Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Rusia Blue

Rusia Blue


Ramai penternak kucing mengatakan bahawa kucing-kucing Biru Rusia yang pertama berasal dari pelabuhan Baltik Archangel, berhampiran Bulatan Artik, dan dibawa sebagai barang dagangan oleh saudagar-saudagar melalui kapal perdagangan dengan England. Kucing-kucing ini telah diperlihatkan secara meluas di England pada akhir abad ke-19. Namun, walaupun ianya memiliki baka yang berbeza, ia diperlihatkan  bersama jenis baka kucing biru berbulu pendek yang lain dalam pelbagai kategori seperti Foreign Blue dan Archangel. Apabila kucing-kucing ini ditampilkan buat pertama kalinya, semua kucing biru berbulu pendek dipertandingkan dalam satu kelas tanpa mengira jenisnya. Pada tahun 1912, kucing Biru Rusia telah diberikan kelasnya yang tersendiri, tetapi semasa Perang Dunia ke-2 jenis baka ini hampir pupus, apa yang dapat menyelamatkannya adalah dengan mengawan silang baka ini dengan kucing Siam. Akhirnya penternak-penternak kucing melakukan percubaan secara usahama untuk membawa kembali ciri-ciri baka ini sebelum perang, dan pada tahun 1965, standard pertunjukan telah diubah dengan menyatakan secara khusus bahawa kucing jenis baka Siam tidak diingini pada kucing Biru Rusia. Hari ini, kucing Biru Rusia yang hebat dengan bulunya yang elegan, matanya hijau bersinar dan megah telah lama dikaitkan dengan keluarga diraja dan sangat disukai oleh pemerintah Tsar dan golongan bangsawan. Kucing Biru Rusia yang cantik ini bersifat angkuh, tetapi memiliki jiwa yang lembut. Kucing Biru Rusia Australia dibiakkan dengan standard yang hampir sama dengan kucing Biru Rusia di UK, tetapi sangat berbeza dengan gaya kucing Biru Rusia yang dibiakkan di Amerika. Kucing Biru Rusia memiliki dua lapisan bulu yang sangat berbeza daripada mana-mana baka lain - ianya pendek, tebal dan sangat cantik dan ketebalannya menyebabkan bulu yang mempunyai dua lapisan tekstur ini ketara daripada tubuhnya. Warna birunya yang terang memberikan kucing ini penampilan yang  berkilauan seperti perak yang hanya menambahkan lagi rupanya yang megah. Kucing yang kuat dan elegan ini bukanlah seekor kucing yang ekstrem - menjadikannya haiwan yang sangat menarik untuk dipelihara di rumah. Ia dapat bergaul dengan semua anggota keluarga di rumah, tidak mengira sama ada manusia atau haiwan lain, dengan syarat ia diberi layanan yang sewajarnya.

Whiskas brand imagery