
Diet Kucing: Tips untuk Nutrisi Kucing
“Mendapatkan jumlah mineral yang lengkap dapat membantu menguatkan gigi dan tulang kucing”
Gambaran Keseluruhan Pemakanan Kucing
Sebagai ibu bapa kucing yang berpengalaman, anda pasti sudah biasa dengan kucing sebagai penggemar makanan yang hebat dan lebih suka jika ada kepelbagaian dalam pemakanannya. Walaupun kucing lebih suka pemakanan berasaskan daging, namun amat jarang bagi mereka untuk tidak menerima masakan baharu yang mengandungi buah-buahan sitrik atau sayur-sayuran kukus. Walau bagaimanapun, kucing adalah karnivor, jadi nutrisi kucing terdiri daripada protein haiwan, lemak dan asid lemak yang diperolehi daripada makanan tambahan kucing, daging haiwan, ikan dan produk ayam. Selain itu, kucing juga memerlukan jumlah vitamin, mineral seperti kuprum dan zink, karbohidrat dan asid folik yang seimbang sebagai nutrisi kucing. Keperluan kalori kucing boleh bergantung pada faktor seperti baka, umur dan berat, secara purata kucing dewasa memerlukan makanan sihat untuk kucing dengan pengambilan kalori sebanyak 280 kalori.
Untuk membantu anda memastikan anak bulu anda sihat, lampiran ini akan memberikan gambaran keseluruhan tentang keperluan diet kucing, pemakanan kucing, jadual makan kucing dan rancangan penurunan berat badan.
Pemakanan Kucing Yang Penting
Rancangan Pemakanan Kucing Yang Pelbagai
Kucing boleh menjadi penikmat makanan yang lebih cenderung kepada variasi dalam makanan harian mereka berdasarkan jadual makan kucing mereka. Walaupun kucing adalah karnivor dimana protein haiwan merangkumi sebahagian besar daripada diet harian mereka, anak bulu yang comel ini berupaya menikmati palet perisa yang luas yang terdiri daripada ikan, telur, dan juga sayur-sayuran tertentu sebagai sebahagian daripada hidangan mereka. Dengan itu, tertera di bawah adalah beberapa jenis rancangan diet kucing yang mungkin dinikmati oleh si manja anda:
Makanan Kucing Kering
Makanan kucing kering yang boleh didapati secara komersial adalah salah satu pilihan popular untuk memberi makan kucing, kerana ia mudah untuk ibu bapa kucing yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang dimasak di rumah untuk anak bulu mereka. Makanan kucing diet kering seperti WHISKAS® padat dengan protein, vitamin dan mineral penting yang diperlukan kucing anda untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.
Makanan Kucing Separa Lembap
Makanan kucing diet separa lembap juga merupakan pilihan makanan yang baik untuk kucing, terutamanya kerana ia sudah disediakan dengan kandungan supplemen atau makanan tambahan kucing seimbang serta bahan makanan sihat untuk kucing yang lain. Selain mengandungi semua nutrien dan protein penting, makanan kucing separa lembap juga mempunyai kandungan lembapan secukupnya untuk membantu kucing anda kekal terhidrat.
Makanan Kucing Dalam Tin
Diet kucing dalam tin seperti WHISKAS® semakin popular di kalangan anak bulu disebabkan oleh pelbagai jenis tekstur dan perisa yang terdapat dalam makanan tersebut. Selain daripada ianya boleh didapati dalam perisa seperti tuna, ikan laut dan sardin, diet kucing dalam tin adalah salah satu makanan sihat untuk kucing yang telah disediakan dengan semua nutrien penting yang diperlukan oleh kucing.
Diet Kucing Masakan Sendiri
Diet kucing masakan sendiri mungkin merupakan salah satu pilihan makanan nutrisi kucing untuk kucing rumah, terutamanya kerana ia disediakan daripada bahan-bahan segar dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan secara komersial. Selain daripada membolehkan anda menjadi kreatif dengan makanan si manja anda, makanan yang dimasak di rumah membolehkan ibu bapa kucing menjalin hubungan dengan si manja mereka.
Snek Kucing
Kaya dengan rasa dan tekstur, snek kucing sentiasa menjadi kegemaran kucing yang tidak pernah jemu menikmati rasa mewah tawaran enak itu. Walau bagaimanapun, snek kucing adalah makanan berkalori tinggi, jadi hanya perlu diberi secara wajar.
Apakah Makanan Kucing Diet Seimbang
Pemakanan seimbang untuk kucing merujuk kepada penggunaan makanan harian yang mengandungi semua bahan pemakanan kucing yang penting, makanan tambahan kucing dan kumpulan makanan berdasarkan apa yang diperlukan oleh kucing dalam sukatan yang betul mengikut jadual makan kucing yang tetap. Sebagai karnivor, diet kucing yang seimbang dengan bahan makanan sihat untuk kucing mesti mengandungi protein haiwan yang mencukupi, asid lemak dan lemak, vitamin dan mineral penting lain berserta dengan karbohidrat rendah.
