Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Keselamatan Anak Kucing di rumah

Mencegah lebih baik dari mengubati, jadi simpanlah kesemua cecair pencuci, ubat-ubatan, semua cat dan racun jauh dari jangkauan anak kucing anda. 

Kucing boleh dianggap sebagai salah satu daripada haiwan peliharaan yang paling popular. Salah satu sebab adalah kerana mereka adalah haiwan yang bersih dan memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding anjing. Walau bagaimanapun, salah satu kelemahan utama kucing ialah mereka mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah apabila ditinggalkan bersendirian di rumah.

Artikel ini akan membincangkan bagaimana pemilik kucing dapat memastikan kucing mereka selamat dan gembira di rumah dengan menyediakan makanan kucing terbaik dan air, serta permainan dan tempat tidur.

Dalam habitat semula jadi, kucing-kucing besar menggunakan deria bau dan rasa untuk memeriksa sama ada makanan telah rosak. Mereka juga berhati-hati dengan barang-barang yang mereka tidak biasa. Anak kucing comel anda juga mempunyai naluri tersebut, tapi kerana sifat semulajadinya yang ingin mengetahui ia mungkin tertelan sesuatu dengan tidak sengaja atau sewaktu dandanannya yang biasa – contohnya sesuatu seperti cat atau tar mungkin melekat pada bulunya. Dengan memberi kasih sayang, anda akan dapat membantu sahabat felin anda ini  menghindari sebarang kemungkinan -bahaya.

 Keselamatan Anak Kucing di rumah Simpanan selamat

Mencegah lebih baik dari mengubati, jadi simpanlah kesemua cecair pencuci, ubat-ubatan, semua cat dan racun jauh dari jangkauan anak kucing anda. Lebih baik lagi jika anda memastikan pintu pada bilik bawah tanah, garaj dan loteng sentiasa tertutup.

 Keselamatan Anak Kucing di rumah Tanda-tanda keracunan

Dalam habitat semula jadi, kucing besar akan menyorok ketika sakit atau cedera. Anak kucing anda mungkin juga melakukan sedemikian jika ia tertelan sesuatu yang teruk, maka anda harus sentiasa tahu di mana ia berada. Tanda-tanda keracunan boleh berbeza dari kepenatan yang amat kepada lumpuh, menggigil dan kekejangan, termasuk cirit-birit, loya dan muntah. Jika anda menjadi bimbang, bawa anak kucing anda ke veterina secepat mungkin.

 Keselamatan Anak Kucing di rumah Perancangan Tindakan

Jika anak kucing anda menunjukkan tanda-tanda keracunan, jangan menambah kesengsaraannya – bawa ia terus berjumpa doktor haiwan. Jika anda tahu apa racun yang terlibat, bawa racun itu bersama anda ke doktor haiwan.

Whiskas brand imagery