Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pemakanan Kucing

Whiskas Brand imagery

Kucing mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza daripada manusia. Mereka memerlukan protein 4 kali ganda lebih banyak berbanding manusia, 2 kali ganda Vitamin E dan Taurina untuk memenuhi keperluan semulajadi mereka.

Whiskas Brand imagery

Protein

Whiskas Brand imagery

Vitamin E

Whiskas Brand imagery

Taurina

Whiskas Brand imagery
Whiskas Brand imagery

Kualiti dijamin oleh institusi bertaraf dunia. Makanan kucing Whiskas® dibuat dan dihasilkan oleh doktor-doktor haiwan, bersama-sama dengan ahli sains dari WALTHAM, pusat peneraju utama dunia bagi pemakanan dan kesejahteraan haiwan peliharaan di UK. Inilah sebabnya mengapa Whiskas® menghasilkan resipi yang 100% lengkap dan seimbang untuk memenuhi keperluan kucing anda pada setiap peringkat kehidupan

  • Whiskas Brand imagery

    Kucing adalah seharusnya karnivor; Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna mereka hanya memakan daging atau karbohidrat sahaja. Mereka juga memerlukan pemakanan lain untuk pertumbuhan mereka. Kucing juga memerlukan nutrien yang berbeza berbanding dengan anjing dan keperluan nutrisi mereka jauh melebihi kita. Sebagai contoh, kucing dewasa memerlukan protein 4 kali ganda lebih banyak berbanding manusia.

  • Untuk mengekalkan kesihatan kucing, pemakanan adalah faktor kunci yang membantu kepada pencapaian matlamat ini. Diet yang lengkap dan seimbang, seperti Whiskas®, membekalkan jumlah setiap nutrisi penting dengan betul mengikut keperluan kalori harian kucing, tidak kira sama ada ia diet makanan basah atau kering.

    Whiskas Brand imagery
  1. Whiskas Brand imagery

    Protein

    Protein adalah salah satu nutrien penting yang memainkan peranan penting pada kucing. Kucing sebagai haiwan karnivor memperoleh sebahagian besar pengambilan protein mereka daripada haiwan seperti daging dan ikan. Protein pemakanan yang ada di dalam makanan kucing mengandungi lebih 10 asid amino penting yang tidak dihasilkan secara semulajadi di dalam badan kucing. Ia memainkan peranan penting untuk mengelak daripada risiko kesihatan seperti masalah metabolik, kardiomiopati, kegagalan pembiakan dan tindak malas imun yang lemah.

  2. Whiskas Brand imagery

    Vitamin E

    Vitamin E juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kucing. Ia terdapat di dalam bijian berasaskan tumbuhan, kekacang, minyak dan sayuran. Vitamin E menyumbang kepada kesejahteraan fizikal si comel anda. Vitamin E juga membantu mengekalkan penampilan comel mereka, menghalang eczema, alahan kutu dermatitis dan tungau. Ia juga memain peranan penting dalam mengekalkan bulu yang sihat.

  3. Whiskas Brand imagery

    Taurina

    Taurina sebagai nutrien terdapat di dalam produk tenusu seperti susu, dan juga di dalam ikan dan daging. Anda juga boleh perkenalkan taurina di dalam pemakanan kucing sebagai makanan tambahan. Pada kucing, taurina memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi otak serta perkembangan sistem saraf.

  4. Whiskas Brand imagery

    Omega 3

    Omega 3 ialah asid lemak, biasa ditemui di dalam lemak haiwan dan juga minyak sayuran dan kekacang. Omega 2 juga penting untuk membangunkan dan mengekalkan tubuh badan yang sihat. Omega 3 bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan tubuh badan kucing anda, tetapi ia juga bermanfaat untuk mengekalkan fungsi saluran darah, paru-paru dan jantung.

  5. Whiskas Brand imagery

    Omega 6

    Omega 6 adalah bentuk lain untuk lemak asid polyunsaturate yang banyak didapati daripada kekacang, bijian dan minyak sayuran. Omega 6 adalah lemak asid yang diperlukan untuk pemakanan kucing kerana ia membantu mereka mencegah penyakit jantung dan komplikasi jantung.

  6. Whiskas Brand imagery

    Arginina

    Arginina adalah nutrien penting yang diperlukan kucing kerana ia tidak dihasilkan secara semulajadi di dalam badan kucing. L-arginina adalah salah satu bentuk biasa lemak asid yang membolehkan badan menghasilkan protein. Ia terdapat di dalam produk yang tinggi kandungan protein seperti daging merah, ikan, telur serta produk tenusu. Arginina bertukar menjadi nitrik oksida (NO) di dalam badan yang membantu peredaran darah dan membolehkan saluran darah berehat.

  7. Whiskas Brand imagery

    Vitamin A

    Vitamin A adalah nutrien penting yang diperlukan untuk tabiat pemakanan kucing di semua peringkat umur. Ini kerana ia bermanfaat dalam perkembangan sistem imun badan untuk mencegah penyakit, mengekalkan kesihatan kulit dan bulu, serta memperbaiki penglihatan mereka. Vitamin A disyorkan untuk kucing ada terdapat di dalam hati, hati ikan dan telur kuning.

  8. Whiskas Brand imagery

    Kalsium

    Penting untuk kucing dewasa dan anak kucing untuk mendapatkan kalsium mencukupi dalam pemakanan mereka kerana ia menyokong gaya hidup aktif dan pertumbuhan muskuloskeletal. Anda boleh tambah kalsium ke dalam pemakanan kucing melalui susu, daging dan organ tisu, tulang dan tumbuhan kekacang.

  9. Whiskas Brand imagery

    Fosforus

    Fosforus adalah mineral penting untuk kucing dalam tahun-tahun pertumbuhan mereka kerana ia mengikat kalsium di dalam badan, dan membentuk kalsium fosfat, yang membantu mengekalkan ketumpatan tulang dan kesihatan gigi. Fosforus juga bermanfaat untuk kucing yang menghidapi penyakit buah pinggang dan boleh ditemui dalam daging organ seperti hati ayam, ikan sardin, yis dan kacang dal.

  10. Whiskas Brand imagery

    Zink

    Zink adalah mineral penting untuk tambah ke dalam pemakanan kucing, dan ia boleh didapati daripada makanan yang kaya dengan asid amino seperti daging merah dan protein soya. Zink memainkan peranan penting dalam memperbaiki fungsi otak dan ingatan kucing, serta penglihatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kucing memerlukan zink dalam kuantiti sangat rendah, sekitar 15pm hingga 50ppm. Makanan yang mengadungi tinggi kandungan zink perlu dielakkan kerana ia toksik kepada kucing.

Whiskas brand imagery