Kucing Sakit Perut: Kucing Cirit-Birit & Sembelit
...jika anak kucing anda muntah secara tetap, dan anda bimbang akan kesihatannya, bawa sahaja ia berjumpa doktor haiwan.
Tidak sama seperti anda, sistem penghadaman anak kucing anda menukarkan makanannya kepada tenaga. Ketika tidak sihat, perut anak kucing mungkin akan meragam dengan cirit-birit dan sembelit. Jika anak kucing anda terkena salah satu gejala tersebut, lebih baik bawa ia untuk diperiksa oleh doktor haiwan.
Anak Kucing Yang Muntah
Jika anda melihat anak kucing anda muntah sekali-sekala, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Sama seperti kucing lain, ia melakukan ini secara semulajadi untuk menghindari daripada bahan-bahan yang boleh membahayakan. Bagaimanapun, jika anak kucing anda muntah dengan cara tetap, dan anda bimbang akan kesihatannya, bawa sahaja berjumpa doktor haiwan.
Anak Kucing Yang Cirit-birit
Cirit-birit boleh disebabkan oleh perubahan makanan anak kucing, makan dengan berlebihan, ataupun terkena jangkitan. Anak kucing anda harus membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari, jadi perhatikan jika terdapat kelainan. Cirit-birit menyebabkan dehidrasi, ini tidak bagus untuk anak kucing anda. Berbincanglah dengan veterinar untuk nasihat dan kefahaman.
Punca
Antara punca biasa cirit-birit kucing adalah:
- Parasit usus dan cacing
- Hyperthyroidism
- Menukar makanan dan diet
- Kekurangan pankreas eksokrin
- Penyakit keradangan usus
- Kanser
- Kolitis
Gejala
Gejala cirit-birit kucing paling ketara adalah termasuk:
- Kerap membuang air besar (sekurang-kurangnya 2-3 kali ganda daripada biasa)
- Lebih air di dalam najis
- Buang air besar secara tidak sengaja di luar kotak pasir
- Sakit perut
- Meneran ketika membuang air besar
Kebiasaannya dalam semua kes, cirit-birit pada kucing boleh sembuh sendiri dalam beberapa hari. Anda hanya perlu pastikan kucing anda terhidrat dan memantaunya. Walau bagaimanapun, bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan dengan segara jika cirit-birit berlanjutan, atau najis berdarah atau berwarna hitam, atau cirit-birit disertai demam, muntah, kelesuan dan hilang selera makan.
Rawatan
Rawatan untuk muntah dan cirit-birit pada kucing bergantung kepada puncanya. Terdapat dua cara untuk merawat cirit-birit pada kucing seperti di bawah:
Rawatan biasa
Bergantung kepada puncanya, doktor haiwan akan memberikan ubatan untuk menghentikan cirit-birit. Ubatan seperti metronidazole atau prednisolone diberi untuk mengawal keradangan. Penyahcacingan dan probiotik mungkin juga diberikan. Jika sakit perut disebabkan oleh penyakit keradangan usus atau kolitis, doktor haiwan anda akan menasihatkan anda supaya diet ditukar.
Pemulihan di rumah
Jika kucing anda hanya mengalami gejala ringan muntah dan cirit-birit, anda boleh mencuba pemulihan di rumah sebelum berjumpa doktor haiwan. Pemulihan di rumah juga boleh diambil di samping meneruskan ubat preskripsi:
Tukar diet mereka - Jika kucing anda mengalami sakit perut selepas anda perkenalkan makanan baru, hentikan pemberiannya serta-merta dan beri semula makanan yang biasa mereka makan. Perlu diingatkan, setiap kali perkenalkan makanan baru kepada mereka, peralihan mesti dilakukan perlahan-lahan selama seminggu untuk membolehkan sistem pencernaan mereka menyesuaikan diri. Ikuti carta ringkas untuk peralihan yang betul dan mengurangkan kemungkinan cirit-birit yang disebabkan oleh perubahan diet.
Hari 1 & 2: ¾ makanan semasa and ¼ makanan baru
Hari 3 & 4: ½ makanan semasa and ½ makanan baru
Hari 5, 6, & 7: ¼ makanan semasa and ¾ makanan baru
Hari 8 dan seterusnya: hanya makanan baruJika makanan biasa mereka menyebabkan cirit-birit, pastikan mereka mendapat nutrien yang betul. Keperluan nutrien kucing berubah mengikut umur dan jika tidak mendapatkan nutrisi yang betul, ia boleh mengganggu sistem menghadaman mereka.
