Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Sphynx Cat

Sphynx Cat

Jika anda peminat siri TV 90an FRIENDS, anda pasti masih ingat kucing Rachel yang menakutkan Joey, sehingga Joey merasakan kulit badan kucing itu terbalik! Perkenalan kali pertama dengan kucing Sphynx agak membingungkan kerana penampilannya. Walau bagaimanapun, kucing Sphynx sangat setia dan akan memikat anda dengan keanggunan dan ketenangan mereka.

Penunjuk Utama:

  • Berat:

    Melihat kucing Sphynx buat kali pertama boleh membuatkan anda terpegun. Si comel ini biasanya mempunyai berat 112 paun atau kurang, tidak kira jantina mereka.

  • Tinggi:

    Kucing Sphynx adalah kucing yang bersaiz sederhana, kucing Sphynx dewasa boleh mencapai tinggi antara 8 hingga 10 inci

  • Jangka hayat:

    kucing Sphynx dikenali kerana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding kucing baka lain, bergantung pada kesihatan dan pemakanan mereka. Pada kebiasaannya, kucing Sphynx boleh hidup sehingga 16 tahun,usia mereka boleh lebih panjang dengan pemakanan dan rawatan yang betul.

  • Bulu:

    kucing Sphynx boleh dikenal pasti dengan mudah kerana mereka kekurangan bulu. Walau bagaimanapun, kulit mereka dilindungi oleh bulu yang halus serta nipis, dan tekstur dan rupa bulu yang berbeza sama sekali berbanding baka kucing lain. Di samping itu, kucing Sphynx selalunya mempunyai kulit berwarna seperti hitam, merah atau coklat, atau corak pelbagai warna seperti tabby (berbelang) dan calico (tiga warna - oren, hitam dan putih).

Penilaian:

  • Kemesraan -  ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kebolehan untuk menyesuaikan diri   - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan yang lain - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Suka bermain - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kecenderungan kepada obesiti  – ⭐⭐⭐
  • Kesihatan keseluruhan - ⭐⭐⭐⭐
  • Jangka hayat – ⭐⭐⭐⭐
  • Mudah untuk dilatih  - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Digalakkan untuk pemilik kali  – ⭐⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk
Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan Fizikal

Baka kucing Sphynx dibiakkan khas dan bersaiz sederhana. Apa yang membezakan kucing Sphynx dengan kucing baka lain adalah rupanya yang menarik perhatian, tidak berbulu, kulit berkedut dan telinga yang lebih besar daripada biasa. Kebanyakan kucing Sphynx mempunyai rangka yang langsing, tetapi sesetengah kucing Sphynx terkenal dengan badan yang anggun, berotot dan perut bulat. Selain susuk tubuhnya yang langsing, kucing Sphynx mempunyai wajah bentuk segitiga dengan tulang pipi yang menonjol dan mata yang lebar. Penampilan luar biasa kucing Sphynx selalunya dikaitkan dengan namanya, kucing Mesir purba.

Selain daripada tidak berbulu, kulit berkedut, kucing Sphynx boleh dikenali dengan telinga yang besar daripada biasa, berbentuk segitiga dan seperti telinga kelawar. Pada sekali pandang, kucing Sphynx nampak seperti tiada bulu, tetapi bila dilihat dengan teliti, anda boleh lihat bulu pendek dan halus yang nipis, dan tidak menyerupai mana-mana baka kucing lain. Walaupun tiada bulu dan kulit berkedut adalah ciri-ciri kucing Sphynx, mereka tidak kekurangan warna sepenuhnya, kerana baka kucing Sphynx sering dijumpai dengan tanda yang serupa seperti baka kucing lain. Kucing Sphynx selalunya berwarna seperti hitam, merah dan coklat, atau dalam corak pelbagai warna termasuk calico (tiga warna - oren, hitam dan putih), tortoiseshell (corak bulu yang seakan-akan cengkerang kura-kura), satu warna dan tabby (berbelang). Di samping itu, kucing Sphynx selalunya mempunyai ekor seperti sebat yang runcing di hujung. Kucing Sphynx juga boleh mempunyai misai dan kening untuk meningkatkan penampilan mereka.

Ciri-ciri lain yang menjadikan kucing Sphynx menonjol adalah keanggunan dan ketangkasan mereka. Bentuk badan kucing Sphynx yang lincah menjadikan mereka sangat akrobatik.

Kesihatan

Kucing Sphynx sangat terkenal di seluruh dunia kerana rupa parasnya. Mereka juga tidak terkecuali daripada pelbagai penyakit. Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang biasa dialami serta penyakit yang boleh dihadapi oleh kucing Sphynx anda:

  • Urticaria pigmentosa:

    Kekurangan bulu menyebabkan kucing Sphynx sukar untuk mengelak daripada mendapat iritasi dan masalah kulit. Di samping itu, mereka perlu kerap mandi untuk memastikan tiada pengumpulan minyak pada kulit mereka. Minyak berlebihan pada kucing Sphynx boleh menyebabkan masalah urticaria pigmentosa, atau bintik merah pada kulit. Ia juga dikaitkan dengan lesi kulit(skin lesions) dan tompok seborrhoea gatal.

