Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara Memberi Makan Anak Kucing Anda

Kucing pada kebiasaannya bercerai susu selepas 7 minggu, tetapi anda boleh mula menyediakan makanan bermula minggu ke-4

Terdapat banyak makanan yang boleh dimakan oleh anak kucing. Walau bagaimanapun, bukan semua makanan sesuai untuk anak kucing. Anak kucing memerlukan lebih protein berbanding kucing dewasa kerana mereka sedang membesar. Oleh sebab itu, makanan harus mengandungi banyak protein dan nutrien lain untuk membantu pertumbuhan pesat mereka.

Contoh makanan sesuai untuk anak kucing termasuk: telur, ikan , daging, ayam dan nasi.

Tip Pemberian Makanan Anak Kucing

Apabila anak kucing membesar, corak pemakanan dan keperluan nutrisinya turut berubah Carta pemberian makanan anak kucing boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempelajari umur anak kucing boleh makan jenis makanan yang berbeza. Anda boleh menemui panduan pemberian makan ini pada setiap beg makanan kucing Whiskas®.

Makanan Sesuai untuk Anak Kucing dalam dalam Tahun Pertumbuhan

  • Sejak lahir sehingga usia 2 bulan:

    Anak kucing makan susu ibunya. Apabila usianya mencecah 1 bulan, sebaik ia mula bercerai susu, anda boleh memperkenalkan makanan anak kucing dalam jumlah yang sedikit.

  • Usia 2 hingga 4 bulan:

    Ini adalah usia bila anak kucing boleh makan makanan kering. Mulakan dengan makanan anak kucing Whiskas®. Beri 4 hingga 5 kantung makanan basah anak kucing sehari. Jika anak kucing anda sudah bersedia untuk beralih kepada campuran makanan basah dan kering, kurangkan jumlah makanan basah kepada 2 kantung dan berikan 18-40g makanan kering anak kucing mengikut keperluan. Beri ia makan 4-5 kali dalam sehari.

  • Usia 4 hingga 8 bulan:

    Tambahkan jumlah makanan basah anak kucing kepada 5 hingga 6 kantung sehari. Jika diet pemakanannya merupakan gabungan makanan basah dan kering, gunakan 2 kantung makanan basah anak kucing dan 40-80 g makanan kering anak kucing. Beri anak kucing makan 4-5 kali dalam sehari.

  • Usia 8 hingga 12 bulan:

    Beri anak kucing 6-7 kantung makanan basah anak kucing sehari, atau campuran 2 kantung makanan basah anak kucing dan 48 g makanan kering anak kucing. Kurangkan kekerapan memberi makan kepada 2-4 kali sehari.

Anak kucing makan apa?

Memberi Makanan Ringan Kepada Anak Kucing

Memberi snek dan makanan ringan kepada teman berbulu kita adalah amat  menyeronokkan! Banyak makanan ringan kucing direka untuk menyokong pencernaan yang sihat, kesihatan gigi, atau kesihatan keseluruhan kucing. Perlu diingat bahawa makanan ringan kucing mengandungi lebih kalori dan tidak mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang berbanding makanan kucing yang sebenar. Jadi, anda hanya perlu memberi makanan ringan sekali-sekala sahaja atau sebagai ganjaran. Ini mengelakkan risiko memberi makan berlebihan dan diet yang tidak seimbang. Sekiranya anda memberi makan kucing sebarang makanan ringan, pastikan jumlah yang sama dikurangkan dari hidangan makanan utamanya.

Anak kucing makan berapa kali sehari

Anak kucing perlu diberi makan dengan kerap dalam jumlah yang kecil sepanjang hari. Untuk anak kucing yang berusia lebih dari 2 bulan, makanan anak kucing boleh diberikan 4 hingga 5 kali sehari. Dari usia 6 hingga 12 bulan, jumlah makanan boleh dikurangkan menjadi 2 hingga 4 kali sehari. Sekiranya anda memberi makanan kering, anda boleh memilih untuk meletakkan semangkuk makanan kering untuk dimakan oleh anak kucing anda sepanjang hari. Anda juga boleh membahagikan makanan basah menjadi separuh dan memberi anak kucing anda makan dua kali sehari.

Kenapa Makanan Whiskas  Sesuai untuk Anak Kucing

Sama ada ia makanan kering, makanan basah, atau kedua-duanya, makanan kucing Whiskas® mempunyai pelbagai makanan sesuai untuk anak kucing dan kucing dewasa. Makanan kucing Whiskas® mengandungi nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin, karbohidrat dan serat. Protein membekalkan tenaga dan membantu menjaga sistem imunnya agar kuat dan sihat. Vitamin menjaga kesihatan kulit dan bulunya, manakala karbohidrat dan serat pula memberikan sokongan kepada pencernaan yang baik. Semua nutrien penting untuk anak kucing anda terdapat di dalam Whiskas® makanan kucing basah dan pelbagai makanan kucing kering.

Soalan-soalan Lazim Mengenai Pemberian Makanan Kucing

 

Apakah Jadual Pemberian Makanan untuk Anak Kucing?

Ia disarankan untuk memberi anak kucing makan sebanyak dua kali sehari, sama ada dengan makanan kering, makanan basah, atau kedua-duanya sekali. Anda boleh mengikut panduan pemberian makan yang boleh ditemui pada setiap pek makanan anak kucing Whiskas®. Perhatikan anak kucing makan berapa kali sehari, ia akan membantu anda perlahan-lahan membiasakan mereka dengan pelbagai jenis diet

Bagaimana memberi makan anak kucing yang cerewet?

Kebanyakan anak kucing mempunyai citarasa terhadap tekstur dan rasa tertentu. Cuba beri anak kucing anda makan makanan yang dicampur dengan makanan anak kucing yang basah dan kering. Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan anak kucing Whiskas® untuk mengenal pasti makanan yang akan menjadi kegemaran anak kucing anda.

Bagaimana untuk menyimpan makanan anak kucing saya?

Makanan anak kucing dan kucing kering hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Bagi makanan basah anak kucing yang telah dibuka, ia hendaklah disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk.

Berapa banyak makan untuk diberi kepada anak kucing yang baru lahir?

Secara amnya, anda perlu memberi anak kucing makan sehingga perutnya terasa kenyang. Bagi anak kucing yang baru lahir, disarankan memberi makan anak kucing dua kali sehari dengan 4-5 kantung makanan basah anak kucing Whiskas.

Whiskas brand imagery