- Pastikan mereka terhidrat - Pastikan mangkuk air mereka diisi dengan air bersih setiap masa. Anda juga boleh berikan mereka kuah atau makanan basah dalam tin untuk memastikan mereka menerima cecair yang mencukupi.
- Bersihkan kotak pasir mereka - Pastikan kotak pasir mereka bersih setiap masa untuk kebaikan anda dan juga kesihatan kucing anda.
- Benarkan mereka berehat - Biarkan si comel berehat sebanyak mungkin dengan memberikan mereka persekitaran yang selamat, tenang dan bebas tekanan serta tidak membuatkan mereka teruja dengan mainan atau bermain.
Sembelit
Jika anda mendapati anak kucing anda meneran semasa berada dalam bekas najis, ini mungkin kerana mengalami sembelit. Sama seperti cirit-birit, sembelit mungkin disebabkan oleh perubahan makanan, makan dengan berlebihan, ataupun terkena jangkitan. Jika gejala ini berterusan lebih dari 48 jam, lebih baik anda berbicang dengan veterinar.
Punca
Kucing sembelit boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Terlampau mendandan diri sendiri yang menyebabkan bulu terlalu banyak di dalam saluran pencernaan yang menghalang najis untuk bergerak.
- Tidak cukup pengambilan serat
- Sesuatu tersekat di dalam usus seperti tulang
- Sakit buah pinggang
- Masalah tulang belakang
- Ketumbuhan di dalam usus yang menghalang laluan
- Megakolon Kucing - penyakit yang disebabkan apabila usus membesar dan otot gagal untuk memerah najis dan menyebabkan pengumpulan najis.
Gejala
Anda boleh mengetahui si comel mengalami sembelit apabila anda melihat perkara seperti berikut:
- Najis keras dan kering
- Kurang buang air besar daripada biasa ataupun tidak langsung membuang air besar
- Menangis ketika membuang air besar
- Perut tegang dan postur membongkok
Jika kucing anda tidak buang air besar dalam masa 48 hingga 72 jam dan jika gejala seperti di atas disertai dengan muntah, loya, hilang selera makan, atau sebarang kelakuan luar biasa, pastikan anda hubungi segera doktor haiwan. Sembelit boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lain yang perlu didiagnos dan dirawat secepat mungkin.
Rawatan
Bagaimana cara mengatasi kucing sakit perut? Jika kesakitan disebabkan sembelit, rawatan adalah bergantung pada puncanya. Jadi, bagaimana cara merawat kucing sembelit? Terdapat dua cara seperti dibawah:
Rawatan biasa
Untuk kes ringan, doktor haiwan mungkin akan mengesyorkan untuk menukar diet dan gaya hidup seperti memberi mereka makanan kaya serat dan menambah pengambilan air. Ubatan berserta pelawas dan probiotik juga mungkin akan diberikan. Ubatan untuk gumpalan bulu juga terbukti berkesan jika pengumpulan bulu adalah penyebab sembelit. Walau bagaimanapun, jika sembelit teruk dan kucing anda tidak membuang air besar untuk beberapa hari, doktor haiwan mungkin perlu melakukan ‘de-obstipation’ - proses manual mengeluarkan najis dari usus. Sekiranya kucing anda mempunyai megakolon, mereka mungkin perlu menjalani pembedahan.
Pemulihan di rumah
Jika si comel mengalami sembelit ringan, anda boleh cuba pemulihan di rumah untuk merawat masalah ini:
- Tukar makanan - Adakah anda menukar makanannya baru-baru ini? Jika ya, kemungkinan besar sembelit adalah disebabkan makanan baru. Cuba tukar kembali kepada makanan sebelum ini.
- Tingkatkan pengambilan air - galakkan kucing anda untuk minum lebih air. Berikan mereka kuah dan makanan basah berbanding makanan kering untuk meningkatkan pengambilan cecair.
- Beri makanan kaya serat - Adakah makanan kucing anda mengandungi cukup serat mengikut keperluan harian mereka? Pastikan mereka makan makanan kaya serat.
- Tambah probiotik dalam diet - Jika makanan kucing tidak mengandungi probiotik, tambahkannya sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan usus dan sistem pencernaan.