Anak-anak kucing amat suka tidur. Malahan, kebanyakan kucing akan tidur di antara 13-16 jam sehari. Alasannya mudah: daging kaya dengan sumber tenaga, dan tidur setiap kali selepas makan membenarkan tenaga itu disimpan.

Anak-anak kucing amat suka tidur. Malahan, kebanyakan kucing akan tidur di antara 13-16 jam sehari. Alasannya mudah: daging kaya dengan sumber tenaga, dan tidur setiap kali selepas makan membenarkan tenaga itu disimpan.
Jadi, apabila anda melihat anak kucing anda sedang tidur, ingatlah ia bukan sedang bermalas-malas. Tetapi ia sedang meniru tabiat semula jadi saudara-saudara kucing besarnya, memastikan ia menyimpan tenaga bersedia untuk buruan yang seterusnya!

Berapa jam kucing tidur?

Berapa banyak kali anda jumpa si comel meringkuk dan tidur nyenyak di tempat tidak sepatutnya? Dan berapa banyak kali anda merenung mereka dengan hairan dan cemburu mengapa anda tidak boleh tidur nyenyak seperti mereka? Jika anda sudah lama menjadi pemilik kucing, jawapan pada persoalan adalah ‘banyak kali’.

Jadi, berapa lama kucing tidur atau berapa jam kucing tidur? Mereka nampak seperti tidur sepanjang hari, tetapi secara amnya kucing tidur selama 13 hingga 16 jam sehari, ada juga yang tidur lebih daripada 18 jam. Seiring dengan peningkatan usia, kucing lebih tua tidur lebih lama daripada semasa mereka kecil.

Apakah itu Catnap?

Kucing selalu tidur beberapa kali pada siang hari dan bukannya tidur dalam jangka masa panjang seperti manusia. Inilah sebabnya anda akan menemui mereka tidur di satu tempat dan kemudian meringkuk di tempat lain sepanjang hari. Istilah ‘catnap’ dicipta dengan mengambil kira pola tidur kucing iaitu bermaksud mengambil tidur sebentar pada siang hari, sama seperti kucing anda tidur.

Kitaran tidur kucing

Kucing sama seperti manusia, mereka juga mengikuti ritma tidur sirkadian tetapi cara kucing tidur adalah sangat berbeza daripada manusia. Manusia mempunyai ritma tidur diurnal, bermakna tidur pada waktu malam dan berjaga semasa siang. Manakala kucing mengikut ritma krepuskular, yang menjadikan mereka sangat berjaga-jaga sejurus sebelum fajar dan sejurus selepas malam. Penyelidik percaya ini mungkin disebabkan oleh sifat pemangsa kucing liar di mana mereka boleh memburu burung diurnal dan tikus malam semasa waktu puncak mereka berjaga.

Bilakah anda perlu risau akan tabiat tidur kucing anda?

Terdapat beberapa sebab yang mengubah cara kucing tidur. Kucing mungkin tidur lebih lama selepas banyak bermain atau tidur berlebihan juga boleh disebabkan oleh stress apabila berpindah rumah atau pertambahan ahli keluarga baru. Mereka masih sihat selagi tidur mereka yang berlebihan dan berkurangan adalah sementara dan tidak disertai dengan gejala lain seperti turun atau naik berat badan secara tiba-tiba, perubahan tabiat ke tandas dan disorientasi. Walau bagaimanapun, perubahan pola tidur boleh bermaksud seperti dibawah, terutamanya apabila disertai tanda-tanda lain.

  • Tidur berpanjangan boleh menunjukkan -

    1. Masalah buah pinggang jika disertai dengan kehilangan selera makan, peningkatan rasa dahaga, dan lebih banyak berbunyi pada waktu malam.
    2. Hipotiroidisme jika kucing anda juga kehilangan rambut dan tidak berminat untuk makan.
  • Kurang tidur boleh menunjukkan -

    1. Hipertiroidisme jika mereka juga mempunyai gejala seperti peningkatan selera makan disertai dengan penurunan berat badan dan keseronokan yang berlebihan.
    2. Virus imunodefisiensi kucing jika anda lihat mereka tidak tidur nyenyak untuk masa yang lama.

Untuk selamat, anda harus berjumpa dengan doktor haiwan dan bawa si comel untuk pemeriksaan jika anda lihat aktiviti tidur mereka ganjil dan risau si comel tidak tidur dengan baik.