Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Alahan terhadap Kucing

“Memahami tentang alahan terhadap kucing membantu menjadikan  pengalaman anda bersama kucing anda lebih menyeronokkan."

Cara paling mudah untuk menangani alahan kucing ialah dengan menjauhinya! Jika anda seorang pemilik kucing, atau hanya suka berada di sekitar kucing yang comel, jangan risau - terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memudahkan kehidupan.

Alahan terhadap Kucing Bagaimanakah caranya untuk saya ketahui sama ada saya mempunyai alahan terhadap kucing?

Mempunyai alahan kucing adalah seperti mengalami selesema. Simptom-simptom biasa adalah sakit mata dan bersin, dan adakalanya mengalami kegatalan kulit. Sesetengah orang yang memiliki kucing tidak menyedari bahawa mereka mempunyai alahan, menyalahkan simptom mereka dan bukannya debu, atau berfikiran mereka telah terkena virus.

Sekiranya simptom anda menjadi semakin teruk apabila kucing anda kerap berada di sekitar anda, atau jika mereka tidur di atas katil anda, terdapat petanda yang anda mempunyai alahan kucing.

Alahan terhadap Kucing Apa punca alahan terhadap kucing?

Seperti kebanyakan orang, anda mungkin beranggapan masalahnya adalah berpunca daripada bulu kucing anda. tetapi sebenarnya, alahan kucing disebabkan oleh rembesan protein daripada kelenjar kucing anda. pembersihan diri akan membiarkan air liur kering pada bulunya, meninggalkannya penuh dengan rembesan ini.

Kucing anda juga akan membuang kulit kering yang (dipanggil "dander") di sekitar rumah. Dander adalah lima kali lebih kecil daripada habuk isi rumah, jadi ia terapung di udara untuk jangka masa yang lama sebelum hilang dan mudah disedut ketika bernafas.

Alahan terhadap Kucing Adakah kucing yang berbulu pendek lebih baik berbanding kucing yang berbulu panjang?

Tidak semestinya. Sebenarnya, kajian telah membuktikan bahawa kucing berbulu panjang mungkin lebih bagus berbanding kucing berbulu pendek apabila dikaitkan dengan alahan. Mana-mana baka kucing pun boleh menjadi punca alahan, walaupun kucing jantan menghasilkan lebih banyak protein rembesan daripada kucing betina manakala kucing jantan yang dimandulkan menghasilkan protein kurang daripada kucing jantan yang tidak dimandul.

Alahan terhadap Kucing Apa yang saya boleh lakukan untuk menghapuskan simptom-simptom tersebut?

Terdapat dua perkara yang penting yang boleh meningkatkan jumlah alergen di rumah anda:

  • Banyak kelengkapan fabrik seperti sofa
  • Membela kucing di dalam rumah

Jika kucing anda tinggal di dalam rumah, cuba tentukan tempat-tempat yang tertentu di dalam rumah – dan semestinya jauh daripada perabut! tilam, selimut, duvet dan sarung perabut semuanya menarik alergen, jadi jangan biarkan kucing anda tidur di atasnya, walau bagaimanapun ia mungkin suka berbaring di tempat tidur anda!

Alahan terhadap Kucing Adakah mengemas rumah saya dapat mengatasinya?

Cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah alergen di dalam rumah ialah dengan memastikan barang-barang di dalam rumah sentiasa bersih – termasuk karpet anda. Vakum yang biasa boleh memburukkan lagi masalah ini dengan melepaskan alergen ke udara, jadi cuba bersihkan karpet anda dengan kaedah pembersihan n wap – lakukan ini sekali setiap tiga bulan akan dapat membawa perubahan yang besar.

Menggunakan cadar anti-alahan yang boleh dibasuh merupakan idea yang baik. Basuh alas tilam anda sekurang-kurangnya setiap dua minggu pada suhu 40° atau lebih panas. Dan jadikan satu tabiat membuka tingkap – udara yang bersih akan membantu mengeluarkan alergen

Jika anda mahu membuat perubahan yang lebih radikal, pertimbangkan untuk menukar lantai kayu yang licin atau lantai vinil, dan perabut yang boleh dilap dengan sarung yang boleh dibasuh secara berkala.

Alahan terhadap Kucing Bagaimana dengan ubat-ubatan?

Terdapat banyak ubat – dan juga suntikan – tersedia untuk melegakan kegatalan tekak dan mata berair. Ubat-ubatan ini terdapat di farmasi atau melalui preskripsi,  jadi minta nasihat ahli farmasi atau doktor anda. Pilihan ubat yang betul dan nasihat di atas, seharusnya membolehkan anda memeluk kucing anda dengan sepuas hati! Mencakar meninggalkan mesej yang boleh dilihat, jadi ia membantu mengekalkan kecantikan dan ketajaman kuku kucing anda. Pastikan kucing anda mempunyai kawasan yang khusus di dalam rumah di mana kucing anda dibenarkan – malah digalakkan -  untuk mencakar. Untuk menghentikannya daripada merosakkan perabut anda, sediakan tiang mencakar yang khas. 

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang