Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Mainan Kucing Untuk Kucing

Pernahkah anda perhatikan bagaimana anak kucing anda bersembunyi dan melompat ke arah anda pada saat yang tidak terduga?

Mengapa kucing anda memerlukan mainan?

Pernahkah anda perhatikan bagaimana anak kucing anda bersembunyi dan melompat ke arah anda pada saat yang tidak terduga? Sebenarnya mereka sedang 'mengintai' dan 'memburu' anda. Walaupun dalam keseronokan dan gurauan, kucing adalah pemburu dan mereka menggunakan 'permainan' sedemikian untuk mengasah kemahiran asas memburu.

Walaupun kucing kesayangan anda menghabiskan sepanjang hari duduk di ambang tingkap, seolah-olah tidak melakukan apa-apa, naluri asas mereka adalah untuk mengintai, mengejar, memerangkap dan memburu mangsa. Jadi, sekiranya anda mahu kucing anda ceria, sihat dan aktif, adalah penting untuk mempunyai masa bermain yang kerap yang membolehkan mereka menzahirkan naluri memburu semula jadi. Dan inilah sebab kucing anda memerlukan mainan kucing yang betul untuk bermain.

Jenis mainan kucing yang akan disukai oleh kucing anda

Berikut adalah beberapa contoh mainan untuk kucing yang bukan sahaja akan merangsang kucing anda untuk menjadi lebih aktif, bahkan mereka juga akan suka bermain dengan:

  1. Mengikat sesuatu dengan benang

    Salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa bermain yang berkualiti dengan kucing anda ialah dengan menggunakan tali mainan kucing. Hanya ikat sesuatu (dicadangkan sesuatu yang berbulu untuk memberi mereka perasaan seperti menangkap burung) dengan benang atau tali dan mengumpan kucing anda untuk menangkapnya. Perhatikan mereka mengintai, mengejar, dan 'membunuh' dengan melompat ke atasnya. Mainan kucing bertali adalah salah satu mainan kucing yang paling popular di seluruh dunia kerana ia salah satu mainan untuk kucing paling mudah yang juga boleh dibuat dengan mudah di rumah.
  2. Membuat mainan anda sendiri

    Permainan untuk kucing tidak semestinya mahal. Sama seperti mainan kucing bertali yang disebut di atas, terdapat mainan untuk kucing buatan sendiri yang boleh dibuat dengan mudah untuk kucing kesayangan anda. Contohnya, gulungan tisu tandas boleh menjadi mainan untuk kucing buatan sendiri yang hebat dan akan membuatkan kucing anda leka bermain. Golekkan sahaja di atas lantai dan lihat kucing anda mengejarnya. Satu lagi mainan kucing buatan sendiri yang ringkas ialah stokin yang telah hilang pasangannya. Jadikan ia sebagai mainan kucing yang menghiburkan dengan menyumbatnya dengan beberapa kain dan bentukkan seperti ikan atau tikus untuk menarik perhatian kucing anda menangkapnya. Anda juga boleh mengikat tali di sekeliling untuk mengubahnya menjadi mainan kucing tali yang menarik.
  3. Istana kotak

    Apabila anda terlalu sibuk untuk bermain dengan kucing kesayangan anda, sediakan permainan untuk kucing supaya mereka boleh bermain bersendirian. Salah satu mainan kucing buatan sendiri yang paling mudah dan digemari kucing anda ialah istana yang diperbuat daripada kotak kadbod. Hanya dengan menggunakan satu kotak, potong beberapa lubang untuk membolehkan kucing anda melepasi, dan voila, mainan kucing anda sudah siap! Kucing anda pasti suka bermain di dalam istana mereka. Mereka boleh bergerak masuk dan keluar, bersembunyi, dan juga mencakar mainan kucing pelbagai guna ini.
  4. Mainan lembut yang diisi dengan catnip

    Mainan catnip adalah salah satu mainan untuk kucing terbaik dan paling popular kerana kebanyakan kucing tergilakan catnip. Jika kucing anda sukakannya, berikan mereka sebagai hadiah dan mereka akan menghargainya dan suka bermain dengannya. Catnip tidak menyebabkan ketagihan dan benar-benar selamat untuk kucing anda, sekiranya ada, ia akan dirangsang untuk seketika sahaja. Anda boleh membeli mainan lembut yang disumbat dengan catnip atau membuatnya di rumah. Hanya masukkan catnip di dalam stoking lama atau sarung tangan atau mainan lembut lama dan berikan kepada kucing anda. Mereka akan berusaha untuk mendapatkan catnip di dalam mainan dan anda boleh terhibur melihat telatah mereka.
  5. Tiang mencakar

    Salah satu mainan terbaik untuk kucing serta penyelamat perabot anda ialah tiang mencakar. Kucing suka mencakar sebagai cara untuk menandakan wilayah mereka dan jika mereka tidak dibekalkan dengan pad atau tiang mencakar, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk dicakar. Tiang mencakar akan membolehkan kucing anda mencakar sesuka hati untuk menandakan wilayah dan mengasah kuku maut mereka. Ia juga dapat menyelamatkan perabot berharga daripada serangan kucing.
  6. Laser

    Bangkitkan naluri memburu kucing anda dengan sinaran cahaya laser. Permainan laser menjadi salah satu mainan untuk kucing paling popular di seluruh dunia, perhatikan bagaimana kucing anda suka mengejar titik laser. Biarkan kucing anda mengekori, mengejar dan memburu sepuas hati dengan menghalakan titik laser ke kawasan yang berbeza. Gunakan penunjuk laser untuk bermain ialah salah satu cara terbaik untuk berinteraksi dengan kucing anda. Ia menyeronokkan, tidak memerlukan sebarang mainan mahal, dan anda boleh bermain selama yang anda suka. Semasa mengembara bersama kucing anda, jika hanya boleh membawa satu mainan kucing bersama anda, pastikan anda membawa laser ini kerana ia boleh memastikan kucing anda leka bermain dalam jangka masa yang lama.

Soalan Lazim Mainan Kucing

 

Mengapa kucing perlu tiang mencakar?

Secara ringkas, ia berperanan untuk menghalang mereka daripada mencakar dan merosakkan perabot anda. Banyak sebab mengapa kucing perlu mencakar: untuk mengasah kuku mereka, menandakan wilayah, dan melatih otot mereka. Oleh itu, jika anda tidak membekalkan mereka dengan pad atau tiang mencakar, mereka akan mencakar apa sahaja yang boleh dicakarkan.

Apakah mainan terbaik untuk kucing?

Semua jenis mainan adalah bagus selagi ia merangsang naluri memburu kucing anda, memastikan mereka terhibur dan aktif, dan membantu hubungan anda dengan mereka. Anda boleh cuba memberikan mainan yang berbeza yang disenaraikan di atas dan lihat mana satu yang paling digemari oleh kucing anda.

Adakah mainan catnip bagus untuk kucing?

Ya! Mainan catnip sebenarnya bagus untuk kucing yang sukakan catnip. Walaupun catnip boleh memberikan kucing anda rasa khayal semula jadi dan mungkin kelihatan sedikit mabuk, tetapi catnip benar-benar selamat, tidak menyebabkan ketagihan dan kesannya juga sangat singkat.

Adakah kucing bosan dengan mainan mereka?

Ya, kucing berasa bosan jika mereka dipaksa bermain dengan mainan yang sama berulang kali. Simpan pelbagai jenis mainan untuk memastikan kucing anda sentiasa terhibur dan selang-seli mainan yang ada untuk mereka mainkan. Ini akan membuatkan mereka sentiasa gembira.

Whiskas brand imagery