Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Ragdoll

Ragdoll

Sesuai dinamakan Ragdolls, baka kucing yang cantik ini suka duduk di pangkuan anda untuk tempoh yang lama. Ragdoll bukan sahaja sangat mesra, malahan mereka juga lemah lembut. Ini membuatkan Baka kucing Ragdoll ideal untuk keluarga yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan yang lain.

Si comel Ragdoll merupakan salah satu baka kucing terbesar dan berat, tetapi mudah untuk diuruskan. Anda boleh mendandan Ragdoll anda kira-kira 2-3 kali seminggu. Dandanan sederhana adalah lebih daripada mencukupi untuk memastikan bulu lembut dan bersinar serta kesihatan yang baik.

Sifat kucing Ragdoll adalah jinak dan sangat tenang. Mereka merupakan kucing yang berkelakuan baik serta tidak berapa aktif dan lebih suka permainan yang lembut selepas meningkat dewasa. Oleh sebab itu, mereka berasa sangat bahagia meluangkan masa memeluk anda. Ia sangat mengujakan!

Adakah anda ingin mengetahui perkara terbaik tentang kucing Ragdoll? Selain daripada mereka suka dipeluk, disayangi dan comel, mereka sangat menyayangi tuan mereka. Kucing Ragdoll akan  menjadi teman setia anda tanpa rungutan, menjadikan mereka rakan kucing terbaik anda perlukan sekiranya anda mempunyai gaya hidup yang sibuk.

Petunjuk utama:

  • Berat - sekitar 10 hingga 20 paun
  • Tinggi - 9 hingga 11 inci. Mereka boleh mencapai sehingga 21 inci
  • Jangka hayat - 13 hingga 18 tahun
  • Bulu - Bulu panjang yang lembut dan berkilat

Penilaian:

  • Kemesraan⭐⭐⭐⭐⭐
  • Keupayaan untuk menyesuaikan diri⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap manusia⭐⭐⭐⭐⭐
  • Suka bermain⭐⭐⭐⭐
  • Kecenderungan kepada obesiti⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kesihatan menyeluruh⭐⭐⭐⭐
  • Jangka hayat⭐⭐⭐⭐⭐
  • Mudah dilatih⭐⭐⭐⭐
  • Digalakkan untuk pemilik kali pertama⭐⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk

Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan Fizikal

Ciri kucing Ragdoll termasuk mempunyai tubuh yang besar, berotot dan berat. Ciri kucing Ragdoll juga suka dipeluk, lembut dan mempunyai bulu sederhana panjang. Baka Ragdolls memiliki kepala lebar dan bujur, serta bermata bulat dan berwarna biru yang menawan. Kucing Ragdoll terdapat pelbagai warna tetapi selalunya dua warna dengan titik warna yang biasanya tersebar di sekeliling mata, telinga, kaki belakang dan ekor.

Kesihatan

Si comel Ragdoll merupakan baka kucing yang sihat dan boleh hidup sihat sehingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, seperti baka kucing asli yang lain, anak kucing Ragdoll juga terdedah kepada penyakit tertentu. Bagi memastikan kucing Ragdoll anda kekal sihat dan hidup lebih lama, sila perhatikan penyakit berikut:

  • Kardiomiopati Hipertropik

    Dikenali sebagai HCM, ia adalah penyakit pembunuh senyap untuk kebanyakan baka kucing, termasuk Baka Ragdolls. Penebalan dinding otot jantung adalah ciri penyakit ini dan gejala penyakit ini yang perlu diperhatikan termasuk:

  • Kelesuan
  • Susah untuk bernafas dan bernafas dengan mulut terbuka
  • Pernafasan laju
  • Nadi lemah
  • Degupan jantung laju

Rujuk doktor haiwan anda dengan segera jika anda melihat mana-mana gejala yang disenaraikan pada kucing Ragdoll anda.

