Ketip Kuku Kucing: Cara Memotong Kuku Kucing & Banyak Lagi
Kucing telah menjadi rakan yang paling menawan hati sejak 12,000 tahun yang lalu. Populariti mereka tidak pernah merosot sejak mereka menawan hati kita semua dengan kehebatan serta daya tarikan yang tidak dapat dinafikan.
Bercakap mengenai kuku kucing, tiada pemilik kucing yang mendapat cakaran pernah terlepas daripada cinta ganas si comel. Walaupun kucing mempunya sejarah panjang mencakar pemiliknya, adalah tidak adil untuk menganggapnya tidak mesra. Kucing adalah sangat penyayang dan suka bermain dan sering mencakar manusia kegemarannya sebagai tanda permainan sosial dan kasih sayang. Walau bagaimanapun, tidak semua pemilik kucing suka dicakar dengan kuku si comel yang tajam. Berikut adalah panduan ringkas cara melayan kucing anda dan mengelakkan daripada dikasari.
Apakah yang akan terjadi jika kuku kucing terlalu panjang?
Kucing mempunyai kuku yang boleh ditarik masuk, ia biasanya tersimpan selamat di dalam tapak kakinya yang comel. Keupayaan untuk menarik kuku masuk semula ke dalam tapak kakinya membolehkan kucing berjalan hampir tiada bunyi dan mengelak daripada mencederakan diri sendiri tanpa sengaja. Walau bagaimanapun, kuku mereka terus tumbuh sepanjang hayat mereka serta tumbuh dalam lapisan. Oleh itu, penting untuk memotong kuku mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan. Jika kuku dibiarkan tumbuh terlalu lama, ia sering menyebabkan serangan bakteria kerana kuku kucing terbentuk daripada sel keratin yang mati.
Bagaimana cara potong kuku kucing?
Memandangkan kuku selalunya tersimpan di dalam tapak kaki, adalah penting untuk berhati-hati dan amalkan kaedah pemotongan kuku yang betul semasa memotong kuku kucing anda.
Berikut adalah beberapa tip cara potong kuku kucing:
- Lebih mudah untuk potong kuku kucing apabila mereka selesa dengan kehadiran anda. Walaupun sesi pemotongan kuku bukanlah pengalaman yang menyenangkan bagi si comel, mereka akan lebih santai dan bertolak ansur apabila mereka dilayan oleh orang yang mereka sayang.
- Penting untuk anda mengetahui sempadan peribadi mereka. Oleh itu, jika anda bercadang untuk memotong kukunya, mulakan dengan memegang tapak kakinya dengan tangan anda dan urut dengan lembut untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses memotong kuku.
- Setelah kucing berasa santai, mudah untuk anda memicit lembut hujung tapak kaki untuk mengeluarkan kuku tanpa mencederakan mereka. Berikan hanya sedikit tekanan pada tapak kaki untuk mengelakkan mereka tertekan atau menyakiti mereka.
- Cakar kucing mempunyai 2 bahagian utama, bahagian tebal kuku kebiasaannya berwarna putih atau kelabu yang terbentuk daripada sel keratin yang mati. Kuku menjadi merah jambu ke arah pangkal jari mereka, di mana ia melekat pada cakar. Bahagian ini dikenali sebagai quick yang mengandungi saluran darah hidup dan hujung saraf. Jadi, jika anda tertanya cara potong kuku kucing, anda perlu berikan lebih perhatian untuk mengelak daripada terpotong quick kerana akan menyakitkan kucing anda. Menggunakan pemotong kuku yang direka khas untuk kucing adalah penting kerana pemotong kuku untuk manusia mempunyai hujung yang lebar dan mudah untuk terpotong tapak kaki lembut mereka.
Berapa kerap anda harus memotong kuku kucing anda?
Selain mengetahui cara potong kuku kucing, penting juga untuk anda ketahui berapa kerap anda mesti potong kuku kucing. Kuku kucing adalah tajam secara semulajadi kerana mereka menggunakannya untuk memburu makanan dan kuku adalah senjata utama untuk menyerang pemangsa lain. Jadi, memotong kuku mereka akan menghilangkan keupayaan mereka untuk mempertahankan diri. Oleh itu, potong kuku mereka apabila kuku agak panjang, kerana ia boleh berisiko mencederakan si comel atau pertumbuhan bakteria. Kuku kucing tumbuh sepanjang hayatnya tetapi hanya perlu dipotong setiap dua hingga tiga bulan.
Perkara lain untuk diberi perhatian untuk kuku kucing yang sihat
Selain daripada mengetahui bila untuk potong kuku kucing, anda harus pastikan cakar kucing kekal sihat dan berfungsi dengan menyediakan alatan berikut:
Tiang mencakar
Selain memburu untuk makanan, kucing juga sering menjadi mangsa haiwan yang lebih besar seperti anjing dan coyote. Oleh itu, mencakar kuku kucing dapat membantu mereka mengasah kuku yang akan digunakan apabila diperlukan. Selain itu, mencakar juga membantu kucing untuk menyingkirkan sel kulit mati yang mungkin terkumpul di bawah tapak kaki mereka. Ini yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Mencakar juga membantu kucing menandakan wilayah dengan meninggalkan bau mereka. Tiang mencakar yang terdapat di pasaran adalah alatan tambahan yang terbaik di rumah yang mempunyai kucing kerana ia membantu kucing mengasah kuku mereka tanpa perlu mengasah pada pintu dan perabot.
Soft Paws
Soft Paws juga dikenali sebagai pelindung kuku kucing, terdapat dalam pelbagai jenis dengan warna dan reka bentuk yang menarik. Pelindung kuku kucing Soft Paws adalah mudah dan tidak menyakitkan untuk digunakan dan berfungsi sebagai sarung kuku si comel yang dapat mengelakkan mereka daripada mencakar tanpa sengaja. Soft Paw boleh digunakan dengan mudah jika anda tidak sempat memotong kuku mereka.
Jenis pemotong kuku
Berikut adalah beberapa jenis biasa pemotong kuku:
Gunting
Gunting yang mempunyai bilah bersudut dapat membantu memotong kuku kucing tanpa merosakkan kulit halus mereka.
Pengisar
Pengisar adalah peralatan elektrik yang dicaj yang boleh membantu melicinkan kuku tajam mereka dengan mudah. Pengisar adalah sesuai digunakan oleh pemilik kucing yang berpengalaman.
Pliers/Playar
Plier/playar adalah pemotong kuku kucing yang popular dengan bilah kecil dan tajam. Ia mudah untuk digunakan dan terdapat hampir di semua kedai haiwan peliharaan.
Guillotine
Pemotong kuku guillotine lebih popular di kalangan pendandan dan penggaya haiwan peliharaan professional.
Soalan Lazim mengenai Memahami kucing anda
As kittens, felines are used to rough play which often includes playfully scratching and biting their loved ones. However, they do not always realise that their claws can hurt their favourite humans, however innocent and loving their intentions may be.