Ikan Laut: Tuna dan Whitefish Multipack untuk Dewasa
WHISKAS® memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada setiap tahap usia. Setiap produk yang dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda membesar dengan ceria dan sihat. Makanan kucing WHISKAS® telah diformulasi dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam bidang penghasilan makanan dan penjagaan haiwan pliharaan. WHISKAS® juga telah mendapat kelulusan bagi setiap ujian makanan kucing yang ditetapkan oleh Persaatuan Kawalan Pemakanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis and Critical Control Points, HACCP), dan ISO 9001: 2008.