Sebagaimana seronoknya rasa urutan-urutan kecil ini, adakalanya urutan ini menjadi sesuatu yang agak merimaskan!

Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat anak kucing anda duduk di pangkuan anda dan menginjak-injak kaki anda dengan tapak kakinya. Melalui pemaparan kasih sayang dan kepuasan ini, anak kucing anda mempamerkan kelakuan semula jadinya yang wujud sejak ia dilahirkan

Kenapa kucing memijat?

Anda mungkin pernah melihat kucing anda ‘memijat’ dan terfikir kenapa mereka melakukan perbuatan ini dengan menekan tapak kakinya mengikut irama pada sesuatu yang lembut atau pada riba anda. Memijat (atau dipanggil membuat biskut kerana ia serupa dengan menguli doh) ialah tabiat comel kucing yang menandakan kepuasan, kebahagiaan dan kenikmatan.

Tidak semua kucing memijat, tetapi ia adalah tingkah laku yang biasa kucing pada semua peringkat umur. Teknik kucing memijat adalah berbeza pada setiap kucing. Sesetengah kucing hanya menggunakan tapak kaki depan, manakala ada yang menggunakan keempat-empatnya. Ada juga yang purr dengan kuat semasa memijat dan ada yang memijat secara senyap. Walau apa pun cara mereka membuat biskut, anda selalunya akan melihat mereka memijat pada objek yang lembut seperti selimut ataupun tempat kegemaran mereka - riba anda.

Jadi, kenapa kucing memijat? Terdapat banyak teori mengapa kucing memijat tetapi teori yang boleh diterima adalah:

Selimut dan objek yang lembut - Kucing memijat perut:

ibunya semasa menyusu untuk menggalakkan pengeluaran susu. Walaupun memijat selimut atau objek lembut yang lain tidak akan mengeluarkan susu, tetapi kucing masih melakukannya kerana mereka mengaitkan perbuatan itu dengan kepuasan memeluk ibu mereka.

Pemilik:

Jika si comel memijat sambil purr dan duduk di atas riba anda, anda patut rasa bertuah kerana si comel memberitahu yang dia menyayangi anda kerana memijat adalah salah satu cara kucing menunjukkan kasih sayang. Betapa comelnya!

Sebab lain mengapa kucing memijat dan menepuk anda?

Berikut adalah beberapa penjelasan lain kepada soalan - mengapa kucing memijat?

  1. Pemilikan kawasan

    Tingkah laku kucing memijat boleh ditafsirkan sebagai menandakan kawasan dengan menggosok tapak kaki yang mempunyai kelenjar bau untuk merembeskan feromon. Jadi, apabila mereka menggosokkan tapak kakinya pada riba anda, si comel memberitahu kucing lain supaya jangan dekati anda. Comelnya!

  2. Membina sarang

    Kucing memijat dan menepuk anda atau pada objek lembut adalah untuk membina sarang juga. Ia adalah tingkah laku yang diwarisi daripada keturunan mereka yang liar yang telah dijinakkan. Kucing liar memijat dan menepuk daun yang gugur untuk membina sarang yang empuk untuk mereka sekeluarga tidur. Perbuatan ini sama seperti kita menggebukan bantal. Mereka juga akan mencakar dedaun untuk memastikan tiada pemangsa atau ancaman bersembungi di bawahnya. Jadi, mengapa kucing memijat walaupun mereka tidak lagi berada di hutan? Walaupun kucing domestic tidak perlu membina ‘sarang’ atau memeriksa sebarang bahaya, mereka mungkin melakukannya kerana kebiasaan.

  3. Kucing sedang ‘on heat’ atau biang

    Salah satu sebab biasa mengapa kucing memijat adalah apabila kucing betina sedang biang. Dikenali juga sebagai estrus, tingkah laku ini ditujukan pada kucing jantan untuk menunjukkan mereka bersedia untuk mengawan. Walau bagaimanapun, jika kucing betina sudah dimandulkan, tingkah laku memijat adalah mungkin disebabkan oleh sebab lain.

Apakah yang perlu dilakukakan sekiranya kucing memijat mendatangkan kesakitan dan anda mahu memberhentikannya?

Jika anda risau “mengapa kucing saya memijat saya?”, tingkah laku ini disebabkan oleh cinta dan kasih sayang. Sekarang anda sudah faham mengapa kucing memijat, tolong jangan hukum mereka sekiranya anda berasa sakit ketika mereka memijat, kerana mereka hanya membalas cinta dan kasih sayang anda dengan cara yang mereka tahu! Sebaliknya, cuba tip seperti berikut untuk menyelamatkan diri anda daripada berasa seperti dicucuk pin:

  1. Pastikan kuku kucing anda sentiasa dipotong sepanjang masa
  2. Letak selimut tebal lembut di antara tapak kaki si comel dan riba anda.
  3. Tolak mereka secara perlahan untuk baring dan belailah mereka dengan penuh kasih sayang
  4. Alih perhatian mereka dengan snek lazat atau mainan yang menyeronokkan