  • Jangkitan Saluran Kencing

    Jangkitan saluran kencing(UTI) adalah masalah biasa untuk Baka Ragdolls. Ia boleh menjangkiti mana-mana bahagian saluran kencing - pundi kencing, uretra dan buah pinggang. Beberapa tanda UTI yang perlu anda perhatikan pada kucing Ragdoll anda adalah seperti berikut:

  • Meneran ketika membuang air kecil
  • Darah di dalam air kencing
  • Tidak berhenti menjilat kemaluan
  • Kerap mencuba untuk kencing tetiba tidak berjaya
  • Menangis ketika kencing, menunjukkan tanda kesakitan

Dandanan

Anak kucing Ragdoll cukup mudah untuk dipelihara. Mereka memerlukan amat sedikit penjagaan dan keguguran bulu juga amat sedikit. Sama seperti kebanyakan baka kucing yang lain, kucing Ragdoll anda menghabiskan masa berjam-jam untuk membersih dan mendandan. Jadi, anda hanya perlu mandikan mereka sekali-sekala, potong kuku dan bersihkan telinga mereka. Adalah penting untuk bermula lebih awal semasa kucing Ragdoll anda masih kecil untuk membiasakan mereka dengan sesi dandanan.

Bermain

Sifat kucing Ragdoll adalah peramah, penyayang dan agak suka bermain, tetapi disebabkan saiznya yang besar dan berat, mereka bukanlah pendaki yang hebat. Jadi, sediakan mainan yang mencukupi untuk kucing Ragdoll anda bermain, jika anda menyuruh mereka memanjat pokok, carilah pokok yang rendah. Kebiasaannya, Baka Ragdoll akan tidur lama dan akan bermain di antara masa jaga dan tidur. Mereka juga sukakan banyak pelukan dengan manusia mereka, jadi manfaatkan sepenuhnya dan peluklah si comel anda.

Soalan Lazim Kucing Ragdoll

Adakah kucing Ragdoll boleh bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain?

Baka kucing Ragdoll mempunyai perilaku yang sangat baik, mesra dan pandai menyesuaikan diri. Mereka dapat bergaul mesra dengan anak-anak serta haiwan peliharaan yang lain. Anda boleh bawa masuk kucing Ragdoll ke dalam rumah tanpa ragu. Mereka akan menjadi haiwan peliharaan terbaik untuk keluarga yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan yang lain.

Adakah kucing Ragdoll mesra?

Baka kucing Ragdoll mempunyai sifat peramah. Sifat kucing Ragdoll suka bermain, lembut dan sangat bijak. Baka kucing Ragdoll akan cepat mesra dengan ahli keluarga anda kerana mereka sangat cepat menyesuaikan diri dan penyayang terhadap manusia serta haiwan lain.

Berapakah jangka hayat kucing Ragdoll

Anak kucing Ragdoll hidup agak lama, sekitar 13 - 18 tahun. Walau bagaimanapun, jangka hayat baka kucing Ragdoll bergantung kepada beberapa faktor seperti diet, senaman dan persekitaran. Mereka juga terdedah kepada jangkitan saluran kencing dan masalah jantung. Jadi, pastikan anda membawa kucing Ragdoll anda untuk berjumpa doktor haiwan secara berkala.

Adakah kucing Ragdoll senang untuk didandan?

Ciri kucing Ragdoll adalah termasuk mempunyai bulu panjang  bersinar, ia memberi tanggapan yang bulu kucing ini akan gugur dengan banyak. Anda silap jika berfikiran begini. Ciri kucing Ragdoll menjadikan mereka berbulu lebat tetapi kurang gugur kerana mereka kekurang bulu lapisan bawah. Ragdoll adalah kucing yang sangat bersih dan kerap berdandan, ini menjadikan anak kucing Ragdoll mudah dipelihara. Hanya perlu mandikan mereka dengan selang masa yang tetap, sikat bulu, potong kuku secara kerap, dan pastikan telinga mereka bersih. Ini adalah dandanan yang diperlukan oleh kucing Ragdoll.

Adakah kucing Ragdoll suka mandi?

Tidak seperti baka kucing lain, anak kucing Ragdoll sukakan air.  Anda mungkin akan sentiasa menghalau Ragdoll anda dari sinki dan tab mandi. Sifat sukakan air ini menjadikan baka kucing Ragdoll sangat unik.

Whiskas brand imagery