Mencipta Pelan Pengurangan Berat untuk Diet Kucing
Memandangkan kucing mempunyai kecenderungan untuk makan berlebihan, ia adalah penting, sebagai ibu bapa kucing untuk memberi perhatian kepada pemakanan mereka dengan mengikuti carta keperluan pemakanan kucing. Jika perlu, anda juga harus membuat program pengurangan berat badan untuk 'bayi gempal' anda. Berikut adalah petua untuk membuat program pengurangan berat badan dan jadual makan kucing untuk anak bulu kecil anda:
- Elakkan memberi kucing anda makan secara tidak menentu. Walaupun ini adalah cara yang mudah untuk ibu bapa kucing yang bekerja untuk memastikan si manja mereka diberi makan dengan baik sepanjang hari, pemberian makanan secara bebas sering menggalakkan pemakanan berlebihan dalam kucing.
- Kurangkan tawaran snek kucing dan makanan kucing berkalori tinggi yang anda berikan kepada mereka.
- Jika kucing anda lebih suka makan dengan kerap, pertimbangkan untuk memberikannya bahagian yang lebih kecil dengan makanan berkhasiat untuk kucing mengikut carta keperluan pemakanan kucing untuk mengimbangi pengambilan kalori mereka. Meletakkan mangkuk makanan yang mengandungi makanan sihat untuk kucing di pelbagai bahagian rumah menggalakkan kucing kekal aktif secara fizikal.
- Bermainlah dengan anak bulu anda seperti aktiviti mengejar, menangkap dan bersembunyi serta mencari yang memerlukan penyertaan fizikal yang aktif.
Kepentingan Pengurusan Berat Badan dalam Kucing
Obesiti dalam kucing boleh menimbulkan kerumitan kesihatan yang mendesak seperti diabetes Jenis-2, tekanan darah tinggi, radang sendi/tulang dan penyakit jantung. Jadi, ia adalah penting untuk memastikan kucing anda mengikut pelan diet kucing seimbang dengan rapi.
Faedah Diet Pengurangan Berat Badan yang Disyorkan oleh Veterinar
Jika kucing anda perlu menurunkan berat badan dengan sedikit, anda boleh menggunakan pelan diet kucing yang tersedia secara komersial dan makanan kucing yang sihat untuk pengurangan berat badan biasanya mencukupi. Tetapi sekiranya kucing anda perlu menjalani program pengurangan berat badan, anda haruslah mengikut protokol diet pengurangan berat badan yang disyorkan oleh veterinar. Diet pengurangan berat badan yang disyorkan oleh veterinar mengandungi arahan untuk diet kucing seimbang dengan makanan kucing yang sihat yang membantu kucing mengurangkan pengambilan kalori mereka tanpa menjejaskan makanan berkhasiat untuk kucing yang diperlukan oleh mereka.
Garis Panduan Pemakanan untuk Pengurangan Berat Badan Kucing
Selain mengikuti pelan diet kucing untuk pengurangan berat badan yang disyorkan oleh veterinar, berikut ialah beberapa garis panduan tambahan untuk membantu kucing anda menurunkan berat badan.
- Hidangkan kucing anda dengan makanan kucing berkhasiat mengikut jadual makan kucing tetap dan bukannya pemberian makanan pada bila-bila masa.
- Sebalik daripada menyerah kepada keinginan mereka untuk makanan kucing yang lazat, cuba pendekatan lain dengan kucing anda melalui sesi kasih sayang fizikal dan bermain sebagai dorongan positif.
- Letakkan mangkuk makanan mereka di sekeliling rumah untuk menggalakkan mereka menjadi lebih aktif secara fizikal.
Petua untuk Menggalakkan Senaman dalam Kucing
Memandangkan kucing dewasa sering menghadapi risiko obesiti jika mereka diberi makan berlebihan, adalah penting untuk memastikan mereka mendapat latihan fizikal yang mencukupi untuk membakar kalori berlebihan. Jadi, jika anda ingin memberi sedikit galakan kepada si manja anda untuk memulakan rutin senaman, berikut ialah beberapa petua yang mungkin berguna:
- Kucing sangat suka bermain dan amat bertenaga. Jadi mengapa tidak menggunakan sesi bermain untuk membuat mereka aktif secara fizikal? Permainan seperti kejar-mengejar, sorok-sorok dan penangkapan bahan memerlukan penyertaan fizikal sambil berseronok. Selain itu, bermain juga membantu dalam perkembangan kebolehan kognitif mereka dan membolehkan anda mewujudkan ikatan yang lebih mendalam dan berharga dengan anak bulu anda.
- Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membina pusat rekreasi kucing dalam rumah yang lengkap dengan mainan kucing kegemaran mereka, tiang tinggi dan buaian di mana si manja anda boleh berseronok bermain.