Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara berubah kepada makanan dewasa

Apabila teman kucing anda ini menghampiri harijadi yang pertama, anak kucing sudah lebih bersedia untuk berubah kepada makanan dewasa yang lebih seimbang, sesuai dengan keperluan tumbesarannya. 

Anak kucing anda amat sensitif kepada perubahan rasa dan suhu, termasuk sebarang perubahan jenis makanan, jadi pastikan anda mambantu memudahkan peralihan kepada makanan baharu secara perlahan-lahan.

Cara berubah kepada makanan dewasa Cara Berubah Kepada Makanan Kucing Dewasa

Anak kucing anda akan sudah bersedia untuk mencuba makanan kucing dewasa pada umur 12 bulan.

Cara berubah kepada makanan dewasa Cara Berubah Kepada Makanan Kucing Dewasa

Ubah makanan anak kucing anda secara beransur-ansur dalam masa seminggu. Setiap beberapa hari, tambahkan lebih sedikit bahagian makanan baharu dan kurangkan bahagian makanan yang lama, sehinggalah, keseluruhan bahagian makanan telah ditukar kepada makanan baharu.

Cara berubah kepada makanan dewasa Suhu Makanan

Sama seperti saudara kucing besarnya, anak kucing anda ini juga dilahirkan sebagai pemburu. Sifat semulajadi anak kucing adalah untuk memakan mangsa yang baharu sahaja dibunuh. Oleh sebab itu, mereka lebih suka makan makanan kucing pada suhu bilik berbanding terus daripada peti sejuk.

Cara berubah kepada makanan dewasa Makanan Kucing Dewasa Yang Seimbang

Memandangkan anak kucing anda sekarang telah dewasa, pemakanan dewasa yang kompleks dan seimbang diperlukan. Jadi adalah penting untuk anda ingat untuk memberikan mereka makanan kucing basah serta makanan kucing kering yang mengandungi protein dan nutrien, seperti WHISKAS® Pouch makanan kucing basah.

Whiskas brand imagery