Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Whiskas®

Dengar suara kucing purr

Purr Sound

Semua pecinta kucing akan bersetuju dengan satu perkara iaitu ANDA tidak memiliki kucing, KUCING memiliki ANDA. Bagaimana anda tidak tunduk kepada pesona raja dan ratu kucing? Kecomelan, suka bermain dan keganasan, semuanya menjadikan mereka terlalu sukar untuk ditolak! Sebaik sahaja mereka memasuki kehidupan dan rumah anda, mereka memiliki anda sepenuhnya.

Tanyalah mana-mana pemilik kucing, apa yang mereka paling suka mengenai kucing mereka dan kebanyakannya akan menjawab bila mereka duduk di atas anda (sama ada riba anda, muka anda, dada anda, di mana-mana raja/ratu anggap sesuai) dan mengeluarkan bunyi purr. Adakah anda tahu bunyi purr kucing kesayangan anda mempunyai manfaat penyembuhan untuk anda? Tidak hairanlah anda menyukainya dan berasa tenang dan santai apabila kucing anda purr.

Tetapi apakah maksud bunyi getaran mendalam yang pelik ini? Dan bagaimana anda boleh membuat kucing anda purr lagi dan lagi? Mari kita ketahui!

Mengapa kucing purr?

Kucing kebanyakannya purr apabila mereka santai, tenang dan berasa selamat dalam keadaan persekitaran. Mereka juga akan purr untuk sebab-sebab yang lain juga tetapi jika kucing anda purr dengan mata tertutup dan apabila anda usap atau membelai mereka, ia pasti bermakna mereka gembira dan tenteram.

Jika anak kucing anda purr sambil menguli perlahan-lahan kaki depan mereka, anggap diri anda sangat bertuah. Kucing anda berpuas hati apabila bersama anda seperti apa yang mereka rasakan ketika menyusu dengan ibu mereka. Gerakan menguli kaki sambil purr menunjukkan ketenangan, kepercayaan dan kepuasan.

Purr juga adalah petunjuk kesihatan yang baik. Jika anak kucing anda tidak purr, mereka mungkin tidak sihat secara fizikal atau mental.

Jadi, bagaimana anda memastikan putera atau puteri bulu anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kesihatan yang baik?

Mudah! Hanya mengikut petua-petua ini:-

Whiskas®

Bagaimana membuat anak kucing anda purr lagi dan lagi?

Memandangkan purr bermakna mereka berpuas hati, cara untuk membuat kucing anda purr lagi dan lagi adalah dengan menggembirakan mereka.

Jaga makanan mereka

Kucing adalah pemakan yang cerewet. Tambahan pula, mereka adalah royalti, jadi anda harus memberi mereka makanan yang mereka gemari dan bukan makanan pilihan anda sendiri. Cuba beberapa kombinasi makanan basah dan kering yang berbeza untuk melihat yang mana satu anak kucing anda akan makan.

Whiskas® menawarkan resepi makanan basah yang sangat enak hingga menjilat jari untuk kucing serta anak kucing anda. Pek makanan basah Whiskas® dipenuhi dengan semua kebaikan nutrisi serta sangat enak untuk kucing. Makanan basah Whiskas® adalah lazat, 100% lengkap dan makanan seimbang untuk kucing, mengandungi antioksidan untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan untuk kucing anda. Pek ini datang dalam bentuk jeli serta berkuah dan mengandungi ketulan ikan dan daging sebenar. Cuba sekali dan lihat bagaimana kucing anda purr setiap kali anda membuka pek.

Makanan kering Whiskas® juga amat berkhasiat. Kepingan rangup bukan sahaja baik untuk penjagaan mulut, ia juga mengandungi serat untuk menyokong pencernaan. Kombinasi makanan basah dan kering Whiskas® akan memastikan kucing anda menerima khasiat yang menyeluruh, kekal sihat dan purr lebih lagi.

Take care of their food

Luangkan masa bersama mereka

Pelukan kucing adalah yang terbaik! Menunjukkan rasa sayang adalah salah satu faktor penting untuk membuatkan kucing purr. Belai, gosok atau geletek mereka, usap perut dan bermain dengan mereka. Dalam erti kata mudah, luangkan masa dan jalinkan ikatan dengan kucing anda. Berikan kucing anda sepenuh perhatian seketika setiap hari. Baring bersama mereka, usap leher mereka dengan lembut, geletek belakang telinga dan urut muka dan lihat bagaimana kuat kucing anda purr.

Ia juga amat penting untuk kucing memiliki masa bermain. Jika tidak, mereka akan bosan dan akan memberi kesan kepada kesihatan mental mereka. Mereka juga akan berasa bosan dengan mainan yang sama. Jadi, dapatkan beberapa mainan berbeza yang mereka suka atau buat mainan ringkas di rumah. Pastikan kucing anda mempunyai aktiviti berbeza yang mencukupi untuk memastikan mereka sentiasa sibuk dan terhibur.

Spend Time

Jangan lupa pemeriksaan
doktor haiwan yang kerap

Seperti yang disebutkan di atas, jika kucing anda tidak sihat, mereka tidak akan purr. Jika anda dapati kucing anda tidak purr walaupun selepas anda melakukan semuanya dengan betul, bawa mereka ke klinik haiwan untuk pemeriksaan dengan segera. Adalah sangat penting untuk membawa kucing anda untuk pemeriksaan tahunan, memvaksin dan menyahcacing bagi memastikan mereka berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik.

Spend Time

Dapatkan anak kucing comel anda untuk purr lagi dan lagi

Amalkan petua-petua yang diberikan di sini dan kami jamin anak kucing anda akan purr lagi dan lagi. Biarkan purr mereka mengisi dan menyembuhi anda. Kucing adalah bidadari kecil yang comel dan nakal dan layak mendapatkan semua kasih sayang dan perhatian anda. Berikan pada mereka dan lihat bagaimana mereka menyayangi anda kembali! Tiada siapa yang mampu menandingi kasih sayang kucing anda terhadap anda.

Whiskas brand imagery