
Cara Melatih Kucing
Sama ada anda pemilik baharu kucing atau sudah berpengalaman, anda semestinya mengetahui bahawa kucing yang comel ini sangat penyayang dan mesra serta lebih suka meluangkan masa bersama pemilik kesayangannya.
Sama ada anda pemilik baharu kucing atau sudah berpengalaman, anda semestinya mengetahui bahawa kucing yang comel ini sangat penyayang dan mesra serta lebih suka meluangkan masa bersama pemilik kesayangannya. Si comel juga sememangnya bijak kerana mereka suka bermain dan sangat cekap mempelajari helah baharu melalui latihan kucing untuk menarik perhatian pemilik mereka.
Oleh kerana kucing sememangnya bijak, mereka akan lebih mudah dilatih untuk mempelajari helah baharu pada semua peringkat umur melalui latihan kucing. Masa terbaik untuk mempelajari helah adalah semasa mereka masih kecil memandangkan mereka masih bertenaga dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam. Latihan anak kucing melalui ganjaran positif adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Artikel ini membincangkan pelbagai cara untuk anda membantu kucing anda mempelajari helah baharu yang hebat dan cara untuk melatih mereka dengan jayanya.
Tips cara untuk melatih anak kucing.
Pemilik kucing sering ingin mengetahui cara untuk melatih anak kucing. Memandangkan kucing sangat pintar dan penyayang, anda boleh melatih kucing dengan mudah berpandukan tips berikut sebelum memberi latihan kucing dengan helah yang lebih rumit.
Latih anak kucing untuk duduk dan berdiri mengikut arahan
Apabila membincangkan cara latihan anak kucing, pemilik kucing sering bimbang mengenai cara melatih anak kucing. Caranya adalah dengan membiasakan anak kucing dengan latihan kucing. Latih anak kucing anda duduk dan berdiri mengikut arahan dengan menggunakan makanan atau alat mainan sebagai ganjaran positif boleh menjadi permulaan kepada cara melatih kucing berkelakuan baik.
Latih anak kucing menggunakan kotak tempat buang najis
Bimbang tentang cara melatih kucing buang air besar atau cara melatih kucing membuang najis di kotak tempat najis? Walaupun cara melatih kucing membuang najis di kotak tempat najis adalah tugas ibunya, anda boleh memberi latihan anak kucing dengan meletakkannya ke dalam kotak tempat najis setiap jam atau lebih sehingga mereka membuang air kecil dan air besar di situ. Jika anda memikirkan cara melatih kucing buang air besar, gunakan snek sebagai ganjaran untuk memberi motivasi kepada mereka setiap kali menggunakan kotak tempat buang najis dan raih manfaat cara melatih kucing membuang najis di kotak tempat.
Latih anak kucing anda untuk gunakan katil kucing
Apabila membincangkan cara melatih kucing, latih mereka untuk gunakan katil kucing dengan tarik perhatian mereka dengan meletakkan snek kucing atau catnip segar di atas katil kucing. Menyediakan katil mereka sendiri adalah langkah positif kepada latihan kucing dan langkah seterusnya adalah cara melatih kucing berkelakuan baik.
Latih anak kucing untuk makan
Ajar anak kucing untuk makan makanan pepejal merupakan satu kejayaan utama anda dalam cara melatih kucing. Untuk jenis latihan kucing ini, anda boleh bermula dengan menambah makanan pepejal dalam kuantiti yang sedikit mengikut formula mereka. Anda juga boleh cuba suap dengan tangan makanan kucing WHISKAS® kepada mereka dan lihat hasil segera tentang cara melatih kucing berkelakuan baik.
Dedahkan kucing anda kepada pergaulan
Anda tahu bagaimana cara melatih kucing buang air besar tetapi anda juga mesti mengajak kucing untuk bergaul. Untuk melatih kucing menjadi lebih santai di kalangan manusia, beri galakkan kepada mereka dengan menawarkan snek lazat setiap kali mereka berkelakuan baik dengan orang baharu.
Kebaikan melatih anak kucing
Cara terbaik untuk melatih kucing adalah dengan melayan mereka dengan kasih sayang kerana ia dapat membantu mengetahui cara melatih anak kucing. Selain itu, berikut adalah beberapa lagi kebaikan berkaitan cara melatih kucing:
- Pemilik kucing yang mempelajari cara melatih kucing boleh mengajar kucing mereka tingkah laku yang baik dengan berkesan.
- Melatih kucing juga membantu mengawal tingkah laku yang tidak diingini seperti kekasaran dan membantu mereka mempelajari helah.
- Mempelajari cara melatih kucing memudahkan anda berkomunikasi dengan si comel.
- Melatih kucing terutama bermula peringkat anak kucing juga menyumbang kepada perkembangan fungsi motor dan mengalakkan mereka untuk lebih aktif secara fizikal.
- Walaupun cara melatih kucing untuk membuang najis di kotak tempat najis adalah cabaran yang sering dihadapi pemilik kucing, setelah dilatih, ianya akan menjimatkan masa dan tenaga anda untuk membersihkan setiap kali kucing anda membuang air.