  • Jangkitan telinga:

    Kucing Sphynx sangat mudah terdedah pada jangkitan telinga yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria di dalam saluran telinga. Jadi, sebagai pemilik kucing, membersihkan dalam saluran telinga kucing Sphynx anda adalah sangat penting untuk mencegah kehilangan pendengaran.

  • Penyakit periodontium:

    Kucing Sphynx juga terdedah pada penyakit periodontium(inflamasi kronik yang melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi), penyakit ini boleh dielak melalui dandanan dan pembersihan gigi yang berkala. Penyakit periodontium pada kucing Sphynx menyebabkan bau nafas yang busuk, perubahan warna gigi dan karang gigi, gusi berdarah, dan air liur meleleh.

Dandanan

Kucing Sphynx merupakan baka kucing yang luar biasa, dan mereka selalunya memerlukan perhatian dan layanan daripada pemilik mereka! Sekiranya anda keliru bagaimana cara mendandan kucing Sphynx, berikut ialah beberapa cara bagaimana anda boleh gunakan untuk mendandan kucing Sphynx, serta memastikan ia benar-benar bersih.

Tidak seperti kucing yang mempunyai bulu normal, baka kucing Sphynx memerlukan mandi yang kerap untuk mengelak pengumpulan minyak pada kulit mereka. Pengumpulan minyak dan peluh yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kulit pada kucing yang tidak berbulu. Oleh itu, memandikan kucing Sphynx anda adalah penting untuk menyingkirkan minyak dan peluh. Kucing Sphynx kerap berpeluh dan berminyak, oleh itu, memandikan kucing anda dengan air suam dan menggunakan syampu haiwan berubat dapat membantu menyingkirkan minyak berlebihan atau kekotoran daripada kulit mereka. Setelah berpuas hati dengan mandian, anda boleh mengelap badan kucing Sphynx anda dengan kain bersih dan lembut.

Walaupun kucing Sphynx tidak mempunyai bulu lebat yang perlu disikat dengan kerap, mereka masih memerlukan dandanan penting seperti memotong kuku, membersihkan telinga dan penjagaan jerawat. Disebabkan kurang bulu, baka kucing Sphynx selalu mengalami pengumpulan yang berlebihan dalam saluran telinga yang perlu dibersihkan dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, pastikan anda menggunakan kain yang bersih, lembut aaupun kain lembap untuk membersihkan saluran telinga. Di samping itu, kucing Sphynx juga terdedah pada pengumpulan kotoran dan kuman di antara jari kakinya. Jadi, penting untuk memotong kuku dengan kerap untuk mengelak daripada pertumbuhan bakteria yang mungkin mendatangkan masalah kesihatan pada mereka.

Bermain

Kucing Sphynx secara semulajadi sangat suka bermain dan bertenaga, dan bertindak balas dengan baik semasa bermain dengan pemilik mereka. Kucing Sphynx suka bersosial menjadikan mereka teman terbaik untuk bermain. Sekiranya anda tidak bermain dengannya sepanjang masa, kucing Sphynx suka memeluk anda dan akan menghabiskan masanya memberikan anda kasih sayang. Sifat kucing Sphynx yang lembut dan penyayang menjadikan mereka haiwan peliharan popular untuk dimiliki.

Soalan Lazim kucing Sphynx

Adakah kucing Sphynx mudah bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain?

Kucing Sphynx sangat terkenal dengan sifatnya yang lembut dan mudah bergaul. Jadi, mereka adalah haiwan peliharaan yang terbaik dimiliki bersama haiwan peliharaan yang lain. Sifat kucing Sphynx yang penyayang, mesra dan lembut menjadikannya terkenal di kalangan pemilik kucing, terutama sekali pada mereka yang ada haiwan peliharaan yang lain.

Adakah kucing Sphynx mudah mesra?

Kucing Sphynx mempunyai sifat yang sangat menyenangkan. Mereka sangat sosial dan mesra kepada manusia dan kanak-kanak. Mereka bertindak balas dengan baik terhadap kasih sayang dan boleh mengeratkan hubungan secara mendalam dengan orang di sekeliling mereka berdasarkan gerak isyarat penyayang seperti memeluk dan membelai.

Berapakah jangka hayat kucing Sphynx?

Pada kebiasaannya, kucing Sphynx boleh hidup sehingga 8 tahun ke 16 tahun. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada tahap kesihatan, tabiat pemakanan dan pemakanan serta persekitaran mereka.

Adakah kucing Sphynx suka mandi?

Baka kucing Sphynx selalunya tiada masalah dengan air. Walau bagaimanapun, menjadi baka kucing yang tidak berbulu membuatkan mereka terdedah pada peluh dan pengumpulan minyak pada kulit, yang menyebabkan komplikasi kulit. Oleh itu, penting untuk memandikan mereka apabila boleh. Ini terbukti membantu dalam menyingkirkan minyak daripada kulit, dan memastikan kucing Sphynx anda segar dan bersih.

Whiskas brand imagery