Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Burma

Baka Kucing Burma

Kucing Burma, dengan penampilannya yang eksotik dan sifatnya yang penyayang, adalah kucing yang mempunyai keperibadian yang tersendiri! Dengan sifatnya yang ceria dan penyayang ini, kucing Burma adalah kekal nakal dan sentiasa ingin tahu sepanjang hayatnya membuatkan mereka teman permainan yang ideal untuk kanak-kanak.


Sejarah keturunannya bermula hampir 400 tahun dahulu, tetapi kucing  Burma yang kita kenali sekarang adalah berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 1920, hasil kacukan kucing Siam dengan kucing yang diimport dari Burma. Satu-satunya baka asli kucing berwarna coklat, kucing Burma mempunyai bulu yang pendek, kilat dan lembut bak sutera yang secara tradisionalnya berwarna coklat hangat, dan mata yang berwarna emas. Pelbagai variasi warna lain kini boleh didapati iaitu daripada warna merah dan krim sehingga ungu lembut dan berbelak-belak.


Kucing Burma mempunyai rupa yang anggun dan eksotik, berbentuk sasa dengan otot yang kuat yang membuatkan mereka lebih berat berbanding saiznya. Mereka memiliki tubuh  yang panjang dengan dada yang cembung, hujung telinga yang bulat dan kaki yang kecil. Seringkali dikenali sebagai 'anjing kucing’ (dogcat), mereka suka melakukan permainan helah dan mudah dilatih untuk mengambil balik mainan seperti anjing. Sangat pintar, penyayang dan setia, kucing-kucing ini sangat becok walaupun pada umumnya lebih diam berbanding dengan kucing Siam. Mereka gemar berteman dengan kucing-kucing lain termasuk anjing dan sangat suka berinteraksi dengan manusia dan menjadi perhatian ramai.

Whiskas brand imagery