coklat, atau oren.
Penilaian:
- Kemesraan ⭐⭐⭐⭐
- Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
- Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐⭐
- Suka bermain ⭐⭐⭐⭐⭐
- Kecenderungan kepada obesiti ⭐⭐⭐⭐⭐
- Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐⭐
- Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐⭐
- Mudah dilatih ⭐⭐⭐⭐⭐
- Digalakkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐⭐⭐
One star = Low/Bad
Five stars = High/Good
Penampilan fizikal
Moggie mempunyai penampilan fizikal yang teguh. Walaupun sesetengah anak bulu ini bersaiz kecil, yang lain mungkin agak besar. Oleh kerana keturunan campuran mereka, anak bulu ini datang dalam warna yang berbeza dan mempunyai corak kot yang berbeza-beza. Panjang kotnya merangkumi kecil, pendek, sederhana atau panjang. Spektrum warna kot boleh terdiri daripada pepejal kepada dwiwarna, daripada tabby hingga belacu dan sebagainya.
Warna mata kucing moggy mungkin berbeza dari emas dan hijau hingga biru. Anak kucing moggie selalunya mempunyai gabungan ciri-ciri fizikal yang menarik menjadikan mereka lebih comel! Sebaik sahaja anda melihat kucing moggy, anda pasti akan jatuh cinta dengannya.
Kesihatan
Memandangkan kucing moggie adalah kucing campuran, kebanyakan mereka mempunyai kesihatan dan struktur fizikal yang teguh. Masalah kesihatan genetik adalah minimum dalam kucing ini, hasil daripada kekuatan hibrid. Majoriti rakan bulu ini mempunyai jangka hayat yang panjang.
Walau bagaimanapun, kucing ini tidak bebas daripada masalah kesihatan umum kucing. Dandanan yang betul dan penjagaan ayng rapi memastikan mereka mempunyai kehidupan yang panjang dan sihat.
Baka kucing moggy sangat terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan, yang biasa berlaku pada kebanyakan kucing domestik. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:
Kanser
Merupakan kebimbangan utama untuk Moggie tetapi dengan peratusan risiko yang berbeza-beza.
Obesiti
Membawa kepada masalah sendi dan diabetes, tetapi boleh dikawal dengan aturan senaman dan diet.
Penyakit buah pinggang dan kardiovaskular
Boleh dikawal dengan pemeriksaan biasa.
Leukemia kucing
Jangkitan virus yang serius, yang boleh dikawal dengan vaksinasi yang tepat pada masanya.
Dandanan
Salah satu perkara yang amat baik tentang kucing moggy ialah mereka tidak memerlukan banyak dandanan. Kucing-kucing ini merapikan diri seperti kucing baka tulen. Kebanyakan anak comel ini mempunyai rambut pendek dan oleh itu kemungkinan untuk gugur adalah agak rendah. Memberus kot setiap minggu sudah memadai untuk memastikan ia dalam keadaan baik. Mengurangkan bebola bulu adalah penting dalam penjagaan baka ini.
Seperti semua kucing, baka kucing moggie adalah karnivor. Sediakan diet makanan basah untuk penghidratan dan pemakanan yang optimum. Walau bagaimanapun, biarkan rakan kucing anda mengunyah snek kering sekali-sekala. Pastikan kucing anda mendapat air yang segar dan bersih untuk diminum sentiasa.
Anak kucing moggie cenderung menjadi gemuk. Pantau berat bayi berbulu kecil itu dengan teliti. Berbeincanglah dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan panduan selanjutnya.
Pada keseluruhannya, Moggie memerlukan penyelenggaraan yang sangat rendah.
Bermain
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kucing moggie memaparkan ciri-ciri perwatakan yang pelbagai. Mereka kadangkala juga mempunyai tingkah laku yang tidak dapat diramalkan kerana silsilah bercampur mereka.
Walaupun sesetengah anak bulu ini bersifat introspektif dan pemalu, yang lain adalah mesra dan suka bergaul. Tahap tenaga dan keseronokan juga berbeza dalam kucing ini.
Sesetengah Moggy suka bermain-main dan sentiasa ingin tahu tentang sesuatu. Kucing ini suka melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan. Mainan- mainan interaktif amat digemari kucing ini dan mereka menghabiskan banyak masa untuk meneroka mainan.
Sesetengah kucing moggy bersifatkan sangat santai. Mereka pemalu dan sering bersembunyi serta mengelakkan semua jenis interaksi. Walau bagaimanapun, apabila mereka berasa selesa, mereka mungkin akan mula bergaul dan bermain.
Seiring dengan bermain, interaksi sosial seekor Moggie juga berbeza-beza. Apabila terdapat pergaulaln yang kerap dan awal, seekor Moggy boleh berubah menjadi penyayang dan berkembang dalam keyakinannya. Interaksi mereka dengan manusia dan haiwan peliharaan lain menjadi lebih baik.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak contoh, di mana anak kucing moggie lebih suka menjadi satu-satunya haiwan peliharaan. Mereka tidak suka berkongsi ruang dan perhatian sesama kucing, anjing atau haiwan peliharaan lain dan menuntut perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Ciri-ciri ini bergantung padaperwatakan individu dan pelbagai pengalaman semasa dalam jangka hayat anak kucing.