Baka Kucing

Kembali
Baka Kucing Hutan Norway (Norweigian Forest)

Baka Kucing Hutan Norway (Norweigian Forest)

Kucing Hutan Norway adalah baka zaman purba yang berasal dari Norway lebih daripada 500 tahun yang lalu. Sesetengah orang percaya bahawa baka ini mungkin berusia sehingga 2000 tahun. Haiwan yang cantik ini juga dikenali sebagai Wegie, Norskogkatt, Skogkatt atau Norskskaukatt.


Menurut mitos masyarakat Norse, mereka dipercayai berasal daripada keturunan kucing pari-pari. Terdapat kemungkinan besar juga bahawa Skogkatt berasal daripada kucing Turki berbulu panjang, disebabkan beberapa maharaja Byzantine mempunyai pengawal-pengawal yang berasal dari Skandinavia dalam perkhidmatan mereka.  Semenjak itu, kucing-kucing ini telah dipelihara sebagai haiwan ladang yang sering hidup di luar rumah dan di bawah tempat-tempat berlindung yang dapat mereka temui. Kemungkinan Skogkatt mula berubah di sini kerana ia dapat hidup dengan baik walaupun dalam keadaan yang sedemikian sukar.  


Cat Fancy Association of Norway bermula pada tahun 1934 dan Skogkatt hanya dianggap sebagai baka yang istimewa setelah tahun 1938. Kemudian, dengan meletusnya Perang Dunia ke-II, semua aktiviti salasilah kucing telah diberhentikan. Skogkatt hampir dilupakan sehingga awal tahun 70-an, apabila sekumpulan peminat kucing memulakan semula program pembiakan kucing dengan serius. 


Pada bulan Disember 1975, penternak kucing Norway menubuhkan Norsk Skogkattring - The Norwegian Forest Cat Club - dalam usaha untuk memelihara baka ini dan usaha mereka telah membuahkan hasil pada tahun 1976, apabila baka ini telah mendapat pengiktirafan rasmi. Corak kucing Skogkatts yang paling biasa adalah corak berbelang-belang. Meskipun bulunya yang serba panjang perlu disikat kadang kala, kucing ini, pada kebanyakan masanya, boleh menjaga bulunya sendiri. Namun begitu, ia memerlukan bantuan untuk menghilangkan ranting dan serpihan-serpihan yang melekat pada bulunya.  Walaupun baka ini dianggap 'tahan lasak' ia turut memiliki sisi yang lebih lembut yang gemar bermain, lincah dan penyayang.


Kerana sifatnya yang penyayang dan lembut tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh tinggal di dalam rumah – selagi mainan, objek untuk memanjat dan tempat mencakar disediakan. Kucing Hutan Norway mampu bergaul baik dengan baka kucing dan anjing-anjing lain dan paling menyukai kanak-kanak. Kepintaran haiwan ini dan tingkah lakunya yang lincah dan ceria menjadikan kucing hutan Norway ini peneman yang cantik dan menarik bagi semua orang di rumah.

Adakah anda tahu cara pemberian makanan yang betul setiap hari bagi kucing-kucing anda?
Panduan Pemberian Makanan
Untuk pemakanan yang lengkap dan seimbang
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent