Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Anak Kucing Menanda Kawasan dengan Air Kencing atau Tingkah Laku Menyembur

Adakalanya, kesan air kencing boleh menjadi petanda bahawa anak kucing anda berasa tidak selamat, mungkin ia merasakan kawasannya terancam. 

Dalam habitat semula jadi, kucing besar tinggalkan isyarat yang jelas untuk membentuk kawasan dan mengelakkan pertikaian – yang mana ia merupakan satu perkara yang penting kerana mereka bergantung pada dirinya sendiri agar terhindar daripada sebarang permasalahan.

 

Apabila kucing besar sedang memburu, mereka jarang menemui dengan kucing lain. Tetapi mereka masih perlu memberitahu jiran-tetangga mereka ke mana mereka pergi, dan bila mereka bersedia untuk mengawan. Seperti saudara-saudaranya yang hidup di hutan belukar, anak kucing anda menggunakan sistem yang kompleks berdasarkan isyarat-isyarat bauan untuk memastikan kawasan yang didiami tidak selalu diburu dan untuk memastikan kucing yang tidak dikenali tidak memasuki kawasannya - lebih daripada itu, ia akan selalu memperbaharui tanda-tanda kawasan ini agar sentiasa segar.

Anak kucing anda mempamerkan kebiasaan yang sama, dan salah satu cara yang paling digemarinya ialah meninggalkan tanda bauannya dengan kesan air kencing, atau semburan.

Anak Kucing Menanda Kawasan dengan Air Kencing atau Tingkah Laku Menyembur Komunikasi yang Bijak

Apabila kucing besar sedang memburu, mereka jarang menemui kucing besar yang lain. Tetapi mereka masih perlu memberitahu jiran-tetangga mereka ke mana mereka pergi, dan bila mereka bersedia untuk mengawan. Seperti saudara-saudaranya yang hidup di hutan belukar, anak kucing anda menggunakan sistem yang kompleks berdasarkan isyarat-isyarat bauan untuk memastikan kawasan yang didiami tidak selalu diburu dan untuk memastikan kucing yang tidak dikenali tidak memasuki kawasannya - lebih daripada itu, ia akan selalu memperbaharui tanda-tanda kawasan ini agar sentiasa segar.

Anak Kucing Menanda Kawasan dengan Air Kencing atau Tingkah Laku Menyembur Semburan yang Tidak Diingini

Adakalanya, kesan air kencing boleh menjadi petanda bahawa anak kucing anda berasa tidak selamat, mungkin ia merasakan kawasannya terancam. Jika anda terpaksa berurusan dengan air kencing yang tidak diingini, jangan bimbang – ada banyak kaedah-kaedah lain yang anda boleh lakukan untuk menghalang perbuatan sedemikian.

  • Mandulkan kucing anda untuk mengurangkan air kencing atau keinginannya untuk meninggalkan kesan air kencing
  • Elakkan penggunaan bahan pencuci yang mengandungi amonia dan klorin – bau-bauan ini sama seperti air kencing kucing dan berkemungkinan menggalakkan perlakuan menanda kawasan
  • Cuba untuk tidak membersihkan kencing kucing semasa kucing anda berasa di sekitar kawasan tersebut – menghilangkan bau tersebut mungkin menyebabkan ia bertambah tertekan
  • Bersihkan kawasan yang dicemari bersama 10% larutan serbuk pencuci biologik, dan semburkan larutan tersebut bersama alkohol seperti larutan pencuci luka
  • Sebaik sahaja anda selesai mencuci kawasan yang dicemari, galakkan kucing anda untuk bermain di situ- ini boleh membantu anak kucing anda berasa lebih selamat

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang