Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah

“Anak kucing perlu bebas untuk meninjau dan menerokai persekitaran baharunya supaya ia mudah menyesuaikan diri”

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah Pilih Bilik untuk Anak Kucing

Anda perlu memilih bilik bagi anak kucing untuk 2-3 hari pertama di mana pintu serta dinding perlu tertutup untuk mengelakkan ia lari ke luar. Adalah lebih baik jika bilik tersebut mempunyai ruang untuk bersorok dan memanjat kerana itu merupakan tingkah laku semula jadi kucing. Ia juga akan membantu kucing menyesuaikan diri dengan lebih cepat di persekitaran baharunya itu.

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah Bekas Najis Kucing

Apabila kucing membuang air, mereka melakukannya di tempat yang sunyi. Oleh itu, disyorkan untuk meletakkan bekas najis di sudut bilik bersebelahan pintu. Anda juga perlu menyediakan pencedok dan dulang serta kerap membasuh bekas najis itu.

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah Mangkuk Makanan dan Minuman

Letak makanan kucing and mangkuk air sejauh mungkin dari mangkuk tandas. Berikan mangkuk makanan yang cetek supaya tidak mencederakan misai sensitif mereka. Oleh kerana kucing tidak suka misainya bersentuhan dengan mangkuk, maka mangkuk itu perlulah leper. 

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah Pencakar Kuku

Mencakar adalah sifat semula jadi kucing dalam penyediakan kuku untuk memburu dan menanda kawasannya. Oleh itu, disarankan untuk menyediakan kucing-kucing anda dengan pencakar kuku bagi membantu mereka melakukan perilaku semula jadinya. 

Membawa Balik Anak Kucing Baharu ke Rumah Menyesuaikan Diri di Persekitaran Baharu

Apabila anda membawa balik anak kucing anda untuk pertama kalinya, pastikan persekitaran rumah adalah sunyi dan jangan khuatir jika kucing anda pada mulanya agak malu. Mulakan dengan membawa ia ke biliknya dan biarkan ia menerokai persekitarannya sendiri. Biarkan pintu terbuka sedikit supaya ia bebas untuk meneroka dan ia akan menunjukkan kesediaan unuk meninjau kawasan yang baharu di rumah. Jangan biarkan kucing keluar dari rumah sebelum ia divaksin. Walaupun ia sudah divaksin pun, sebaik-baiknya biarkan ia di dalam rumah untuk 2-3 minggu pertama.

Whiskas brand imagery